Tuesday, March 30, 2010

, main kotor

Ini cerita benar.
Cerita seorang kawan kpd kawannya.
Watak utama cerita: Iya

Petang itu Iya sdg bekerja. Sudah 2 minggu Iya bekerja. Hari tu Iya temankan seorang senior berjumpa dgn seseorang utk urusan syarikat. Destinasi yg dituju, Hutan Bandar. Hutan bukan sebarang hutan. Hutan terletak di Bandar Johor Bahru.




Rintik2 hujan sudah pun reda. 15 minit lagi..Appointment dgn En. R utk dptkan lessen perniagaan. Jam dikereta 0358. Jalan raya tidak sibuk. Budak2 ssi belum habis sekolah lagi. Mereka terlewat 5 minit. Estima hitam sudah berada di depan. Itu dia En. R.

Perjumpaan ringkas di tempat letak kereta. Tidak di dalam officenya. Ada sesuatu yg pelik. Iya hanya mengikut di belakang. Selesai segala urusan, Rm2000 diserahkan dlm sampul putih. Iya hanya melihat. Sampul itu dicampak di seat hadapan kereta estima itu. Pintu dilepaskan. tupp! Iya hanya memerhati dan membisu lagi. Ada sedikit kebodohan kekesalan di situ.

Mereka lalu beredar mendapatkan kereta mereka. Sebelum bergerak, Iya nampak En. R ke seat hadapan keretanya. Ohh..sampul putih itu diambilnya semula sebelum masuk ke pejabat.. perjalanan mereka ke pejabat diteruskan. Rupa-rupanya, En. R yg meminta wang tersebut. Rm 2000 agar syarikat boleh segera mendptkan lessen perniagaan utk projek baru. Tak sangka Iya. Pandai betul org kerajaan. Ambil rasuah upah free2 sana-sini.hehe..

Tak juga Iya sangka, sanggup bos memberi wang tersebut. Nampaknya Tuan bos sudah lupa akan pepatah; biar lambat asal selamat. Dan lebih malang, bos sudah lupa akan halal, haram sesuatu perkara. Tidak dpt Iya bygkan jikalau hal ini terpapar di News Straits Time atau berita harian atau metro. itu surat khabar langganan syarikat.haha..

Iya harap projek itu terbengkalai. Paling tidak pun sampai tamat tempoh kerja Iya di sana.huh... bunyi sedikit jahat di situ. yg penting, Iya xnak terlibat. Walau secara xlangsung. Tapi, hal di hutan Bandar tu.masih berlegar-legar. Percuma sekali bodoh utk Iya kerana duduk saja. Mungkin juga percuma dosa utk Iya kerana secara xlangsung terlibat sama. Doa Iya agar kedua2 lelaki yg terlibat kembali semula sedar ttg kesalahan ini. Dan semoga ahli korporat dan kerajaan menjalankan urusan mereka dengan tulus dan ikhlas tanpa unsur penyelewengan dan mainan kotor.

No comments: