Friday, December 31, 2010

Nafas baru

 Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah..sampai juga saya akhirnya di Teluk Chempedak. Jalan2 dengan orang Jepun! Gambar blurrr di atas itu ialah Syara dengan tomodachi nya (che cha dan Qatrunnada) dan TA (teaching assistant) dari Jepun. Akane Sakai, Manami Moku dan (lupa pulak nama laki jepun ni.hehe..) Mereka ni tengah travel seluruh Malaysia nak rasa tradisional food setiap negeri. Sayangnya, kuantan ni tak ada makanan tradisional yang sedap2 selain yang saya tahu ikan patin.

Perasaan?
Memang best dapat kenal mereka. Mereka ni memang sangat polite. Masa dalam kereta tu sis manami tu punya beg besar sangat tapi dia pegang je sampailah saya suruh dia letak dekat sit yang kosong (kalau tak cakap agaknya sampai ke malam dia letak atas riba dia). Masa nak solat pun diorang hormat. Cara diorang cakap pun sangatlah tertib. Patutlah, ada kawan saya teringin sangat nak kahwin dengan laki jepun ni. Cara diorang yang lemah-lembut tu serius terpikat. No wonder zaman dolu2 ramai orang Arab Jahiliyyah masuk Islam sebab sifat Rasulullah saw sendiri yang terpikat. lemah-lembut dan begitu beradab. hmm.. refreshment pertama dapat dari orang Jepun.

Bila ingat balik Syara gathering dengan kawan2 lama dia teringat pulak dekat kawan2 lama saya..


apa khabar la korang agaknya?
Sihat tak?
Macam mana life sekarang?



4 Pintar

ajar aku berdisiplin

CB 3

peng yo




5 Cerdik



aku kat uia, kuantan ni.
tengah membungkus badan dengan berhelai2 baju sebab sekarang ni musim hujan.
korang musim apa sekarang?
winter? summer? ke kemarau?
aku still sihat macam dulu. macam last day yang korang jumpa. bila lah time tu?
alhamdulillah..
sekarang dah cikit2 boleh adapt dengan life kat sini.makin immune.
mesti korang tak caye aku dah tak gedik sangat lagi.haha..
skema ubi.
kawan2 banyak bantu. kat sini memang pentinglah ukhwah dalam jemaah tu. tak boleh sorang2.
dan aku tengah cuba biasakan makan dalam dulang tu. budaya suap menyuap tu. err..korang tahu aku macam manakan.

 budak2 samura dah jarang2 nampak. Masing2 dengan kulliyah mereka.
sibuk dengan assingnments, programs dll. semua tengah berusaha kejar dan capai matlamat uia nak lahirkan holistic graduate. cehh..
ciko dengan anas dekat kulliyah of dentistry.
syira kat kulliyah of medicine.kotal sekali kut.
iffah munirah biomed.
tinggal aku, fadz dengan bujem dekat cts tu.
hhmmm..budak convent yang aku jumpa pun sorang, sakinah. ala, kinah yang dulu kamcing dengan nisa firzana n mira tu.sekarang orang panggil dia c-qin. dia kat allied health science.

esok dah tahun baru.
Aku berazam nak azam tinggi2.hehe..
bak kata cikgu aku dulu, azam tinggi2. kalau tak dapat pun tak ada lah kalah teruk. at least kalah bergaya. sebab kita mesti telah cuba berusaha sungguh2 nak capai azam tu.
aku nak naikkan cgpa lagi. nak lebih fokus.almaklumlah, aku dah pegang amanah rakyat dengan duit yang kerajaan kasi setiap bulan ni.
Nak cari dan kumpul duit sendiri. Siapa nak print.scan,copy sila datang bilik 2.8 M8 ok. nak dapat khidmat financial planning pun bole gak.ni free of charge.
aku akan cuba jaga hubungan aku dengan Allah.insyaAllah hubungan dengan manusia pun Allah jaga nanti.
kalau boleh aku nak punctual. punctual datang kelas, punctual datang meeting, punctual bila dah janji. of course, semua2 tu boleh terjadi kalau aku praktis punctuality dalam solat. nak dapat wajah bercahaya bak bintang kat kubur nanti!
di samping semua2 tu,
model aku untuk tahun ni ialah: Ulul Albab.
Inspirasi dari rancangan tv Tanyalah Ustaz masa awal Muharam hari tu.
transformasi ulul albab.
aisyy, memang tinggi betul cita2 aku.

 
" Behold! in the creation of the heavens and the earth, and the alternation of Night and Day,― there are indeed Signs for
of understanding.
Men who celebrate the praises of Allah standing, sitting, and lying down on their sides, and contemplate the (wonders of) creation in the heavens and the earth, (with the thought): "Our Lord! not for naught hast Thou created (all) this! Glory to Thee! Give us salvation from the penalty of the Fire. " (Ali Imran, 190-191)

Saturday, December 18, 2010

Pecah masuk

Bismillahirrahmanirrahim..

Lama juga dah tak usha blog ni. Seingat saya last buka sehari sebelum balik kuantan hari tu, betul2 the day of maal hijrah.1 Muharam melabuh tirainya dengan saya melihat kejayaan pencuri pecah masuk rumah saya pagi2 buta. Orang azam tahun baru nak jadi lagi baik, dia azam nak ceroboh rumah orang. memang terbaik!

Kesian adik saya, Faiz kena curi hp yang tak sampai sebulan beli hasil titik peluh dia. Dia pun satu, pencuri tu ambil jam tangan kat tangan dia pun tak sedar. apa da. purse papa dengan beg mama pun dia sempat ambil. Nasib baik dia tak sempat masuk bilik saya. kalau tak habis lesap laptop dalam tu. Alhamdulillah..

Yang tak puas hatinya dengan pegawai penyiasat yang datang pagi tu. Setakat ambil gambar je buat cukup syarat siapkan report then balik gitu je semua orang boleh buat. Bila suruh ambil kesan cap jari dengan kasut yang ada, macam2 alasan. kering sangatlah, basah sangatlah susah nak ambil. Memanglah barang yang hilang tak sampai sejuta pun, tapi mereka memang tak patutlah buat macam tu memandangkan dah banyak gila kes curi kat kawasan tu. Pencuri tu pun kami syak budak2 sebab dia tak ambil benda berat2 macam tv ke komputer ke. Pernah dulu sekali sport shoes saya nak masuk asrama pun dia pergi ambil dengan payung dekat sebelah rak kasut (sebab masa tu hujan lebat).

Kesimpulan dari kes pecah masuk ni,
1. saya tak berperasaan sangat mungkin sebab tak ada barang saya yang hilang atau azam bersama hijrah saya yang mungkin masih segar masa tu. err..
2. kena biasakan bangun malam/ pagi2 buta (dengan kata lain, bangun bertahajud). Mungkin pencuri tu tengok rumah ni asyik gelap je pukul 3,4 pagi.hehe..
3. berhati-hati sepanjang masa
4. think positive. setiap kejadian tu ada hikmahnya. jadinya kena redha dan yakin dengan Allah.
5. kalau betul la budak yang dicakap-cakap oleh orang sekeliling tu, maybe kita kena tanya dia baik2 (sebab tak ada bukti). mana tau dia kena paksa oleh orang lain ke. maybe dia ada problem ke. bukan dengan jalan mudah, belasah ke sebab saya yakin keganasan tak akan selesaikan masalah. kita sekarang ni lebih pandai bercakap. jarang yang care. jarang yang give a cent. (cakap untuk diri seniri juga)
6. 'pihak berkuasa' tu memang memburukkan la nama pegawai2 lain yang ikhlas dalam menunaikan tanggungjawab mereka. kerana nila setitik rosak semua susu sebelanga. (kalau la tau nama mereka, awal2 lagi saya dah buat report sebelum rosak semua susu)

cukup untuk malam ni. InsyaAllah kalau berpeluang nak cerita journey ke kl, ke cfs dan ke kem kepimpinan (under scholarship BKTA) baru2 ni atau at least upload la sekeping 2 gambar bila internet ok macam dekat  taman tun yang dpt hsbb.



Best regards,

Friday, December 3, 2010

eating a rainbow!

Bismillahirrahmanirrahim..

Tahun baru ni saya plan nak diet.oh, bukan diet untuk kuruss ok. Cukuplah dikategorikan sebagai manusia underweight tak naklah jadi sampai anorexia! Saya nak cuba makan secara sihat. Sebelum ni bukan la main larung je makan apa-apa. Tapi, saya nak cuba improve sempena tahun baru & sem baru nanti. Insyaallah, bila  makan makanan sihat ni, badan sihat, otak cergas, muka pun ceria lagi tak lesu. Insyaallah boleh lebih aktif melakukan kerja-kerja amal, ibadah dll lagi. 3,4,5 in 1!

Kata pakar pemakanan dalam tv tu, each different color of fruits and vegetables contains different vitamins and nutrients that needed in our body. so, get as much color variety in our diet as possible to maximize  our intake of vitamins and nutrients everyday.


Saya bukanlah pandai dalam hal ehwal pemakanan ni, jadinya saya telah meminta Mr Google untuk tolong cari info yang bermanfaat untuk rujukan saya pada masa hadapan.

Mr. Google search:




  
Orange and Yellow fruits and vegetables
Contain beta-carotene, zeaxanthin, flavonoids, lycopene, potassium, and vitamin C. These nutrients reduce age-related macula degeneration and the risk of prostate cancer, lower LDL cholesterol and blood pressure, promote collagen formation and healthy joints, fight harmful free radicals, encourage alkaline balance, and work with magnesium and calcium to build healthy bones.

  
Green vegetables and Fruit
Green vegetables contain chlorophyll, fiber, lutein, zeaxanthin, calcium, folate, vitamin C, calcium, and Beta-carotene. The nutrients found in these vegetables reduce cancer risks, lower blood pressure and LDL cholesterol levels, normalize digestion time, support retinal health and vision, fight harmful free-radicals, and boost immune system activity.

  
Blue and purple fruits and vegetables
Contain nutrients which include lutein, zeaxanthin, resveratrol, vitamin C, fiber, flavonoids, ellagic acid, and quercetin. Similar to the previous nutrients, these nutrients support retinal health, lower LDL cholesterol, boost immune system activity, support healthy digestion, improve calcium and other mineral absorption, fight inflammation, reduce tumor growth, act as an anticarcinogens in the digestive tract, and limit the activity of cancer cells.

  
White fruits and vegetables
Contain nutrients such as beta-glucans, EGCG, SDG, and lignans that provide powerful immune boosting activity. These nutrients also activate natural killer B and T cells, reduce the risk of colon, breast, and prostate cancers, and balance hormone levels, reducing the risk of hormone-related cancers.



Subhanallah! Setiap color dekat buah2 dan sayur2 ni pun ada manfaat dia masing-masing. Betapa halusnya ciptaan setiap benda dekat muka bumi ni. hebatnya Allah!

Monologue diet:

-Your stomach is only the size of your fist, so it takes just a handful of food to fill it comfortably,

-dan makanlah berpada-pada. Berhenti sebelum kenyang ok! :)






Best regards,

Wednesday, December 1, 2010

black and white

Bismillahirrahmanirrahim..


do you see a lamp or something else? what is your first mind says? Gotchhaa!

Best regards,

Monday, November 29, 2010

hidupkan Baginda Nabi dihati kita semua..

Bismillahirrahmanirrahim..

banyak yang bermain dikepala tapi tak terluah satu pun melalui penulisan dan kata2..
hm..., tidak ada cinta kalau hanya sekadar melihat
hanya melihat tanpa berbuat apa-apa, cinta itu tidak menjadi, barangkali dilupakan.
menjadi bila dilayan.
ia akan mula berputik dan berkembang mekar dengan adanya kenal-mengenali, saling sayang-menyayangi
ditambah ummpphh dengan melakukan apa yang disukai si dia,kekal erat
ohh.. sungguh hinanya cinta sesama manusia
kenapa kita tak buat perkara yang sama kepada yang lebih berhak?
kenapa sukar untuk diaplikasikan dalam memupuk dan melebihkan cinta kita pada Allah, pada Rasulullah s.a.w, pada ibu bapa?




cinta tanpa batasan
cinta tanpa garis panduan syara'
berpegangan tangan, berjumpa melepaskan rindu,
message berbaur-baur manja,
sudah tidak segan silu men-declare diri 'sudah berpunya',
kes anak luar nikah, buang bayi yang satu masa dahulu sangat jijik didengar dah lali ditelinga
mesti yahudi laknatullah beraya sakan setiap hari, ketawa sampai kembung perut
kerana jarum halus hedonisme semakin berjaya dicucuk di kalangan kita, remaja-remaja
remaja yang bakal membentuk negara

'trend' ini memang menakutkan
masakan tidak?
trend itu sifatnya diikuti (wal iya zubillah)
bila ia sudah menjadi budaya dan kebiasaan
bila ibu bapa turut memberi 'green light'- tidak melarang, tidak lagi mencegahnya
orang awam juga hanya tersenyum mengiyakan
mereka yang dulu tak nak pun boleh terjerumus
mereka yang dulu rasa geli pun boleh saja terjebak
kalau tak dikuatkan iman
kalau tak ditingkatkan ilmu dan kefahaman..
"Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada hamba-hambaMu yang lemah ini melawan hawa nafsu dan godaan syaitan. Tetapkanlah iman kami. Bimbingkanlah kami ke jalan yang diredhaiMu"

seriusly, tak bermaksud nak buat entry cinta ni
tapi tangan laju je taip,
otak laju je membuat ayat bab2 ni.he3..

sebenarnya nak share video (oleh Habib Ali Al-Jufri) yang dapat kat email tadi.

Wallahu'alam





Best regards,

Friday, November 26, 2010

sekufu

Bismillahirrahmanirrahim..

Sejak dua menjak ni, saya perasan rutin saya yang sama setiap pagi. bangun tido, lepas subuh je on tv. hehe.. Dalam pukul 7 tu, tv9 akan siarkan rancangan informatifnya, Tanyalah Ustaz. kalau iklan, saya switch ke tv3, MHI. kadang2 terlama kalau pengacara masa tu wardina & ahmad fitri yahya.sambil2 tu kalau rajin buat la air cokelat Anlene untuk kuatkan tulang. Almaklumlah, umur dah 20 ni..






Semalam, Tanyalah Ustaz habis episod kahwin sekufu.. Saya ada recordkan kat handphone tapi macam tak sedap nak link kat sini sebab bunyinya tak berapa nak clear, tambah lagi dengan bunyi bersin saya pagi2, bunyi ayam berkokokla, ada suara mama dan saya berbual sikit dll..

Apa-apa pun, InsyaAllah saya cuba listkan beberapa kriteria yang ustaz gariskan sebagai panduan (tapi untuk ibu bapa la) nak menentukan kesekufuan bakal menantu mereka (anak2 sila dengar).hmm.. lupalah nama ustaz tu. siapa stalker, kalau pandai cari la.


1. Agama
Seboleh-bolehnya carilah yang beragama Islam tapi boleh je kalau nak kahwin dengan orang bukan islam cuma dikhuatiri bakal menantu kita tu masuk islam bukan dengan ikhlas tapi sebab cintakan anak kita. Pentingnya mak ayah pastikan anak perempuannya dengan orang yg bagus agamanya sebab kata ustaz, kalau kita tak ambil berat pasal siapa bakal menantu kita maka itulah rupa cucu kita nanti. Kalau kita tak nak cucu cicit kita mat rempit, kena check dulu bakal menantu kita tu merempit ke tidak. lebih kurang macam tu la.Lepas tu, bakal menantu tu bukan saja setakat ada ilmu agama atas sijil tapi kena beramal dengannya.kena pastikan solat dia, amal ibadah dia macam mana dulu sebelum kahwin.

2. keturunan
kalau boleh dari keturunan yang baik2.

3. merdeka
in term of zaman kita sekarang, yang mana dah tak ada konsep hamba2 ni, jadi bolehlah dipakai dalam situasi di mana bakal menantu kita tu bukanlah pesalah mana2 penjara/ bukan yg masih dalam hukuman tapi telah melarikan diri ( jadi pelarian)

4. pekerjaan
kalau boleh biaq sama profession. kalau engineer dgn engineer, doktor dgn doktor tp jgn pula kalau anak perempuan kita tu tak bekerja bakal menantu tu pun tak bekerja, habis tu siapalah nak kasi makan kat anak kita nanti. kena pandai-pandailah tengok keadaan.

5. tidak cacat kekal

6.berharta

Walaupun begitu, sekufu ni tak wajib pun. Sekadar kriteria pemilihan yang digariskan para ulamak kalau  kita (ibu bapa) diberi pilihan.Ia bukanlah menjadi syarat sah tapi adalah suatu kelebihan atau satu ruang untuk seorang bapak nak cari yang terbaik untuk anak gadisnya. Sebab tu lelaki yang ingin meminang anak gadis orang, jangan pertikai/ mempersoal hak itu. kerana mencari menantu yang terbaik untuk anak perempuan tu adalah hak seorang bapa tu. dan  memang kesekufuan ni diberatkan kat anak lelaki.

so, lelaki2 kat luar sana kenalah bekerja keras kalau nak kahwin (lagi2 kalau dapat bapak mertua yang betul2 sayangkan anak perempuannya)

Apa-apa pun, bagi saya soal sekufu tak sekufu ni walaupun penting juga tapi kalau dah jodoh nak buat macam mana. Ibu bapa tak boleh nak strict sangat. yang Sharifah mesti dengan Syed je..yang orang johor kena dengan johor je..yang doktor kena dengan doktor je. kesian kat anak2 tak pasal2 nak plan kahwin lari kat golok (jangan sesekali buat macam tu ok. restu ibu bapa tu penting!) bagi saya yang paling penting on top of all those listed ialah iman dan taqwa dia.Nak sangat bakal menantu yang tinggi pelajaran agamanya, sekali end up lepas kahwin rupa-rupanya jenis tinggalkan solat.nauzubillah..yelah, bab2 soleh tak soleh ni bukannya mudah nak check. ramai je yang boleh berlakon. so, ustaz cadangkan kita banyak-banyakkan berdoa dan bertawakal kepada Allah.Minta yang terbaik untuk anak-anak. Yang anak-anak perempuan pula kalau nak dapat lelaki yang baik kenalah jadi yang terbaik jugakan. (perghh..gaya cakap macam mak-mak)

***

Cakap pasal kahwin ni, hari tu bukalah iium portal. Then, ada satu announcement kat situ:

" Pre-marriage Course 25 & 26 December 2010"

Rasa macam excited pula dengar.rasa macam terpanggil pula pergi kalau dia open untuk semua walaupun tak ada calon.bila baca details, rupanya kat uia gombak.. uia gombak selalu je buat program best2. ni memang tak adil!


Best regards,

Wednesday, November 24, 2010

Dirimu begitu berharga..

Bismillahirrahmanirrahim..

Entry ini khas buat diriku, mereka yang bergelar wanita dan juga buat kaum adam yang hidupnya tidak lari daripada kelompok  kaum hawa (sama ada ibu, adik, kakak, nenek, rakan dan sepapatnya).

terimalah....


2 Sebab Wanita Masuk Neraka

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". (nauzubillah)

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :

1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1

Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2

Sedang memasak gas habis. Kita mungkin berkata "****** punya gas. Masa ni jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"
(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan seperti berikut:
"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi..

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai
target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tutur kata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair

Arab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." 

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang..

"SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"

C&P (copy and paste) dari: Ustaz Azhar Idrus's blog


Wallahu'alam


Best regards,

Friday, November 19, 2010

Vincci: Guna kulit bab-1?

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualikum & salam sejahtera buat semua,

Sekadar untuk berkongsi cerita dengan kawan2 yang sudi melawat blog ni. Hari Raya Haji baru-baru ni, sempat saya ber-ym dengan seorang sahabat di Warsaw, Poland. Cerita tentang macam mana sambutan kat sana.ohh.. mereka sambut sehari awal dari orang kat Malaysia la! katanya, ramai yang berebut-rebut nak buat korban kat sana lagi2 saudara2 baru (mualaf) di sana..

Dalam chitchat yang singkat tu, sempatlah kami berborak-borak lepaskan rindu (huhu..). Sempat dia cerita kisah belt kulit yang dia beli kat Vincci, Malaysia. Bawa baliklah kat Poland, ingat nak berbangga dan bergayalah dengan barangan yang dibeli di Malaysia. tuptup kawan dia cakap, "eh, tu kulit dia macam kulit bab-1 la" (untuk siapa yang tak faham, bab-1 tu kebiasaan yang saya gunakan untuk bercakap tentang binatang bernama khinzir)

Sebabnya, dia nampak kat belt tu ada 3 titik yang banyak macam ni..

whoaa!!!
terkejut juga sebab selalu je usha kasut kat sana.hu~~

google..

Untuk sesiapa yang tak tahu cara nak kenal pasti barangan dari kulit bab-1 ni, caranya:
1.Struktur kulit dia sangat berbeza dari binatang lain. So memang senang nak cam. Cuba tengok betol betol. Kalau kulit bab-1 ni, ada 3 titik dalam satu kelompok titik titik. Kalau dah nampak 3 titik ni, berhati-hati jangan beli!
page 2 Cara Mengenal Barangan Kulit Babi!
2. Harga barangan dari kulit ini jauh lagi murah.
3. Selalunya, kulit ni digunakan sebagai lining. Contohnya, dalam kasut. Sebab kulit bab-1 ni lembut.







4.Kulit ni banyak digunakan untuk buat kasut budak, perempuan dan jugak sandal lelaki. Beg jarang jarang. Tapi hati hati lah jugak masa beli tu.

Bukan nak kata tak boleh da beli barang2 dari Vincci lagi, tapi lepas ni kita kena pandai2 pilih lah. lagi2 barang2 yang diperbuat daripada kulit . tak kesahlah Vincci ke, Hush Puppies ke, Timberland ke, Puma ke, Harley Davidson ke etc..tapi tak mustahil untuk brand yang sama produce barang2 dia dari sumber yang sama bukan? makanya, kena lebih berhati-hati lepas ni. (sambil check handbag dan cover hp)


kalau penjual2 non-muslim tu beretika dan ada rasa hormat dekat orang2 Islam, mungkin mereka akan buat labeling macam ni:




tapi kalau mereka jenis tak kesah/ saja je nak pekena umat Islam yang tak tahu atau terlupa nak check kan haru je..huh~~

Thanks Syaza sebab bagitau. kesian kau.fuhh..lama kut nak siapkan entry ni. dengan internet slow yang melambatkan proses upload gambar (nak bagi teruja sikit) tambah lagi dengan kilat,petir yang menyambar laptop ni sampai terpadam (nasib baik tak terbakar!). Alhamdulillah.. semoga bermanfaat!

Best regards,

Wednesday, November 17, 2010

Salam AidilAdha..Aja2 fightee!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Pak Ling and his family had just arrived from kuantan.(tomorrow, tok mah's house is expected to be fully occupied with my almost 40 cousins just like the past few years).hmm..Mama still  in the kitchen working hard to finish the cooking,all the dishes for tomorrow; rendang daging, ayam masak merah, rendang ayam kampung (actually, it's ayam tua bangka.bayangkan je lah time makan esok. liat2 lebih kurang juga), kuah lode, nasi himpit..

There's a mission need to be accomplished. looking at last night (i mean, just a few hours back) it is half-accomplished i could say. facing the 'real world' is not that easy like what most people think.Ohh.. i should speak a positive words to full my dream,. Have strong faith in Allah!Insya-Allah.. if there's a will there's a way. go!go!go!!! =)

by the way guys,



Best regards,

Tuesday, November 16, 2010

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Bismillahirrahmanirrahim..

Disampaikan Di Lembah Gunung Uranah, Gunung Arafah
Pada Tanggal 9HB Zulhijjah 10 Hijrah
Wahai manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.


Best regards,