Friday, August 17, 2012

Meraikan kemenangan dalam syawal

Bismillahirrahmanirrahim..



Raya itu untuk semua tapi kemenangan itu untuk siapa sebenarnya?

Satu persoalan yang sangat menarik yang telah diutarakan oleh dj IKIM, saudari siti dan saudara pian dan dikupaskan dengan lebih lanjut oleh Ustaz Jazlan Abdullah (abang kepada Ustaz Muhammad al-Amin) pada topik Jumaat pagi tadi.

Alhamdulillah, Allah bagi aku peluang untuk mendengar dan merekod perbincangan ilmunya untuk Jumaat terakhir Ramadan ini. InsyaAllah sedikit catatan di sini untuk dikongsikan dan ingatan untuk diri yang sering lupa...

***
Sebab apa kita dikatakan menang/berjaya khususnya pada hari raya ini:
1-Allah dah ampunkan dosa2 kita
2- Allah telah lepaskan kita dari azab api nereka (itqun min annar kata Rasulullah saw)
3-Kita Berjaya hidupkan malam2 lailatulqadar. Kata Nabi saw,siapa yang membangunkan malam lailatulqadar itu maka sebenarnya Allah telah mengampunkan segala dosa2nya yang telah lalu.MasyaAllah pada malam itu Allah gandakan amalan hambanya melebihi 1000 bulan. Berlipat kali ganda sehingga tiada tolok bandingnya.

*Bila mana masuknya hari raya itu, Allah telah berpesan dlm surah al-Baqarah ayat 185 iaitu
kejayaan yang kita dapat khususnya dalam bulan Ramadan dan kita bawa dalam ibadah yang besar yakni
ibadah Hari Raya ini, perlulah dimulakan dengan takbir. Perkara penting yang kita selalu lupa.

Sebab itu bila menyimpan mohor2 diraja mengumumkan esok hari raya, bukan sepatutnya kita beraksi seperti kanak2 rebina menjerit2 "Yahooo esok raya!". Tapi perkara pertama yang ustaz sarankan kita buat ialah untuk bertakbir "Allahuakbar, Allahuakbar" kerana allah perintahkan kita untuk membesarkan Allah swt.

Kerana apa kita perlu membesarkan Allah swt? kerana apabila kita membesarkan Allah swt, di situ ada petunjuk dan hidayah-Nya. Dengan kita menyebut Allahuakbar kerana Allah telah beri kita satu anugerah yang besar iaitu hari raya bermakna Allah telah datangkan kepada kita sifat bersyukur- tanda Allah telah berikan kita hidayah-Nya.

Ustaz menyarankan untuk kita sama2 menghidupkan malam aidilfitri kali ini dengan nafas baru yakni bertakbir memperbesarkan Allah swt tanda kesyukuran kepada-Nya. Sifat yang bukan senang untuk dimiliki oleh kita semua.

Satu nikmat yang besar apabila Allah anugerahkan kepada kita sifat syukur ini. Bersyukur atas pemberian bulan yang Allah melipat gandakan amalan kita. Bersyukur atas pengampunan dosa yang Allah janjikan kepada hamba2 yang meminta kepada-Nya. Kita cipta kehidupan baru dengan memulakkan hari raya kita memuji dan membesarkan-Nya tanda kesyukuran kepada Allah.

*Membangunkan malam aidilfitri dengan ibadah2 sunnah agar mendapat keberkatan dan kejayaan sebenarnya (solat2 sunat, membaca al-quran, berzikir dll)

*Bagaimana kita mendapat rahmat dari Allah swt khususnya pada malam hari raya?- Perbanyakkan berdoa pada malam hari raya. kata Imam Assyafie, mustajab doa itu datangnya dari 5 malam:
1-malam jumaat
2-malam aidiladha
3-malam awal rejab
4-malam nisfu syaaban
5-malam aidilfitri

*Tanda2 Ramadan yang berjaya:

1-bertambah rasa taqwa kepada Allah, (taqwa: buat apa yang Allah perintahkan, tinggalkan apa yang Allah larang)- lebih bertambah untuk mentaati Allah seperti solat pada awal waktu, lebih baik dalam amalannya

2-rasa nikmat dalam beribadat seperti rasa nikmat apabila berzikir, membaca al-quran dan bersolat selepas dari Ramadan-bagaimana nak mengundang nikmat ini? bila mana kita bertambah rasa taqwa kepada Allah, Allah yang akan memberi nikmat dalam ibadat kita.

3-rasa bertambah baik dalam diri dan kehidupan kita- terpadamnya sifat2 mazmumah dalam diri kita
contoh: (1) sebelum Ramadan apabila datangnya peminta sedekah kepada kita, kita berprasangka buruk tapi lepas Ramadan kita melihat orang susah yang datang kepada kita adalah kerana Allah yang menghantarnya kepada kita sebabnya sejak dari bangun tidur kita tidak terfikir untuk mencari orang susah dan membantu mereka. Allahuakbar..
(2) bersikap lebih baik kepada ibu bapa dan keluarga
(3) bertambah baik kepada masyarakat
(4) cinta kepada orang Islam

4-bertambah kasih kepada fakir dan miskin. orang miskin itu ialah orang yang disebut sebagai kekasih2 nabi saw.

Dalam satu riwayat, apabila Nabi saw dipanggil oleh orang miskin maka nabi akan berpaling (yakni berpusing dengan badan-badannya) bukan seperti kita yang kadang2 buat tak nampak je apabila didatangi orang2 miskin.
   
Orang susah itu ialah mereka yang diuji oleh Allah dengan dikurangkan hartanya oleh itu kita yang Allah berikan kelebihan harta adalah tanggungjawab kita untuk membantu orang2 susah.

Nabi saw mengasihi ibu2 tunggal dan merahmati anak2 yatim. Susahnya seorang isteri itu apabila ketiadaan suami dan susahnya seorang anak kalau tiada bapa. Maka perbanyakkanlah membantu kedua-dua golongan ini.

5- rasa bertambah bersyukur kepada Allah

*untuk mustajab doa (yakni ketika sepanjang malam aidilfitri), pelihara adab2 ketika berdoa 1-mulakan dengan  bismillah, 2- selawat ke atas nabi, 3- mendoakan kedua ibubapa kita (termasuk ibu dan bapa mertua), 4-isteri kena doakan suami (yang bujang doakanlah mendapat isteri/ suami yang soleh solehah), 5-doalah apa sahaja dalam apa jua bahasa yang difahami, 6- tutup dengan selawat . lebih afdal dimulakan dengan alfatihah

Dalam berdoa kena sentiasa bersangka baik terhadap Allah. Kalau Allah tak beri hari ini maka Allah akan beri pada waktu yang terbaik.kalau Allah tak beri hari ini maka itu sebenarnya tidak baik kepada kita hari ini. Mungkin waktu ini tidak sesuai untuk kita. Maka Allah simpan doa kita itu pada waktu yang lebih baik mengikut mengetahuanNya. Sebab itu bila Allah datangkan kepada kita sesuatu yang baik, jangan sesekali menolaknya. contohnya, tawaran menunaikan haji, orang datang merisik dan sebagainya.

*Adab2 berziarah pada hari raya
1- niat berziarah kerana Allah-sunnah nabi saw (dikisahkan, nabi sewaktu ke masjid untuk menunaikan solat sunat aidilfitri, baginda akan berjalan ke masjid melalui jalan lain dan pulang melalui jalan lain agar dapat bertemu dengan lebih ramai umat Islam)
2- memilih masa yang sesuai dengan orang yang diziarahi (tidak digalakkan pergi ketika waktu tengah hari kerana dikhuatiri menyusahkan tuan rumah untuk menghidangkan makanan kepada kita tetapi jika dijemput, lebih afdal memuliakan permintaan tuan rumah)
3-jaga aurat dan batasan dalam Islam seperti bersalam-salaman.contoh seperti mengelak bersalam dengan sepupu2 kita yang berlainan jantina dan sebagainya. Barangakali pada tahun ini ia agak janggal dan pelik tapi sebenarnya ia adalah janggal untuk mendatangkan kebaikan. Kalau kita tidak mulakan benda yang baik bagaimana kita nak dapatkan kebaikan. InsyaAllah mereka akan faham. (saya dah cuba setahun yang lepas dan alhamdulillah it's improved from time to time)
4- memberi salam kerana salam itu doa. Assalam itu dari nama2 Allah. Sebab itu apabila hendak memberi salam kena sebut betul2. As salamu alaikum..samekom itu bermaksud celaka. Di sunnahkan memberi salam sebanyak 3 kali, kalau tiada yang menjawab maka pulanglah dan bersangka baik.
5- jaga lisan ( banyakkan cakap perkara2 baik kerana perkataan yang baik itu merupakan satu doa, bertanya khabar, mendoakan orang lain dan jangan memasukkan unsur2 umpatan,perkataan2 menyinggung orang lain dan sebagainya)
6-jaga pandangan (jangan mencuri-curi pandangan melihat kaum keluarga yang diziarahi terutamanya gadis2 cantik dan jejaka2 tampan dan jangan memandang keaiban2 orang)
7-memendekkan masa berziarah satu2 rumah
8-ketika pulang berziarah, doakan satu sama lain. diceritakan di Pakistan sungguhpun kita sudah beri salam untuk balik mereka akan berkata "Allah Hafiz" (mudah-mudahan Allah jaga dan pelihara kamu)

Wallahua'lam..

Mudah-mudahan sedikit catatan ini Allah permudahkan diri untuk beramal dengannya dan bermanfaat untuk sesiapa yang membaca. Ramadan tinggal berbaki 1 hari lagi. Moga Allah ampunkan segala dosa kita dan menjadikan kita di kalangan hamba2-Nya yang bertaqwa.

catatan ringkas daripada topik jumaat "Meraikan kemenangan dalam syawal" oleh al-fadhil ustaz Jazlan bin Abdullah IKIM.fm 9 pagi,28 Ramadan 1433H (17/8/2012)