Wednesday, October 14, 2009

Jenis-jenis manusia- ENDING

this is the end part of 'Jenis-jenis manusia'
you're advised to read PART1 & PART2 first

~enjoy reading, enjoy thinking!~

16. Orang yang maju dalam hidupnya:
Anda sentiasa mempertingkatkan ilmu agama anda. Bukan setakat berharap pada Pendidikan Islam atau kelas Fardu Ain saja, anda juga membaca kitab2 agama, berdampingan dengan orang yang tinggi ilmu agamanya, ke ceramah2 atau forum2 agama dan lain2 yang seangkatan dengannya.

17. Orang yang mundur:
Anda tidak mempedulikan halal, haram sesuatu perkara. Main larung(bedal/tibai/hentam semua/??) je semua benda. Kalau makanan tu tak dicheck tanda halalnya dan kalau buat sesuatu perkara tu tidak berfikir dengan sedalam-dalamnya tentang consequence nya.

18. Orang yang gila:
Anda tidak solat walaupun pada zahirnya anda tidak mempunyai masalah haid atau tidak siuman. Pelik betul..

19. Orang yang rugi:
Anda amat berat untuk melakukan ibadat dan amalan2 kebaikan walaupun anda sudah layak dipanggil ayah/ emak, uncle/ auntie, datuk/nenek. Panggilan yang dipanggil itu menandakan umur anda hampir dengan kematian. Beringatlah!

20. Orang yang selalu ditipu:
Jenis manusia ini banyak dilihat penulis lahir daripada remaja2 dijalanan sana. Ala.. yang membawa motor seperti membawa kapal terbang tu. Ramai yang menggelar anda 'mat rempit' atau 'minah rempit'. Anda membawa motor anda dengan lagak ngeri dan membahayakan diri anda dan rakan baik atau awek anda dibelakang. Anda telah membahayakan nyawa anda dan orang sekeliling. Anda menyangka bahawa kematian itu hanya berlaku pada orang tua??!!Anda sememangnya tertipu dengan statement tidak berasas ini.

21. Orang yang paling cantik:
Anda mempunyai akhlak dan peribadi yang baik. Sampaikan penulis yang perempuan ni pun turut terpikat dengan peribadi anda apatah lagi laki2 yang sedang mencari calon isterinya. Tapi anda amat pandai menjaga diri anda daripada dinodai dan dicemari balak2 gantang lagi gatal di luar sana. Syabas diucapkan!

22. Orang yang mempunyai rumah paling luas:
Apabila anda mati, anda membawa amal2 kebaikan yang boleh memperluaskan kubur anda.

23. Orang yang mempunyai rumah sempit lagi dihimpit:
Anda, ketika mati tidak membawa amal2 kebaikan sehingga kubur anda menghimpit anda.

24. Orang yang mempunyai akal:
Apabila anda amat pandai menggunakan akal anda di dunia ini untuk menghindarkan seksaan neraka. Kelak, anda bakal menjadi penghuni syurga yang kekal abadi. Insya-Allah.


"..Allah tak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.." ( Al-Rad:11)



end of story

***

Can you feel the pain I'm sufferring now??then you should be thankful..

1 comment:

Nor Amalina Binti Mohamed Johari said...

Salam.
Beloved Tikah, thanks a lot for your posts. Do touch my heart a lot! =) Keep it babe!