Friday, November 26, 2010

sekufu

Bismillahirrahmanirrahim..

Sejak dua menjak ni, saya perasan rutin saya yang sama setiap pagi. bangun tido, lepas subuh je on tv. hehe.. Dalam pukul 7 tu, tv9 akan siarkan rancangan informatifnya, Tanyalah Ustaz. kalau iklan, saya switch ke tv3, MHI. kadang2 terlama kalau pengacara masa tu wardina & ahmad fitri yahya.sambil2 tu kalau rajin buat la air cokelat Anlene untuk kuatkan tulang. Almaklumlah, umur dah 20 ni..






Semalam, Tanyalah Ustaz habis episod kahwin sekufu.. Saya ada recordkan kat handphone tapi macam tak sedap nak link kat sini sebab bunyinya tak berapa nak clear, tambah lagi dengan bunyi bersin saya pagi2, bunyi ayam berkokokla, ada suara mama dan saya berbual sikit dll..

Apa-apa pun, InsyaAllah saya cuba listkan beberapa kriteria yang ustaz gariskan sebagai panduan (tapi untuk ibu bapa la) nak menentukan kesekufuan bakal menantu mereka (anak2 sila dengar).hmm.. lupalah nama ustaz tu. siapa stalker, kalau pandai cari la.


1. Agama
Seboleh-bolehnya carilah yang beragama Islam tapi boleh je kalau nak kahwin dengan orang bukan islam cuma dikhuatiri bakal menantu kita tu masuk islam bukan dengan ikhlas tapi sebab cintakan anak kita. Pentingnya mak ayah pastikan anak perempuannya dengan orang yg bagus agamanya sebab kata ustaz, kalau kita tak ambil berat pasal siapa bakal menantu kita maka itulah rupa cucu kita nanti. Kalau kita tak nak cucu cicit kita mat rempit, kena check dulu bakal menantu kita tu merempit ke tidak. lebih kurang macam tu la.Lepas tu, bakal menantu tu bukan saja setakat ada ilmu agama atas sijil tapi kena beramal dengannya.kena pastikan solat dia, amal ibadah dia macam mana dulu sebelum kahwin.

2. keturunan
kalau boleh dari keturunan yang baik2.

3. merdeka
in term of zaman kita sekarang, yang mana dah tak ada konsep hamba2 ni, jadi bolehlah dipakai dalam situasi di mana bakal menantu kita tu bukanlah pesalah mana2 penjara/ bukan yg masih dalam hukuman tapi telah melarikan diri ( jadi pelarian)

4. pekerjaan
kalau boleh biaq sama profession. kalau engineer dgn engineer, doktor dgn doktor tp jgn pula kalau anak perempuan kita tu tak bekerja bakal menantu tu pun tak bekerja, habis tu siapalah nak kasi makan kat anak kita nanti. kena pandai-pandailah tengok keadaan.

5. tidak cacat kekal

6.berharta

Walaupun begitu, sekufu ni tak wajib pun. Sekadar kriteria pemilihan yang digariskan para ulamak kalau  kita (ibu bapa) diberi pilihan.Ia bukanlah menjadi syarat sah tapi adalah suatu kelebihan atau satu ruang untuk seorang bapak nak cari yang terbaik untuk anak gadisnya. Sebab tu lelaki yang ingin meminang anak gadis orang, jangan pertikai/ mempersoal hak itu. kerana mencari menantu yang terbaik untuk anak perempuan tu adalah hak seorang bapa tu. dan  memang kesekufuan ni diberatkan kat anak lelaki.

so, lelaki2 kat luar sana kenalah bekerja keras kalau nak kahwin (lagi2 kalau dapat bapak mertua yang betul2 sayangkan anak perempuannya)

Apa-apa pun, bagi saya soal sekufu tak sekufu ni walaupun penting juga tapi kalau dah jodoh nak buat macam mana. Ibu bapa tak boleh nak strict sangat. yang Sharifah mesti dengan Syed je..yang orang johor kena dengan johor je..yang doktor kena dengan doktor je. kesian kat anak2 tak pasal2 nak plan kahwin lari kat golok (jangan sesekali buat macam tu ok. restu ibu bapa tu penting!) bagi saya yang paling penting on top of all those listed ialah iman dan taqwa dia.Nak sangat bakal menantu yang tinggi pelajaran agamanya, sekali end up lepas kahwin rupa-rupanya jenis tinggalkan solat.nauzubillah..yelah, bab2 soleh tak soleh ni bukannya mudah nak check. ramai je yang boleh berlakon. so, ustaz cadangkan kita banyak-banyakkan berdoa dan bertawakal kepada Allah.Minta yang terbaik untuk anak-anak. Yang anak-anak perempuan pula kalau nak dapat lelaki yang baik kenalah jadi yang terbaik jugakan. (perghh..gaya cakap macam mak-mak)

***

Cakap pasal kahwin ni, hari tu bukalah iium portal. Then, ada satu announcement kat situ:

" Pre-marriage Course 25 & 26 December 2010"

Rasa macam excited pula dengar.rasa macam terpanggil pula pergi kalau dia open untuk semua walaupun tak ada calon.bila baca details, rupanya kat uia gombak.. uia gombak selalu je buat program best2. ni memang tak adil!


Best regards,

No comments: