Friday, July 23, 2010

bila homesick..

Bismillahirrahmanirrahim..

orang cakap sikit pun kita dah cepat terasa hati. 
benda kecik pun kita nampak macam besar.
gurau-gurau sengal kadang-kadang kejam yang biasa je diterima telinga dan akal jadi amat sensitive.
rasa cepat je nak nangis. :(
-leanna-

betul jugak la lane, patut la beberapa minggu kat sini rasa macam nak nangis je..
dan bila macam tu, rasa better untuk be alone seketika.
duduk kat bilik buat number theory atau hafal dan lancarkan ad-dhuha sampai an-nas untuk kelas tilawah much better. perhaps..

Dan Saidina Abu Bakar As Siddiq R.A selalu meletakkan batu di dalam mulutnya supaya dia dapat menegah mulutnya daripada bercakap yang tidak perlu dan beliau mengisyaratkan kepada lidahnya:

"Inilah yang banyak membawa aku ke jurang kebinasaan maka aku mestilah berjaga-jaga daripadanya."

 (Bidayatul Hidayah, Al Imam Hujatul Islam Al Ghazali, Cara-cara meninggalkan maksiat zahir, m/s 128)


My beloved friends, mari sama-sama jaga lidah. ramai yang tengah homesick sekarang ni.


berkatalah yang baik atau diam -Sumaiyah-

Best regards,

Tuesday, July 20, 2010

Journey of Life

Bismillahirrahmanirrahim..

Life is meaningful if we know what the meaning of life is all about. Someone would say that he will be happy if he could help other people by doing any voluntary works or helping his mother doing the housework. On the other hand, they might be people who said that life will be much cheerful and meaningful when he could spend the time with all the friends shopping, hanging up, gossiping and all that sort of stuff.

So, what is your definition of life? Actually, that was my first assignment for the UNGS2030K class with Bro. Razak. For those who might wonder what UNGS2030K class is, it's a code for the Islamic worldview class.

It has been about 2 weeks since I registered as an undergraduate student of International Islamic University Malaysia, Kuantan Campus. Even though we just entered the second week of lecture, I felt that my life was pretty much hectic with all those assignments and tutorials. Being a mathematics student isn't that free.

I just hope that I can survive with this 4 years course. Means that no repetition, no head crash but pass with flying colors. If there's a will, there's a way. Insyaallah.




Best regards,

Sunday, July 4, 2010

Persediaan yang Lagi Penting

Bismillahirrahmanirrahim..

6 Julai 2010 bakal mencatatkan sejarah bagi pelajar CFSIIUM
yang bakal berangkat ke Kuantan
mahupun Gombak
untuk meneruskan perjuangan
dalam menyambung pengajian dalam bidang masing-masing.
InsyaAllah.

Mesti ramai yang tengah sibuk mengemas beg,
dokumen-dokumen, buku-buku.
ohh.. jangan dilupa kain putih untuk Taaruf Week!
hampir saja saya terlupa :)

Rasa berdebar-debar pulak..
sampai badan pun rasa dah suam-suam ni..
rasa macam tak bersedia lagi

Di sini saya ingin berkongsi tips dari
Datuk Dr Hj Fadzilah Kamsah
Tips Mencucikan Hati

Nak menuntut ilmu ni,
hati kenalah bersih supaya senang ilmu nak masuk (khas dituju untuk saya)
ilmu itukan cahaya
cahaya susah nak masuk dan lekat kalau hati tu gelap.
Tapi bukan setakat time nak belajar je kan?

Mari kita sama-sama amalkan!
Tak dapat buat semua, sikit pun jadi la..


Tips Mencucikan Hati

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”


2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.


3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.


4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.


5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.


6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)


7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).


8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.


9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).


10. Kekalkan wuduk.


11. Bersedekah.


12. Belanja orang makan.


13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)


14. Berkawan dengan ulama.


15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).


16. Pesan pada orang, jadi baik.


17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat





Best regards,