Saturday, March 20, 2010

Apa ada pada nama?


hiasan semata-mata..

Ada org kate, kalau nama org tu ain mesti die ala2 gedik, suka capub & overreact..
Ada org kata pula, kalau nama budak tu Johan dia mesti budak playboy,kaki perempuan..
Ada lagi, yg nama mcm Ammar, Syahirah mesti stok2 budak alim

Adayoi..betul ke?
Dengan hanya bercontohkan kawan kita, kita sudah menganggap org yg namanya ini mesti perangainya begini2, yg namanya itu mesti perangainya begitu2.

Secara generalnya(bagi pendapat sy), nama seseorang yg diberikan oleh mak, ayah, atok, nenek kita itu adalah untuk memudahkan org memanggil kita selain ia satu doa kpd si tuan punya nama.
Bayangkan kalau anak tu tak de nama, mak dia nak minta tolong angkat baju pun susah..

“Aa…a..tolong angkat baju kt dpn tu.” Dan yg dilihat pergi mangangkat kain baju di depan bukannya anak yg disuruh tetapi si ayahnya pula. Semuanya disebabkan masalah komunikasi yg tak masuk akal.

Kalau dilihat benda sekecil alam pun ada nama yg bunyinya ‘zarah’. Hatta kalau kita belajar benda yg dikategorikan sbg unknown pun akan diletak sbg x,y,p,q,r,s,t (apa2 alphabet yg disuka)

***
Nama itu boleh jd kita punya driving force utk jadi seperti apa yg dimaksudkan dgn nama kita. Contoh, nama sy Atikah= yg pemurah, yg berani, yg bersih.

So, utk menjaga nama baik sy, sy kenalah lebih pemurah, berani melontarkan pendapat yg selalu terbuku dihati, kena jaga kebersihan..contohlah.

Oleh sebab itu banggalah dengan nama anda!

Perspective anda terhadap nama dan sifat seseorang itu seperti diawal kata tadi adalah salah.
Walau seteruk-teruk org tu, tapi kalau kita memanggilnya dengan namanya yg baik itu, insya-Allah lama2 ia akan menjadi doa yg sekaligus mengubah peribadi org tersebut.
Hakikatnya, jika kita memikirkan kaitan antara nama dan si empunya nama maka kita akan sering menemukan kesesuaian antara keduanya.

Terfikir plak, kalau Melayu mcm mana.kenapa la tak memaju ke, membangkit ke..

Jadi, pilihlah nama yg baik2 utk anak2 anda! (sekadar selingan.hehe..)


***
Nasihat Luqman Al-Hakim pada anaknya dlm satu riwayat ttg sikap manusia & telatah mereka.

“Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan malainkan pada Allah swt. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dlm tiap2 sesuatu.”
Pesannya lagi pada anaknya,

“ Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang kafir itu melainkan kepadanya 3 perkara iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agama, lemah akhlaknya (mudah tertipu dan diperdayai orang) & hilang kemuliaan hatinya (peribadi). Dan lebih celaka dari 3 perkara itu ialah orang yg suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankan.”

***
Celaka bagi si jahil sekali celaka kerana tidak mahu belajar dan celaka bagi si alim seribu celaka apaila tidak mengamalkan ilmunya.


En3 ni khas dibuat dan ditepekkan ke muka tuan punya blog yg sdg menaip dan membaca dan mengeneratekan otak saiz penumbuk (ke ni size heart?hehe..) dia utk berfikir.

Allahummaghfirli wa tub alaiya

p/s: Minta maaf pada kalian semua. Dulu aku selalu juga bagi gelaran2 dkt org ni. Zaman2 nakal & gila2 dulu. Teruk betul.

No comments: