Tuesday, December 31, 2013

takut

Bismillahirrahmanirrahim..
"Kau tahu tak, beberapa tahun ni bas yang aku naik dari kedah mesti sampai dalam pukul 7 lebih kat kuantan."
"Habis tu hang solat subuh kat mana? Dia berhentilah time suboh?"
"Tulah yang aku tension weh. Dia tak penah berhenti plak tu" 
"Hang tak suro pak cik bas tu berhenti ke?"
"Takut wehh..."

Inilah realiti masyarakat kat luar. Satu yang aku nampak, masyarakat yang semakin jauh dengan agama, sehingga lupa pada kehidupan beragama. Kedua, masyarakat kita (dan kita) yang sering hidup dalam ketakutan walaupun untuk menegakkan satu kebenaran, menegakkan satu yang hak.

Kata-kata Prof Tariq Ramadan dalam klip video Spirit of RIS 2013 menyentap jiwa aku saat mendengarnya buat pertama kali,

"What are you doing with your education? Are you using this education to be the agent of change or just integrated absent and visible citizens?"


Sampai bila kau mahu hidup dalam ketakutan (cakap pada diri sendiri). Kita belum diuji dengan cubaan dibunuh atau dirogol atau diseksa dengan dasyatnya seperti saudara seIslam kita yang lain tapi itupun kita tak mampu untuk bercakap, "pakcik, boleh berhenti sekejap tak, saya nak solat subuh".. paling kecik pun mungkin kita akan bertekak sedikit di depan bas dan mengejutkan semua penumpang yang sedang lena tidur..

kebenaran itu pahit. bak kata dr mat rofa.

Diri sendiri pun perasan bila berdepan dengan perkara yang bersangkut-paut bab agama atau perbincangan isu atau sesuatu masalah yang besar kita rasa takut untuk menyuarakan dek kerana rasa rendah diri terhadap ilmu yang kurang atau inferiority terhadap manusia sekeliling. Dan akhirnya mengambil pendekatan diam dari berkata apa-apa. Tapi tidak sepatutnya isu melibatkan akidah dan sesuatu yang haq kita biarkan. Selain kita mendapat mudarat, orang lain pun turut kita bawa sama kerana tidak mendapat kefahaman yang jelas...dan sebenarnya banyak lagi isu-isu sejagat yang memerlukan kita untuk tampil kehadapan menyelesaikannya atau paling tidak pun menyatakan stand kita untuk perkara tersebut! *semangat tahun baru dah masuk

"This is our time. And the challenges of our time are our challenges. And our fibre, our matter will be measured based on how well we stand up to these challenges " -Imam Zahid Shakir, Spirit of RIS 2013

Moga tahun baru ni kita dapat pertingkatkan lagi kualiti hidup kita. Bukan setakat akademik saja yang cemerlang [yang hanya pada paper semata-mata dan exam-oriented (dalam konteks Malaysia)], tapi kita juga perlu seiringkan activisme, intellectualisme dan spritualisme kita pada masa yang sama. Hidup biar berjasa!

*spirit of RIS sedang merasuk jiwa untuk tahun baru ni. haha.


sekadar perkongsian.. wallahua'lam. 

Sunday, December 29, 2013

sedikit tapi berkualiti

Bismillahirrahmanirrahim..

Terkesan dengan post baru Ustaz Hazrizal di blognya, Memanjangkan Usia Dengan Kualiti Bukan Kuantiti.

Ada manusia yang hidupnya di dunia pendek, tapi mampu memberi kesan dan impak yang besar kepada manusia yang hidup selepasnya.

Sesuatu yang kita sering cemburui tapi tak ramai kita mengambil langkah untuk mencontohi kehidupan mereka.

Tahun baru masihi bakal melangkah masuk. Seperti biasa, ramai yang mula berfikir untuk azam baru yang bakal disematkan.

Satu kata-kata Rasulullah yang didengar sewaktu usrah nurani di dalam ikim.fm Jumaat kelmarin,

"Orang yang bijaksana adalah orang yang sentiasa menghitung diri sendiri dan berfikir amalannya yang bagaimana yang memberi kesan kepada dunia selapas matinya"

(tak ingat perawinya)

wallahua'lam

029122013 2318
Kampung Melayu Majidee

Sunday, December 15, 2013

Final Year Farewell Grand Dinner CTS 101

Bismillahirrahmanirrahim..

Kalau nak dibandingkan dengan wang ringgit memang tak ada tolok tandingannya dengan nilai sebuah persahabatan dan ukhwah yang terjalin. Nilainya jauh lebih berharga dan bermakna. Alhamdulillah. segala puji bagi Allah atas kurniaan sahabat-sahabat yang sangat2 baik di Garden of Knowledge ini. Saat berasa berjauhan dengan keluarga yang nun jauh di Johor, saat terasa penat dan letih ketika belajar mahupun dalam percubaan memaknai kehidupan sebagai mahasiswa dan anak muda, saat kekeliruan dan kecamuk dalam jiwa muda melanda, saat terasa jiwa makin kosong dan jauh dari Ilahi mereka datang memberi sokongan dan nasihat secara mereka sedar ataupun tidak. Syukur kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan...



Semalam, berlangsunganya Farewell Dinner terakhir batch sebelum semua melangkah ke alam pasca graduasi tahun hadapan Insyaallah..Dinner yang sangat alive dan happening aku kira. Dengan tema melayu klasik dan diserikan dengan lagu2 background era 60-an dan persembahan drama budak2  One-year program sisters yang memainkan kembali babak2 cerita P. Ramlee (tambah dengan director tak resmi di ruang penonton; Ali) memang sangat lawak dan menjadi la! Selain tu ada juga tayangan video yang mengimbas semula kenangan sewaktu di cfs hingga sekarang (sangat touchy), persembahan dari geng kakak2 diiring dengan guitar keim dan chalat, award dan cabutan bertuah (as expected, always get the lucky number.haha).. menambah lagi koleksi memori kami bersama dibumi bertuah kuantan ini..




Bahagian paling menarik malam tu adalah semua dapat bawa pulang magic box (yang aku namakan sendiri). Dalamnya adalah dedicated wish daripada semua sahabat2 dalam batch.. bila bukak dan baca pagi tadi, tergelak dan tersentuh seorang diri dengan ucapan-ucapan di dalamnya.

ada nasihat, teguran,dan doa yang aku ambil sebagai satu yang positif utk perbaiki diri yang lemah ini... these are some of them..



"si baby tido awal, dia juga baby paling busy.hehe.."
"akak nampak sgt busy..jaga solat,penampilan, tutur kata, etc..akak juga comel bila gelak (-___-')....moga dapat lelaki soleh" =p
"..akak ni memang bagus, rajin buat kerja.." -___-'
"Tikah yang dikenali seorang yang tegas dan tetap pendirian orangnyer.love it!"
"..sangat rajin, bertanggungjawab,cekap, mudah didekati, Islamic..."
"..jangan segan2 bila ada org nak tolong. may you have a bright future" 
"sentiasa melahirkan idea yg kreatif" (-___-?)
"..rajin..bagus..sentiasa positif.."
"budak yg sangat rajin. keep it up. kahwin nanti jgn lupa ajak"
"rajin sangat sampai takut nak tegur" (alamak!)
"komited dalam sesuatu kerja"
"baik tapi cerewet sket.hahaha.."
"berkaki lebar(..berkaliber). bole jd PM st hr nanti. bagi sensitif skt ye dengan org lain.hehe. teruskan impian & hajat anda semoga tercapai"
"teruskan kredibiliti anda and wish you all the best for your life"
"The first time I saw u I thought you a really serious person. but after knowing you, you are really a funny person."
"dah berpunye blom??" muahahahah

and these are some love letters dari sahabat2 yang kenal sejak dari cfs,pj









Thanks for the wishes, thanks for the praise.. haza min fadhli rabbi..alhamdulillah..All praises be to Allah.. Dialah yang menutup segala keaiban dan menampakan segala kebaikan. Astaghfirullahalazim..Astaghfirullahalzim..Astaghfirullahazim.. betapa banyak dosa kita kat Allah dan makhluk2nya yang lain, betapa banyak kelalaian dan kejahilan yang kita lakukan tapi Dia masih lagi pelihara aib kita daripada terlihat oleh orang ramai. Moga Allah ampunkan dosa2 kita dan memberi kekuatan untuk memperbaiki diri ini.. Pujian daripada manusia harapnya bukan buat diri ini menjadi lebih ujub, riak dan takabur (wal iya zubillah), pujian yang sememangnya tidak layak untuk aku ini harapnya sebagai motivasi untuk aku berusaha ke arah yang baik itu..dan kritikan yang membina akan aku cuba InsyaAllah untuk perbaiki..percaya untuk meminta tolong pada manusia lain, sensitif kepada orang lain, tidak terlalu serius dan cerewet dll akan kucuba..huhu

Ala kulli hal, segala yang berlaku dalam hidup ini semuanya ada hikmahnya..6 tahun berada di uia (dari cfs hinggalah uia kuantan) walaupun ambil masa yang lama untuk degree tapi terlalu banyak benda yang aku belajar kat sini. terlalu banyak perubahan dalam hidup yang berlaku, nilai ukwah dan persahabatan kerana Allah, penerapan ilmu dan nilai-nilai Islam..sangatlah berada dalam comfort zone. semoga segala ilmu dan pengalaman di sini dapat digunapakai bila berhadapan dengan masyarakat dan orang luar..apalah gunanya ilmu kalau bukan kepada masyarakat kan..

Terima kasih Allah kerana menggerakkan hati aku untuk menghadiri majlis ini yang awalnya aku sangatlah berbelah bahagi nak pergi...apalah sangat nilai RM42 dengan nilai sebuah persahabatan dan  majlis yang dapat mengikat dan melahirkan silaturahim sesama kita. Aku yakin dengan janjiMu.

next event: Jamuan terakhir untuk former line up SCIENCESS 2012/2013 dan grand solat hajat.