Thursday, April 29, 2010

critical!critical!

Bismillahirrahmanirrahim..

bandaraya johor bahru seperti sudah tidak selamat lagi..
siang tadi ada kerja di luar
kiri kanan nampak kereta polis berkeliaran, unit pasukan penyiasat, polis dgn motor peronda..
critical!critical!
they're searching for the killer
that cut a body of a man into 6!
can u imagine!?

semakin jahil manusia kini..
mungkin lebih jahil berbanding zaman jahiliyah dulu
manusia dikerat2 seperti seekor ayam,
anak2 dibuang seperti sisa-sisa ikan.
dibiarkan kanak2 seawal 2 tahun tanpa makan&minum 2,3 hari..

teknologi semakin canggih, ilmu amat cepat berkembang
tapi tahap kewarasan akal itu..
mungkin kita perlu melihat kembali cara hidup kita
pegangan kita kpd agama itu sendiri..
masa kian suntuk wahai sahabatku.


let us pray to Allah for the forgiveness and safety of ourselves, family and muslim overall. May Allah give us the strength to face the challenging world. Amin..

Wednesday, April 28, 2010

pão penerus hidup

pão sudah sebati dlm darah dagingku..
sejak dulu lagi 
terutama ketika aku menempuh zaman pra-siswazah di cfsiium
dialah yg sudi menemani aku tika pagi
ketika study,
mahupun bila fadz,rummateku tiada di bilik.
dialah penyokong kuatku utk berdiet =)
 dan mengurangkan perbelanjaan harian aku sehinnga 30%
syabas bete!

pão bukan 'pau'. mungkin dlm kumpulan yg sama.itu bahasa portugeese. In malay we call it roti.
petang tadi tergerak hati nak search jakim. nak check halal tak roti yg aku bawa dkt office. Surprisingly,jawapannya,
Sijil Tamat Tempoh (berkuatkuasa 30 mac 2010)

Alang2 tu, search product lain. roti yg biasa aku beli dkt kiosk zainab tu tak ada dlm senarai! Perlu lebih berhati-hati lepas ni.


ohh..jgnlah mudah terpedaya dgn logo halal apatah lagi kalau yg tak ada.

Nasib baik sekarang ni boleh tahu direct terus ke jakim dgn sms. Just a simple step:
taip halal[bar code] then, send to 32728

eg: halal[ 9551234567891]

nak online pun boleh. 

mencari yang halal tu kan tanggungjawab kita.

p/s: hari ni mama first time masak ikan keli..almaklumlah dkt rumah ni faiz dgn aqilah je yg mkn. first time juga aku merasanya walaupun sedikit geli mula2. sodap jugak! papa puasa satu hari.haha..


Tuesday, April 27, 2010

filem kita, budaya kita

 urmmchakk!..

dah berabuk betul blog ni aku tengok..
lama juga dah tak online ni..

Baru2 ni adalah tengok satu drama tv ni. menarik cerita dia.kisah seorang lelaki yg cuba nak guide seorang perempuan.Perempuan ni dari broken family, a bit social la tp ada potensi utk dibimbing ke jalan yg lebih baik.jalan menuju Allah.

Apa yg memusykilkan aku, dlm masa yg sama lelaki tu boleh pula meminta couple dan bersentuhan kulit dgn perempuan tu. Mungkin rata2 kita rasa perkara ni biasa. Couple. biasalah..yg lelakinya rasa kurang macho kalau tak de aweks, perempuan pula rasa  tak laku bila tak ada org yg nak. Yang penting islamization tu ada. sikit2 pun jadila..

ana uhibbuka fillah..sejauh mana kita mampu mencintai seseorang itu kerana Allah? Mencintai Allah melebihi cinta kita kpd kekasih kita?


Niat yang baik tak menghalalkan cara yang haram

Walaupun dah rasa yg si pulan/pulanah tu bakal kita punya husband/wife in the future. Itu 'in the future'. 'future' tu pun tak sampai lagi. Perancangan Allah. Siapalah kita yg boleh predict. Sekarang mungkin kita boleh gelak ketawa dan bersuka-ria. Namun gelak tawa kita itu menambahkan bukti kepada Allah ttg keberanian kita mendurhakaiNya.

Teringat kata2 Ustazah Asiah Aling masa awal2 kelas fim dulu..

"Bagaimana institusi keluarga tu nak kukuh kalau permulaanya sudah kita cemari dengan perkara2 yg tidak diredhai Allah."

***

" Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan Kami dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya" (Al-Ankabut,69)


InsyaAllah kalau ada terdetik dalam hati kita akan kesalahan kita, janganlah kita berlengah lagi utk berhijrah. Takut2 saat hidayah Allah itu dtg kita lengah-lengahkan, bila ia hilang kita akan terus hanyut dgn kesalahan kita hinnga ke akhir hayat..wal iya zubillah, mudah-mudahan Allah memelihara kita..


self-monologue
Tiada siapa yang akan menolong aku kalau bukan aku. Kekuatan itu mesti bangkit daripada dalaman diri sendiri. Jika niat itu sudah nekad, InsyaAllah Allah Taala akan permudahkan jalan itu.  Amin..

Friday, April 16, 2010

Jauh perjalanan luas pemandangan..


"Mak cik, nasi putih dgn sambal kerang berapa?" Pengguna bijak 9 tahun.

"Tengoklah awak ambil banyak mana" mak cik berniaga kt tropicana.

budak tu.. "Kalau kerang satu kira berapa?"

haha..pandai gila budak kecik ni.tak pernah aku jumpa org seprecise mcm tu.3 hari cuti tanpa gaji, too many things had happened. From JB-Muar-KL-UEM Building-JB..UEm Building??huhu..mmg tak le lupa la. To recap:

1. Monday. Pergi SAMURA (sek. men. sains muar) ambil sijil spm. wah.. samura sudah maju! pintu masuk elektronik, rumah cikgu dah bercat. pink & yellow (not a good combination actually). padang dah lawa. kawasan sekitar kubur pun begitu..koop dah maju( tp, still akak koop yg lama).office masuk tak yah bukak kasut lagi.hehe..(ada org kena tegur sbb buka kasut). student pun dah tak payah risau utk fikirkan cara utk mencapub kerana, kalau anda cemerlang muka dan nama anda akan digantung di sepanjang jalan menuju ke sekolah =)

bas JB-Muar= RM15.20 (2jam setengah)
teksi Muar-SAMURA= RM12 (tak smpai 10 minit)

2. Selasa. gerak seawal 7.15 pagi dari rumah kenit(mak cik) dan terus menuju ke cfsiium utk mengambil transcript.mengejut bakal doctor and dentistry (syira & anas) yg tak de class pagi tu..then, study utk interview dkt bilik mereka. Masa tu mmg tak tau apa yg bakal ditanya oleh Khazanah nanti. Jadinya, cubalah utk mengingat segala mission,vision, objective, BoD Khazanah..semua latest issues..sports, one Malaysia, NEM etc..berdebar kot.Thanks anas, payungkan aku sampai bas rapid dtg.

3. Rabu. The first stage of Khazanah Watan scholarship selection process. Buat sesiapa yg bakal shortlist, diharap anda semua jgn lah percaya pada satu blog yg menceritakan experience dia masa interview khazanah because there was no interview at all for the first stage ni! Anda juga jgn terpedaya pada kata2 org yg dkt information centre dkt KL central yg memberitahu UEM building hanyalah disebelah je. tak de lah sebelah yg digambarkan. tq kepada ayah akmar yg sudi menghantar. Akmar budak bioscience.
 
Utk masuk ke dlm bangunan tersebut, anda akan di scan oleh pegawai imegresen bertugas from head to toe. After check nama dkt receptionist counter, semua applicants akan naik lift sampai tingkat 7 menuju ke odyssey hall. sambil menunggu semua masuk, jgn segan silu utk minum mineral water yg disediakan dan gula2 utk hilangkan darah gemuruh bila dpt tahu ada IQ test.tak salah jadi first person yg merasmikan.hehe..

Try to make friends with other applicants. mereka tu org2 hebat. Sebelah aku, farhana. budak uia pj gak.bioscience. pointer 3.73. hehe..aku ingat. depan ada Keong, engineering student and Mei Ling, biomedic. aku jumpa junior aku dkt convent.haha..budak registration time taaruf week pun ada.(shazana tak silap.hehe..sorry lupe)

IQ test. buat sesiapa yg blum try kefungsian akal utk menjawab semua, jgn risau. dia ada divide into 5/6 parts. every parts dia akan briefing sikit and kasi trysatu soalan. tapi, kena cpt2 tangkaplah masa briefing tu. kalau tak fhm boleh tanya org sebelah atau instructor. Ada kena lorek2; cari lukisan geometri yg dia nak dlm lukisan yg berserabut, susun kronologi cerita,probibility yg if and only if tu..teka nombar dkt tmpt kosong; 6,55,12,50,18,45....,....mula2 mmg tak dpt tgkp, tp lps tu ok la. 42 soalan utk 6 minit. mana sempat!lain lah kalau dah praktis. yg beginner mcm aku ni..hui..redha je la.

Apa2 pun aku dah try the best yg aku boleh. kalau tak dpt, maybe tak de rezeki.Ada yg lebih baik dari itu. Allah itukan Maha Mengetahui. At least, aku dah tahu dasar2 negara ni. Apa yg PM tgh usahakan, sejarah2 Malaysia, latest issues kt luar & dlm negara, menteri2...selama ni buat aci tak aci je. Aku pun dah semakin nampak hala tuju aku dlm field yg aku pilih ni. Tapi kalau dpt, ada lagi 2 sessions. interview and meet the Board of Director. Dato' Seri Najib chairman tau..

Apa yg aku belajar, seperti kata pepatah malu bertanya sesat jalan. Merugikan betul. Apa2 interview better call org tu tanya, what kind of selection process will be? Jika bernasib baik dia akan jwb, IQ test atau group discussion ke.. mcm Keong & Farhana.

Friday, April 9, 2010

Dialog Rasulullah & iblis

Rasullullah SAW pernah bertanya kepada iblis: “Wahai Iblis! Apakah ikhtiarmu ke atas umatku.Aku telah dibangkitkan utk menyelamatkan semua umat manusia agar beriman kepada Allah SWT.”

Jawab Iblis: “Ya Rasullullah, demi kemuliaanmu aku akan bersungguh-sungguh menyesatkan umat manusia dari mengikuti ajaranmu. Aku akan mencampurkan lelaki dengan wanita supaya mudah aku mencelah di tengahnya.”

Tanya Rasullullah SAW lagi: “Wahai Iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?”

Jawab Iblis: “Ya Muhammad! Sebenarnya aku amat hairan dengan sikap umatmu dalam dua perkara iaitu:
1. Mereka mengakui menyintai Allah SWT tetapi pada masa yg sama mereka masih melakukan maksiat dan perbuatan munkar.
2. Mereka sangat benci akan tabiatku tetapi mereka masih mahu mengikut segala hasutanku.”

Firman Allah SWT kepada Iblis: “Sememangnya engkau adalah makhluk terkutuk, demi kemuliaanKu, akan Aku berikan kepada umat Muhammad dua kegembiraan iaitu: kecintaan mereka terhadapKu akan Aku jadikan penebus dosa di atas kesalahan yg telah mereka lakukan kerana helahmu. Kedua, marahnya mereka terhadapmu akan Aku jadikan penebus dosa bagi maksiat yg telah mereka lakukan…”

Maka tercenganglah Iblis mendengar penjelasan sedemikian dari Allah SWT .Sedarlah Iblis bahawa umat Muhammad adalah umat yang disayangi Allah SWT yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Insyaallah. Semoga hari Jumaat yg mulia ini kita maksimumkan sbyk mungkin dgn perkara2 berfaedah, yg mendekatkan diri kita dgn Pencipta kita, Allah.

dan..

tak lupa utk mencari dan merebut satu saat yg mana Allah perkenankan apa saja doa kita saat itu. Perbanyakan doa ketika:
1. matahari naik
2. matahari tergelincir
3. matahari tenggelam
4. mendengar iqamat
5. katib naik atas mimbar
6. org berdiri utk solat

sekian.salam jumaat.

Thursday, April 8, 2010

cuaknya!!

Jantung aku dah berdegup kencang ni...

Dupdap..dupdap..

Tadi baru je dpt email.dari..

The Khazanah Watan Scholarship Programme

berdebar2 kot..



Dear Candidate,
On behalf of Yayasan Khazanah, we are pleased to inform that you have been short-listed to attend the first stage of the Khazanah Watan Scholarship Programme selection process.

Details of your session are as follows:

Date : 14 April 2010 (Wednesday)
Time : 9.00am – 12.00noon
Venue : Odyssey Hall, Level 7, Mercu UEM Building, Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral, 50470 Kuala Lumpur.

 Alhamdulillah..
Dpt shortlisted..
Tak sangka kut.. 
Nampaknya kena minta cuti ni..

Thanks kpd Sir Nazim yg suruh mengapply.hehe..

Doakan aku nanti!


apa yg perlu prepare?? 

still berdebar2 lagi.. 

 p/s: sape lg dpt? ti bole gi sama2.hehe.budak2.

Tuesday, April 6, 2010

namaste

En. Rahman : Atikah, awk ada keturunan punjabi ke?

Aku : Kenapa En Rahman?

En. Rahman : Saje tanye..

Aku : Entah. Adalah kot belah atok2.

En Rahman : Ohh..xdelah.. Saya tengok awk ni pki bju ala2 punjabi ni.

Aku : Perlu ke? ( tp dlm hati jelah. giler ckp kt bos cam tu )


 baju punjabi?

 p/s: agaknya budak2 perempuan uia ramai dr kturunan punjabi la ni.hoho..

Friday, April 2, 2010

untitled...

“ Ingat lima perkara sebelum lima perkara. Sihat sebelum sakit. Muda sebelum tua. Kaya sebelum miskin. Lapang sebelum sempit. Hidup sebelum mati…”

Mungkin ramai yg dah biasa dengar dengan lirik ni. Demi masa nyanyian Raihan.

Disebalik rangkap itu, Rasulullah saw menyuruh kita gunakan masa sebaik-baiknya sebab masa itu amat2 lah penting.

Cuba lihat video ini…memang mengerikan





Seorang lelaki yang sedang mengisi minyak keretanya maut apabila dilanggar sebuah kereta yang terbabas akibat satu kemalangan di sebuah stesen minyak di Jalan Cheras, Taman Midah dekat sini Ahad malam. ...
Ngeri x? Ngeri x?

Tapi itulah hakikatnya..

Ajal maut itu ditangan Allah. Kita sama sekali pun tak tahu bila kita akan mati, dekat mana, bagaimana

Husnul khatimah, mati dlm keadaan beriman

Atau

Su ul khatimah, buruk dan penuh dgn dosa?? Nauzubillahi min zalik..

Rata2 kita semua tahu hakikat ini, tapi selalu saja kita alpa dan ambil ringan. Kadang2 benda2 penting dan wajib mcm solat tu pun kita saja lps pandang. Lagi2 org muda2 mcm aku yg berfikir kematian tu hanya utk org yg dah tua.

Ni ambil contoh terdekatlah. Kadang2 tu lps maghrib, lagi 10 ke 15 minit nak isya’ tu aku dah ngantuk. Dasyatkan2. Niat dihati nak lelaplah 5, 10 minit sebelum isya’ tapi selalu je terbabas. Bangun2 je da kul 10. Bangun2 je da pukul 4,5 pagi. Kalau ditakdirkan nyawa aku dicabut satu jam lps azan. Nauzubillah. Tak tahu apa aku nak jwb dkt kubur nanti.

Kalau ngantuk sgt, al-quran pun baca tersengguk-sengguk, boleh je kita nk tido tp mintalah roommate yg baik hati atau adik2 kejutkan time azan. Kalau tak de org sekitar, aku selalu bangun jalan2, buat crossword puzzle ke, kira2 ke..apa2 jelah yg boleh kawal mata aku dari tertidurrrrr..

Ni weakness aku. Waktu malam. Aku cuba atasinya. Kita kenal diri kita, kita tau yg mana kurang sana-sini. Jadi kena usaha & fikir lah cara nak cover dia.. aja-aja fightee!!

To live well or live hell, u choose –hlovate

Time..

Is like a drug that can heal u or a poison that kills.

“ Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dlm kerugian, kecuali mereka yg beramal soleh, berpesan-pesan kepada kebenaran & berpesan-pesan kepada kesabaran.” ( Al- ‘Asr : 1-3 )

 
 
p/s: thanks to naza coz kasi tgok video ni.