Wednesday, March 24, 2010

Cerita orang kaya

Hari tu, rakan kongsi merangkap abang kpd bos dekat office yg aku sdg berkeje sekarang ni dtg.jumpa stuff dia.xtermasuk aku la. Siapalah aku dimatanya.haha..dramatis.

Ceritanya begini. Kak Ros yg cerita lps En. Rahman tu balik.

Ada seorang yg kaya-raya ni. Dia punya bunga yg dia dpt dkt bank tu dah lebih 5 juta. Tapi, dia tahu la duit bunga2 ni sume riba belaka. So, dia decide nak agih2kan duit tu kat anak2 yatim, org2 susah. Then, dia nak rolling jugak dgn rakan2 & pekerja2 dia. Sekalilah dgn bos aku. Tu yg 2nd bos aku masuk office nak kasi habaq kat stuff dia.Cara dia cam mana, aku xfhm sgt. Hal org besar.

Aku musykil sikit dgn hal tu.Aku pun apa lagi, terus Tanya Ustaz Muhadir through sms. Alhamdulillah. Walaupun aku tau ustaz sibuk, dia tetap menjawab soalan aku petang smlm.

Jap aku check hp balik.

Assalamualaikum. Tentang soalan enti, tak boleh dia gunakan rm5 juta yang ada riba utk bagi anak yatim,pekerja…kerana duit itu haram. Hendaklah dipastikan jumlah yg tidak haram dari 5 juta itu, baru boleh bagi. Duit riba’boleh bagi baitulmal atau masjid untuk bina tandas/jalan. Wallahua’lam.

Ringkas dan padat. Ustaz Muhadir bin Jol bukanlah cikgu fim/btq aku. Tapi kalau ada apa2 soalan pasal agama ni aku selalu akan refer dkt dia. Dulu time dkt cfs almost 2 sem aku join talaqqi ustaz. Setiap Jumaat, dalam pukul 12 dkt anex102. Ingat lagi,awal2 dulu kita org duduk atas kerusi. Bila student yg dtg pun makin ramai sampai tak muat2 anex tu,Maka dibentangkanlah tikar, dan duduk bersilala kami. Muslimin di depan, muslimat di belakang. Masa tu pun ada yg tak dpt masuk sbb full sgt. Ada yg sanggup berdiri lebih sejam dkt luar dgr ustaz ckp di balik pintu, ada juga yg sangup duduk dkt tmpt ltk kasut2 yg cantik2 dan harum2 di belakang sekali. Suasana anak2 muda yg dahagakan santapan rohani. Rindunya suasana mcm tu. Rindunya kat talaqqi. Rindunya kt cfsiium..

Berbalik kpd cerita org kaya td,

Teringat satu hadis Rasulullah saw yg berbunyi,
"Badan yg tumbuh subur dgn makanan haram akan merasai api neraka."

Neraka tu. Pintu dia kalau dibuka sebesar jarum pun dah boleh hancur alam ni. Sehari kat sana lamanya mcm 70 thn kat dunia ni.(ayt aku guna takutkan adik aku).Huisyhh..takutnye. Nauzubillahi min zalik.

Betapa jijiknya xeloknya duit berunsur haram ni sampaikan dlm satu kisah Saidina Abu Bakar As Sidiq sanggup bersusah payah memuntahkan sedikit makanan yg diberikan kpdnya yg diketahui dari sumber yg haram kerana takut kalau2 makanan yg sedikit itu akan menyuburkan badannya.

Saya budak baru belajar,
Kalau salah minta betulkan.

No comments: