Sunday, June 17, 2012

liat

Bismillahirrahmanirrahim..



Teringat masa pergi Twins of Faith tahun lepas, diceritakan satu kisah seorang gadis dari India ni yg sangat2 mengayat hati. Dengan kuasa dan rahmat Allah, gadis ni diberi hidayah oleh Allah untuk convert ke Islam. Masa dia mula-mula convert tu, dia nyorok2 solat dekat rumah takut2 family dia tahu. Nak tau option yg paling terbaik dia ada masa tu? toilet. dan setiap kali nak solat, dia akan bersihkan toilet kat bilik dia tu sebersih-bersih dan sekering-kering yang boleh. Allahu akbar. Sampai macam tu sekali dia bersusah-payah sebab nak jaga solat 5 waktu tu tapi kita ni yang memang2 Islam,  kadang2 susah sangat nak solat.

Kadang2 kita bila kalan jauh2, Allah bagi rukhsah pun kita malas nak solat. Walhal masjid/ surau kat r&r tu sikit punya cantik da. Ramai jugak yang mana subuh selalu terlepas tu senang2 je bagi alasan stay up sebab nk study la, tengok bola la, tak sekolah pagi ni la dan mcm2 lagi alasan. Solat subuh tu buat bila kena bangun awal pagi gara2 nak kejar kelas/hal2 tertentu je. Bila takde apa2 hal, tak payah bangun pagi, so tak solat lah subuh. Astaghfirullah alazim..

Hamba ni pun masih tak sempurna lagi solatnya. Nak cakap pasal solat ni, haisyy malu bila tengok diri sendiri. Tapi benda ni wajibkan. Nak tak nak kena sentiasa ingatkan diri.Semalam Ustaz Amin kat Tanyalah Ustaz bagi tips untuk kita amalkan bila kita liat sangat nak solat. Insya-Allah kita cuba jadikan satu azam sempena sambutan Isra' wa mikraj (27 Rejab ni/ 17 Jun 2012).Kata ustaz,

Kalau kita ni orang yang malas nak solat, apa yang boleh kita amalkan?

Banyakkanlah mengucapkan "la haula wala quwwata illa billahil a'liy ila'zim" kerana,

Barangsiapa mengucapkan "la haula wala quwwata illa billahil a'liy ila'zim" akan diberi kepadanya 2 perkara:
1.Kalau dia malas nk buat sesuatu atau susah nak buat sesuatu, Allah akan berikan kekuatan utk buat perkara itu.
2.Kalau dah buat, akan diberikan keikhlasan kepadanya oleh Allah.

Wallahua'lam



Moga kita diberikan kekuatan untuk terus solat hingga akhir hayat kita dan mudah-mudahan Allah Ya Latif lembutkan hati2 manusia yang masih lalai dalam melaksanakan solat.


la haula wala quwwata illa billahil a'liy ila'zim
la haula wala quwwata illa billahil a'liy ila'zim
la haula wala quwwata illa billahil a'liy ila'zim




Friday, June 15, 2012

reopen

Bismillahirrahmanirrahim..

Dah berbulan-bulan.. nak dekat setahun aku tutup blog ni! And all of a sudden hari ni nak bukak balik. Sekejap bukak sekejap tutup.haisy..

Beberapa hari yang lepas, Allah izinkan bukak tv9 pagi tu. Apa yg sempat aku catch up dari tips Muqaddimah pagi tu,
1.       Terus sampaikan ilmu yang kita dengar
2.       Jadikan tugas menyampaikan perkara kebaikan sebagai maksud hidup

Zuppp..sentap sekejap. Reflect diri. Aku tak bersungguh-sungguh menyahut seruan nabi, sampaikan walau satu ayat. Ilmu yang aku dapat selalu aku catat dan tersimpan kemas dalam buku nota takpun direkod dlm mp3 untuk dengar sendiri-sendiri.

Dan masa tu aku tergerak nk reopen blog ni. tapi tu pun tak terus buat. Procrastinate dan berfikir terlalu lama still menjadi masalah utama dalam diri.

Tanyalah Ustaz pagi tadi Ustaz Amin mengingatkan aku untuk menyampaikan kepada orang lain ilmu yang kita dapat sebab katanya, bila kamu sampaikan kepada orang lain, Allah akan perkukuhkan aqidah kamu. Insya-Allah..

Kadang-kadang kita rasa nak sangat-sangat share pengalaman,pengetahuan, isi hati, perasaan dan apa saja yang kita dpt. Tapi takut juga kalau ianya hanyalah sia-sia dan tak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada manusia yang membaca atau mendengarnya.

Lebih takut bila sampaikan perkara-perkara kebaikan yang kita sendiri tak buat.. teringat peristiwa isra’ wa mikraj yang Allah gambarkan kepada Sayyidina Muhammad SAW akan manusia di neraka yang menggunting lidah dan bibirnya sendiri kerana di dunia bercakap apa yang dia tak buat. Moga kita semua dijauhkan oleh Allah.

Dengan tekad yang baru cuti ni, aku bukak balik blog ni. (sebenarnya memang nak buka je,tapi asik tak update jadi segan) Insya-Allah kalau takde halangan lepas ni takkan ditutup2 walaupun tak update setahun (hehe).. Moga yang baik2 itu bermanfaat dan salah-silap harap ditegur dan dijadikan sempadan. Aku mungkin tak pandai berkata-kata apatah lagi menulis untuk dibaca orang tapi aku percaya blog boleh jadi salah satu medium dakwah selain fb, twitter, tumblr, youtube dan banyak lagi. Cuba pelbagaikan cara sebab kita tak tahu dalam banyak2 tu mana yg diterima Dia.

p.s:sekarang ni mcm bukan musim blogging. ramai kawan2 yg dah tak update berbulan-bulan malah ramai juga yg dah tutup.huhu

May Allah guide us.

Assalamualaikum and good nite :)