Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Tuesday, July 3, 2012

Walimatul Urus & Musafir ke Ipoh

Bismillahirrahmanirrahim..


Akhirnya, selamat juga Kak Syu & Ahmad diijabkabulkan. Setelah 3 kali akad nikah, akhirnya kak syu sah menjadi isteri Ahmad pada malam 29 Jun 2012. Alhamdulillah.. (se-cool2 muka Ahmad malam tu, 3 kali jugak lafaz.hehe..) Ahmad (21 going on 22) dan kak syu 23 (kak syu ni ex-DQ sbb tu tua setahun) sangat comel dan tersenyum lebar saat disakat kami sekelas.




Untungnya mereka kahwin muda ni, bukan setakat dpt elakkan maksiat malah majlis pun sangat meriah dihadiri rakan2 sekelas yg masih rapat. Malam nikah tu, lebih separuh isi rumah tu dipenuhi kami sekelas! Tambah lagi mostly kami ni musafir ke Ipoh, lepas je jamak maghrib dan isyak semua pakat datang awal2 cari tempat duduk strategik sebelum majlis start pada pukul 9.30 malam.haha..

Majlis yang simple tapi sangat meriah bagi aku. First time pergi majlis kahwin yg takde pelamin dan tepung tawar. I tell you, takde lah pelik mana pun. Kalau kat Johor ni, takde pelamin yg pelik semacam. Kata vt, kalau kat tempat dia (Kelantan) memang takde pelamin pun, siapa yang adakan pelamin tu yg nampak pelik. Agaknya memang dah culture bahagian utara n pantai timur Malaysia mcm tu. Membuang adat2 lama yg lebih kepada adat agama lain dan mengikut acuan Islam. Alhamdulillah, lebih jimat dan diberkati.. Lepas ni kalau aku kahwin pun InsyaAllah aku nak break the legacy yg tak sepatutnya ni.



fokus gambar: muka kawan2 yg terlebih excited drp pengantin :p

Terasa macam kejap sangat je musafir ke Ipoh.. Khamis malam pukul 10.30 bergerak dgn Fadz, Shaz dan Fa dari Terminal Larkin naik bas starmart (seat dia boleh urut!) sampai tepi jalan Medan Gopeng pukul 5.30 pagi Jumaat. Malam esoknya lepas walimatul urus, terus balik. Alhamdulillah, sempat juga jalan2 di Gunung Lang. Mulanya tak dpt naik bot sebab sampai dah lewat (kaunter tiket dia dah tutup pukul 6 ptg). Tapi lepas Falaha deal dgn person incharge hari tu, dapatlah kami pusing2 sekitar tasik dengan bot secara percuma. terima kasih enche albin (anak lelaki bin katanya)!




Org kata, pemilik camera selalu muka dia takde dlm gmbr. tapi hakikatnya,itu tak terjadi pada aku. hehe.. 



Lewat senja, setelah berpuas mengambil gambar & jalan2 sekitar taman rekreasi, kami menuju ke JJ, Ipoh utk solat & makan..



Terima kasih tak terhingga terutamanya buat kak Syeera dan family yg sudi menumpangkan kami semua (yg lebih 10 org) bermalam di rumah akak. Halalkan segala makan minum dan sebagainya. Terima kasih juga pada fuzi yg sudi menumpangkan saya di rumah kamu seketika. Layanan anda semua amat dihargai. Terima kasih juga kepada semua rakan2 lain yg menceriakan hari sy di Perak. Arigatou Gozaimashita!

sempat jugak reunion dgn bdk2 regist taaruf week kt pj dulu 


Kata seorg sahabat di fb, "Hakikatnya perasaan CINTA itu adalah satu fitrah dan anugerah.Namun,berhati-hatilah agar ianya tidak menjadi fitnah". Barangkali mutiara kata ini amat sesuai utk kita muda-mudi terutamanya yg telah ketemu jodoh. kalau dah mampu, cepat2 fikirkan cara utk kahwin dan elakkan fitnah. Yang belum berpunya,
"Tak usah sibuk memikirkan & mengharapkan cinta manusia untukmu Sibuklah memikirkan &merindukan cinta Rabbmu yg Maha Baik"
Wallahua'lam

p.s: salah satu yg aku respect kt kak syu & ahmad ni, mereka ni gunakan duit hasil simpanan mereka sendiri utk urusan perkahwinan ni (walimah, pakaian, kad dll). tak mengharapkan duit mak bapak pun. bagi aku tu tanda mereka dah bersedia utk tanggungjawab yg lebih besar.tahniah! :)


Sunday, June 17, 2012

liat

Bismillahirrahmanirrahim..



Teringat masa pergi Twins of Faith tahun lepas, diceritakan satu kisah seorang gadis dari India ni yg sangat2 mengayat hati. Dengan kuasa dan rahmat Allah, gadis ni diberi hidayah oleh Allah untuk convert ke Islam. Masa dia mula-mula convert tu, dia nyorok2 solat dekat rumah takut2 family dia tahu. Nak tau option yg paling terbaik dia ada masa tu? toilet. dan setiap kali nak solat, dia akan bersihkan toilet kat bilik dia tu sebersih-bersih dan sekering-kering yang boleh. Allahu akbar. Sampai macam tu sekali dia bersusah-payah sebab nak jaga solat 5 waktu tu tapi kita ni yang memang2 Islam,  kadang2 susah sangat nak solat.

Kadang2 kita bila kalan jauh2, Allah bagi rukhsah pun kita malas nak solat. Walhal masjid/ surau kat r&r tu sikit punya cantik da. Ramai jugak yang mana subuh selalu terlepas tu senang2 je bagi alasan stay up sebab nk study la, tengok bola la, tak sekolah pagi ni la dan mcm2 lagi alasan. Solat subuh tu buat bila kena bangun awal pagi gara2 nak kejar kelas/hal2 tertentu je. Bila takde apa2 hal, tak payah bangun pagi, so tak solat lah subuh. Astaghfirullah alazim..

Hamba ni pun masih tak sempurna lagi solatnya. Nak cakap pasal solat ni, haisyy malu bila tengok diri sendiri. Tapi benda ni wajibkan. Nak tak nak kena sentiasa ingatkan diri.Semalam Ustaz Amin kat Tanyalah Ustaz bagi tips untuk kita amalkan bila kita liat sangat nak solat. Insya-Allah kita cuba jadikan satu azam sempena sambutan Isra' wa mikraj (27 Rejab ni/ 17 Jun 2012).Kata ustaz,

Kalau kita ni orang yang malas nak solat, apa yang boleh kita amalkan?

Banyakkanlah mengucapkan "la haula wala quwwata illa billahil a'liy ila'zim" kerana,

Barangsiapa mengucapkan "la haula wala quwwata illa billahil a'liy ila'zim" akan diberi kepadanya 2 perkara:
1.Kalau dia malas nk buat sesuatu atau susah nak buat sesuatu, Allah akan berikan kekuatan utk buat perkara itu.
2.Kalau dah buat, akan diberikan keikhlasan kepadanya oleh Allah.

Wallahua'lam



Moga kita diberikan kekuatan untuk terus solat hingga akhir hayat kita dan mudah-mudahan Allah Ya Latif lembutkan hati2 manusia yang masih lalai dalam melaksanakan solat.


la haula wala quwwata illa billahil a'liy ila'zim
la haula wala quwwata illa billahil a'liy ila'zim
la haula wala quwwata illa billahil a'liy ila'zim