Saturday, October 3, 2009

Cuak tak cuak!

Pagi, Samoa Amerika


Satu siri tsunami melanda negara kepulauan Pasifik Samoa Amerika dan Barat mengorbankan sehingga 100 orang, beberapa daripadanya dihanyutkan ke tengah laut, selain mencederakan beberapa ratus lagi dan meninggalkan kerosakan besar di kampung tepi laut.
Rakaman televisyen memaparkan rumah rosak teruk, kenderaan dihanyut ke dalam laut atau tersangkut di atas pokok dan bot nelayan tercampak ke darat akibat dipukul ombak besar yang dicetuskan oleh gempa bumi berukuran 8.0 Richter 20 minit sebelumnya.

5.16 petang, Sumatera Indonesia


Gempa bumi bermagnitud 7.6 yang melanda Sumatera Barat sekitar jam 5:16 petang waktu Indonesia Barat semalam mengakibatkan beberapa bangunan utama di Padang mengalami kerosakan teruk, seperti Rumah Sakit Umum Pusat M Jamil Padang, Rumah Sakit Selasih dan Hotel Rocky. Beberapa lagi bangunan seperti bangunan lembaga pendidikan LBA-LIA, bangunan Sekolah Tinggi Kesihatan (Stikes) Indonesia dan Hotel Ambacang, roboh, dan juga beratus-ratus kedai yang terletak di beberapa jalan utama kota Padang, seperti di Jalan Sawahan, Pemuda, Veteran dan beberapa tempat lain.
Akibat gempa itu juga, sebahagian pasar raya, pasar utama di pusat bandar Padang, juga terbakar. Kota Padang diselubungi kegelapan malam itu berikutan terputusnya bekalan elektrik. Hujan lebat yang turun pada malam hari memeritkan keadaan penduduk yang masih dalam keadaan terperanjat berikutan gempa bumi berkenaan.


Maklumat lanjut: Berita Harian Online

±6.20 petang, bilik 116A, Mahallah Zainab Jahsyi, UIA, Malaysia


Waktu tu aku sedang duduk atas kerusi di meja study aku.Berseorangan. Fadz, room-mateku sedang basuh baju. Esok nak exam math iv .Tengah rilex2 la ni baca notes math, tetiba rasa macam ada benda goyang-goyangkan kerusi aku. Toleh belakang tak ada apa2. OK.. aku pun sambung baca math macam baca buku sejarah=) Tetiba rasa lagi.Nak hilangkan rasa tak sedap hati ni, aku pun main goyang-goyangkan lagi kerusi.haha..apa motifnya?!?Ia berlanjutan dalam beberapa minit..


Setengah jam selepas kejadian..


Anis, classmate aku dekat Mahallah Khadijah call. Dia kata semua orang kat kc dah turun bawah sebab ada rasa gegaran.Dekat zc tak ada la pulak. Semua rilex2 je..Aku pun buat kesimpulan yang benda goyang-goyangkan kerusi aku tadi adalah disebabkan shaking yang turut dirasai warga kc.huh..
Apa kaitannya cerita aku dengan bencana dekat 2 buah Negara tu??Bak kata anis maybe kita terasa sisa2 gegaran dari mereka kut.hmm..tak tau la.

Take as a lesson..


Bencana, malapetaka, musibah,bala..macam2 dah melanda dunia sekarang. Lepas satu2.Sungguh, ia merupakan peringatan daripada allah bagi hamba-hambanya berfikir.


"Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan" - Sahih Bukhari

"Maka apakah orang-orang yang merancang dan melakukan kejahatan itu merasa aman (dari bencana) ditenggelamkannya bumi oleh Allah bersama mereka, atau datangnya azab kepada mereka dari tempat yang tidak mereka sedari?" (QS. An-Nahl: 45)

"Dan katakanlah: Segala puji bagi Allah, Dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan'' (QS. An Naml: 93).


Peliharalah diri.Bersihkanlah hati. Semoga kita dijauhkan dari segala malapetaka dan berada dibawah lindungan Allah.Amin.

No comments: