Tuesday, October 27, 2009
people
Monday, October 26, 2009
4 perkara
Pertama: Berurusanlah dengan Allah sepertimana kamu suka orang bawahanmu berurusan denganmu dengan cara yang terbaik.
Kedua: Setiap kali kamu bekerja dengan orang lain, perbuatlah sepertimana kamu mahu diperbuat ke atas diri kamu. Kerana tidak sempurna iman seseorang selagi mana dia tidak suka orang lain memperolehi sesuatu yang dia sendiri menyukainya.
Ketiga: Jika kamu mahu mempelajari sesuatu, pilihlah untuk mempeljari ilmu yang dapat memperbaiki hati dan memperbaiki jiwa dan sanubarimu.
Sekiranya kalau kamu tahu umurmu hanya tinggal seminggu sahaja lagi, sudah pasti kamu tidak akan memilih untuk mempelajari ilmu fiqh, tahudid, sirah, akidah dan sebagainya.
Dan mungkin juga kamu akan mengawasi hatimu dan berusaha melepaskannya dari belenggu dunia.
Kamu akan memperbaiki akhlakmu dan sibuk untuk beribadat kepada Allah SWT (selaku Penciptanmu) setiap saat.
Justeru, kamu mestilah sentiasa berakhlak mulia, kerana sesungguhnya kematian itu akan datang pada bila-bila masa sahaja.
Begitulah cuba kamu bayangkan, jika seorang pemimpin negara akan datang menziarahimu, sudah tentu kamu akan lakukan persiapan yang mantap, menghias rumah, memperbaiki mana-mana yang tidak betul dan bermacam-macam lagi.
Keempat: Janganlah mengumpul harta dunia lebih daripada keperluanmu untuk satu tahun.
Rasulullah s.a.w. sendiri menyediakan bekalan yang sebanyak itu sahaja untuk isteri-isteri baginda yang lebih kukuh imannya hanya dengan disediakan bekalan untuk sehari setengah sahaja. Bagi orang yang suka mengumpul harta hingga tidak sempat untuk menjenguk rumah Allah tujuan untuk beribadat kepada-Nya, maka orang itu akan disibukkan Allah SWT.
Saturday, October 24, 2009
kagum
Thursday, October 22, 2009
Antara bersin dan menguap?
Imam Ibn Hajar berkata:
“Imam Al-Khathabi mengatakan bahwa makna cinta dan benci pada hadits di atas dikembalikan kepada sebab yang termaktub dalam hadits itu. Yaitu bahwa bersin terjadi karena badan yang kering dan pori-pori kulit terbuka, dan tidak tercapainya rasa kenyang.
Ini berbeda dengan orang yang menguap. Menguap terjadi karena badan yang kekenyangan, dan badan terasa berat untuk beraktivitas, hal ini karena banyaknya makan . Bersin bisa menggerakkan orang untuk bisa beribadah, sedangkan menguap menjadikan orang itu malas (Fath-hul Baari: 10/6077)
Nabi menjelaskan bagaimana seseorang yang mendengar orang yang bersin dan memuji Allah agar membalas pujian tersebut.
Rasulullah bersabda:
Dan para doktor di zaman sekarang mengatakan, “Menguap adalah gejala yang menunjukkan bahwa otak dan tubuh orang tersebut membutuhkan oksigen dan nutrisi; dan karena organ pernafasan kurang dalam menyuplai oksigen kepada otak dan tubuh.
Dan hal ini terjadi ketika kita sedang mengantuk atau pusing, lesu, dan orang yang sedang menghadapi kematian. Dan menguap adalah aktivitas menghirup udara dalam-dalam melalui mulut, dan bukan mulut dengan cara biasa menarik nafas dalam-dalam !!!
Karena mulut bukanlah organ yang disiapkan untuk menapis udara seperti hidung.
Maka, apabila mulut tetap dalam keadaan terbuka ketika menguap, maka masuk juga berbagai-bagai jenis mikroba, kuman dan debu, atau kutu bersamaan dengan masuknya udara ke dalam tubuh.
Oleh karena itu, datang petunjuk nabawi yang mulia agar kita melawan “menguap” ini sekuat kemampuan kita, atau pun menutup mulut saat menguap dengan tangan kanan atau pun dengan punggung tangan kiri.
Bersin adalah lawan dari menguap yaitu keluarnya udara dengan keras, kuat disertai hentakan melalui dua lubang: hidung dan mulut. Maka akan terkuras dari badan bersamaan dengan bersin ini sejumlah hal seperti debu, haba’ (sesuatu yang sangat kecil, di udara, yang hanya terlihat ketika ada sinar matahari), atau kutu, atau mikroba yang terkadang masuk ke dalam organ pernafasan.
Oleh karena itu, secara tabiat, bersin datang dari Yang Maha Rahman (Pengasih), sebab padanya terdapat manfaat yang besar bagi tubuh. Dan menguap datang dari syaithan sebab ia mendatangkan bahaya bagi tubuh.
Dan atas setiap orang hendaklah memuji Allah Yang Maha Suci Lagi Maha Tinggi ketika dia bersin, dan agar meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk ketika sedang menguap. (Lihat Al-Haqa’iq Al-Thabiyah fii Al-Islam: hal 155).
Dibaca dari:iLuvIslam
Bersumberkan:http://wishbeukhti.wordpress.com/
Wednesday, October 21, 2009
Kita Hamba
Tuesday, October 20, 2009
Innalillah..
Message dari classmateku sebentar tadi..
Monday, October 19, 2009
Cerita 4 hari lepas..
Ada far relative kasi, dia nak pindah..
Buku2 agama..
Pernah belek2 before this, tapi tak berkesempatan baca.
Alasan!
But for the past 4 days I managed to finish one book.*bigapplause*
Sedikit episode hidup Ummu Abiha
Suatu hari ketika Rasulullah di masjid, musuh2nya membalingnya dengan najis kibasy. Fatimah yang kecil lantas mendekati ayahnya mengambil kotoran itu dan membuangnya. Lalu dengan tangannya yang kecil membersihkan kepala dan muka ayahnya, menghiburkannya dan pulang ke rumah.
Sikap tulus gadis kecil itu, membantu dan menghiburkan baginda tika senang dan susah hingga disebut ‘Ummu Abiha’, ibu dari ayahnya.
***
Fatimah hidup bersama Ali bin Abu Talib dalam kemiskinan. Fatimah menggiling gandum sendiri,memasaknya, bekerja di rumah dan nampak ratusan kali mengangkut air.
Ali yang sedih melihat kesengsaraan dan kesulitan hidup isterinya lalu meminta nabi seorang pembantu.
Rasulullah tidak memberi pembantu kepada mereka kerana hamba2 yang dihadiahkan kepada Rasulullah telah dijual dan wangnya dibahagi-bahagikan kepada ahli suffah yang kelaparan.
Satu malam yang dingin, Rasulullah datang ke rumah anaknya dan melihat Fatimah dan Ali tidur menggigil kerana hanya diselimuti kain nipis, begitu pendek sehingga bila mereka menariknya ke kepala, kakinya terbuka tetapi bila mereka menutupi kakinya kepalanya terbuka.
Dengan lemah-lembut baginda memerintahkan, “Jangan bergerak dari tempat kamu,” kemudian menambah “Tidakkah kalian ingin tahu tentang sesuatu yang lebih baik dari permintaanmu?”
“Ada sesuatu yang dikatakan jibril kepadaku sekarang kusampaikan kepadamu. Setiap selesai solat, ucapkan ‘allahuakbar’(10×),’alhamdulillah’(10×) dan ‘subhanallah’(10×). Jika hendak tidur ucapkan ‘allahuakbar’(30×), ‘alhamdulillah(30×) dan ‘subhanallah’(30×)"
esok balik uia..tata jb!
Wednesday, October 14, 2009
Jenis-jenis manusia- ENDING
16. Orang yang maju dalam hidupnya:
Anda sentiasa mempertingkatkan ilmu agama anda. Bukan setakat berharap pada Pendidikan Islam atau kelas Fardu Ain saja, anda juga membaca kitab2 agama, berdampingan dengan orang yang tinggi ilmu agamanya, ke ceramah2 atau forum2 agama dan lain2 yang seangkatan dengannya.
17. Orang yang mundur:
Anda tidak mempedulikan halal, haram sesuatu perkara. Main larung(bedal/tibai/hentam semua/??) je semua benda. Kalau makanan tu tak dicheck tanda halalnya dan kalau buat sesuatu perkara tu tidak berfikir dengan sedalam-dalamnya tentang consequence nya.
18. Orang yang gila:
Anda tidak solat walaupun pada zahirnya anda tidak mempunyai masalah haid atau tidak siuman. Pelik betul..
19. Orang yang rugi:
Anda amat berat untuk melakukan ibadat dan amalan2 kebaikan walaupun anda sudah layak dipanggil ayah/ emak, uncle/ auntie, datuk/nenek. Panggilan yang dipanggil itu menandakan umur anda hampir dengan kematian. Beringatlah!
20. Orang yang selalu ditipu:
Jenis manusia ini banyak dilihat penulis lahir daripada remaja2 dijalanan sana. Ala.. yang membawa motor seperti membawa kapal terbang tu. Ramai yang menggelar anda 'mat rempit' atau 'minah rempit'. Anda membawa motor anda dengan lagak ngeri dan membahayakan diri anda dan rakan baik atau awek anda dibelakang. Anda telah membahayakan nyawa anda dan orang sekeliling. Anda menyangka bahawa kematian itu hanya berlaku pada orang tua??!!Anda sememangnya tertipu dengan statement tidak berasas ini.
21. Orang yang paling cantik:
Anda mempunyai akhlak dan peribadi yang baik. Sampaikan penulis yang perempuan ni pun turut terpikat dengan peribadi anda apatah lagi laki2 yang sedang mencari calon isterinya. Tapi anda amat pandai menjaga diri anda daripada dinodai dan dicemari balak2 gantang lagi gatal di luar sana. Syabas diucapkan!
22. Orang yang mempunyai rumah paling luas:
Apabila anda mati, anda membawa amal2 kebaikan yang boleh memperluaskan kubur anda.
23. Orang yang mempunyai rumah sempit lagi dihimpit:
Anda, ketika mati tidak membawa amal2 kebaikan sehingga kubur anda menghimpit anda.
24. Orang yang mempunyai akal:
Apabila anda amat pandai menggunakan akal anda di dunia ini untuk menghindarkan seksaan neraka. Kelak, anda bakal menjadi penghuni syurga yang kekal abadi. Insya-Allah.
end of story
***
Can you feel the pain I'm sufferring now??then you should be thankful..
Monday, October 12, 2009
Jenis-jenis manusia- PART 2
bole baca dulu PART 1
Anda amat sibuk dan tidak mengambil berat waktu solat anda seolah-olah anda mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman.
Apabila anda di timpa musibah anda berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman =)
Apabila anda sedang bersendiri, lalu anda mengingati akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosa yang lalu sehingga mengalir airmata.
Anda bersyukur dengan apa yang ada dan tidak tamak haloba dengan nikmat dunia yang sementara ini.
Anda tidak puas dengan nikmat Allah dan sentiasa ingin menambah-nambah harta kekayaan. Anak, isteri ditinggalkan semata-mata ingin mencari kekayaan duniawi yang tiada penghujungnya.
Anda sedar akan amal ibadat anda yang kurang, lalu berusaha mempertingkatnya dan bersiap-sedia untuk hari kematian kerana kehidupan dunia ini hanyalah seketika sedangkan akhirat kekal abadi. Tahniah! Anda memang seorang yang pandai.
15. Orang yang bodoh:
Anda beriya-iya berusaha kuat untuk dunia sedangkan hari akhirat anda abaikan. Anda sibuk mengejar tutorial,assignment dan pembacaan yang tak habis2 sedangkan solat wajib anda lambat-lambatkan. Jangan sampai nyawa anda ditarik ketika anda sedang berseronok-seronok dengan hal keduniaan.
Jenis-jenis manusia- PART 1
1. Orang yang sombong:
Semasa hidup, anda tidak mahu sujud pada tuhan yang menghidupkan anda iaitu Allahu Rabbul Alaamin, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala di langit dan di bumi kecuali jin dan manusia yang sombong.
2. Orang yang mati hatinya:
Apabila dibaca ayat2 al-Quran, Hadith dan cerita2 kebaikan, tidak ada apa2 kesan dalam jiwa anda untuk bertaubat.
3.Orang yang dunggu kepala otaknya:
Virus malas anda memang menjadi-jadi!Anda malas dan tak nak buat ibadat tapi anda rasa Allah tak akan menyeksa anda atas kelalaian anda dan boleh pula rasa tenang dengan kemaksiatan yang anda lakukan.Tahukah anda bilakah anda akan mati?
4. Orang yang kuat:
Bila marah tu, anda tak seperti orang lain yang mengamuk-ngamuk tak tentu pasal, baling semua barang dekat depan mata atau hempas pintu sampai nak tercabut engselnya ke. Sebaliknya, anda tahan marah, berubah posisi atau mengambil wudhuk atau membaca al-quran. Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.
5. Orang yang lemah:
Satu hari anda bersama rakan2 seperumahan anda berjalan2 di shopping complex berdekatan . Terserempaklah dengan seorang rakan yang sedang berjalan mesra, berpimpinan tangan dengan balaknya. Anda pun dengan seronoknya bercerita dengan rakan2 seperumahan anda tentang hubungan intim rakan anda itu,bagaimana mereka boleh rapat,betapa bestnya hubungan mereka, tanpa rasa benci dalam hati anda apabila melihat kemungkaran tersebut.
6. Orang yang bakhil:
Anda memang kedekut! Berat sangat lidah anda yang ringan itu untuk berselawat, bertasbih dan bertahmid.
7. Orang yang buta:
Anda tidak mahu membaca dan meneliti kebesaran al-Quran apatah lagi mengambil pelajaran daripadanya.
8. Orang yang tuli:
Dah berapa banyak kempen2, ceramah2, pamphlet2 diedarkan kepada anda dan mengajak anda untuk meninggalkan perkara2 mungkar dan melakukan perkara2 yang baik tapi anda buat ‘don’t know’ je. Macam benda2 tu hanyalah untuk tatapan semata-mata. Anda tetap dengan prinsip anda:
“biarlah aku dengan dunia aku..”
to be continued..
Sunday, October 11, 2009
Dialog Rasulullah dengan Iblis
Jawab Iblis: “Ya Rasullullah, demi kemuliaanmu aku akan bersungguh-sungguh menyesatkan umat manusia dari mengikuti ajaranmu. Aku akan mencampurkan lelaki dengan wanita supaya mudah aku mencelah di tengahnya.”
Tanya Rasullullah SAW lagi: “Wahai Iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?”
Jawab Iblis: “Ya Muhammad! Sebenarnya aku amat hairan dengan sikap umatmu dalam dua perkara iaitu:
1. Mereka mengakui menyintai Allah SWT tetapi pada masa yg sama mereka masih melakukan maksiat dan perbuatan munkar.
2. Mereka sangat benci akan tabiatku tetapi mereka masih mahu mengikut segala hasutanku.”
Firman Allah SWT kepada Iblis: “Sememangnya engkau adalah makhluk terkutuk, demi kemuliaanKu, akan Aku berikan kepada umat Muhammad dua kegembiraan iaitu: kecintaan mereka terhadapKu akan Aku jadikan penebus dosa di atas kesalahan yg telah mereka lakukan kerana helahmu. Kedua, marahnya mereka terhadapmu akan Aku jadikan penebus dosa bagi maksiat yg telah mereka lakukan…”
Maka tercenganglah Iblis mendengar penjelasan sedemikian dari Allah SWT Sedarlah Iblis bahawa umat Muhammad adalah umat yang disayangi Allah SWT yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Saturday, October 10, 2009
Marhaban ya marhaban!
Habis semua2 tu, tibalah masa untuk makan2. Macam hari ni, siang aku dapat pergi 2 rumah and malam ni ada dalam 4 rumah including rumah atuk aku. Alhamdulillah., banyaklah dapat makan.hehe..Kalau ada rezeki macam aku siang tadi, tuan rumah buat sekali dengan majlis potong jambul cucu dia, so dapatlah makan daging kambing aqiqah yang fresh dan dimasak beriani. Yum2!!Kalau tuan rumah baik, dia akan sediakan plastic supaya kita boleh bungkus makanan bawa balik. And budak2 kecik macam aku akan dapat duit raya atau jajan(gula2/keropok).haha..=)
Jemput2=P
p/s: gambar tak berapa ok.guna camera hp murah je =P
Friday, October 9, 2009
Marvellous!
Malam ini saya ingin bercerita mengenai makanan. Topik yang amat mengujakan saya kerana saya memang suka makan. Hari ini saja sudah berapa kali saya makan. Breakfast dengan apam bakar, time rapat umum dengan hazirah di sekitar Bandaraya Johor Bahru siang tadi juga kami sudah makan2, balik rumah makan lagi dan sekarang pun baru lepas pulang dari open house. Makan lagi!
Allah telah menurunkan hujan dan menghidupkan tumbuh-tumbuhan serta binatang ternakan untuk manusia mengambil hasilnya. Dengan makan, bertambahlah tenaga kita untuk kita teruskan hidup dan menjadi khalifah di muka bumi ini.
Pelbagai makanan boleh didapati terutamanya di Malaysia yang tidak mempunyuai krisis kekurangan makanan seperti negara2 lain. Alhamdulillah.. Namun harus diingat, kita sebagai umat Islam hendaklah makan makanan yang halal lagi toyibah(baik/good) dan juga tidak melanggar syariat Islam sewaktu kita nak mendapatkan makanan tersebut. Anjing, bab-1, arak sememangnya HARAM.
Makanan yang halal juga mestilah dari sumber yang halal. Ingin berkongsi satu cerita mengenai ustaz arab saya yang amat menjaga kehalalan(??) sumber pendapatan yang dicarinya. Bayangkan, dia akan melepaskan kita orang betul2 pada waktunya. Tak lambat, tak juga kurang. Kalau dah habis awal tu, dia akan isi dengan nasihat, tazkirah sikit, sirah ke sampilah habis waktu kelas tamat. Kalau dia ada hal; lambat sampai kelas/kena habis awal/tak dapat datang dia akan minta izin dan minta maaf kat kita orang.
Kata ustaz, gaji yang diberikan adalah untuk setiap saat, minit dan jam yang dia ajar.kalau dia lambat 10 minit misalnya (dia cuba mengira +,-,×,÷, gajinya dengan berapa minit yang dia ‘curi tulang’..saya pun tak berapa faham sangat kira2 ni) berapa sahaja gaji halal yang tinggal untuk bagi dekat anak,isteri makan.Para suami/bakal suami-take note! Itulah kata Ustaz Afi yang amat menjaga tuntutan Islam secara syumul (menyeluruh/comprehensive). Ustaz ni sporting tau!
Sambung balik pasal makan. Makan pun tak boleh sampai banyak2. Kena ada limit. Kalau kita makan terlalu banyak, bukan setakat menggemukkan malah menjadikan kita malas. Sebelum makan tu bacalah bismillah. Makan tu slow2, jangan gelojoh. Lebih baik ikut sunah nabi; kunyah 40 kali (nak lebih 40 sampai betul2 lumat pun boleh). Habis makan tu bacalah doa lepas makan. Kalau tak ingat bolehlah ucapkan Alhamdulillah.
1. Madu
2. Kismis
3. Susu segar
4. Telur
5. Halia
6. Limau oren
7. Buah delima
8. Daging burung merpati
9. Otak ayam
10. Daging ayam (tak ckp kulit/lemaknya)
11. Daging biri2
12. Kekacang
13. Buah badam
14. Kemenyan putih(kemenyan serani/luban/kundar)
15. Za’faran (crocos sativus)
16. Bunga kobis
17. Bunga cengkeh
18. Labu
2. Cikedis(fast food)
3. Minuman bergas
#Kalau datang Johor jangan lupa try laksa johor, mee rebus, murtabak(size & kuah dia berbeza dari kat kl),nasi beriani, yong tau fu (lain juga.Ia berkuah), ABC(tinggi seperti puncak gunung yg bertoping aiskrim)+++
#Kawan2 kat uia jangan terkejut bila tengok muka aku naik cuti ni da chubby.hehe..
#Bosan tak entry aku kali ni A*ir**…haha..tak da unsur2 math k
#panjang juga aku cerita bab makan.he~~
Mengendalikan Perut
Hukum Pemakanan Islam
Dampak Buruk Makanan Haram bagi Orang Muslim
Rahsia Pemakanan Genius Islam
Thursday, October 8, 2009
Mc Laurin Series?!?
#3 tips mudah untuk berjaya : doa+usaha+tawakal kpd Allah=cemerlang, gemilang, terbilang
Wednesday, October 7, 2009
Definite integration..
"Oleh itu maka (tetaplah kepercayaanmu) sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.Sekali lagi ditegaskan, bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" (Al-Inshirah:5-6)Hidup tak selalunya indahSatu masa kita di bawahSatu masa kita di atasSetiap yang berlaku itu ada hikmahnyaApa yang pasti ia adalah yang terbaik untuk kitaItu pastiAllah itu Maha MerancangMaha Mengetahui segala sesuatuLaluinya dengan tabah dan sabarPasti ganjaran besar di akhirat kelakInsya-allah
*Gembira dan sedih itukan tanda nikmat dariNya
smile =)
My Choice
The people just stare at me in dismay
They think that I’m forced to wear that “thing”
But actually I wear it for Allah, The King
Maybe they think that I am not free
Just because I wear a headscarf on me
But that’s not true, I am really free
I wear it for Allah, The Almighty
The way we dress is not to show some skin
But for people to judge us not by our body, but from within
They might call me names or even start to stare
But what makes me keep going is knowing Allah is there
So when you pass me walking down the street
Don’t think that I am forced to cover myself up to my feet
It’s a simple way to be modest and humble
So don’t be next to me and start to grumble
I feel proud and tall when I wear my clothe
Because I have nothing at all to show and expose
Now you could only judge my character and my personality
And not of how I dress myself, but for my morality
So this scarf that I have on
Is my choice so don’t be alarmed
I felt right and true when I put my Hijab on from the start
Its because it calmed me, purified me, and soothed my heart
But really the only difference between you and me
Is that I just cover my hair and my body
So if any of you ever see me and hear my voice
Just know that what I wear is only my choice
taken from here
Tuesday, October 6, 2009
Cintaku..cinta monyet
“Along, dah tengah malam ni. Asyik bergayut saja 24 jam. Ibu tak suka anak ibu berbual lama-lama dengan lelaki bukan muhrimnya. Kan berdosa tu.” Nasihat si ibu kepada anaknya.
“Ala bu..tu si Ahmad lah. Ibukan kenal orangnya. Kita orang memang baik sejak sekolah menengah dulu.” Jawab Safura.
“Lagipun dia tu kawan Along je lah, kami bukannya bercouple. Dia tak pernah declare apa-apa kat Along. Kami cuma baik saja. Itupun salah ke?”
Manusia, memang bijak membuat justifikasi. Pemikiran kreatif seorang manusia, bijak sekali mencari ruang-ruang di celah hukum untuk mengharuskan perlakuan mereka. Niat yang baik tak menghalalkan perkara yang haram.
‘KEBIJAKAN’ BANI ISRAEL DAN TANGKAPAN IKAN SABTU
Seperti gelagat Bani Israel yang diharamkan bekerja menangkap ikan pada hari Sabtu. Tujuannya ialah supaya hari itu didedikasikan sepenuhnya kepada ibadah khusus mereka kepada Allah.
Namun kaum yang bijak ini, pantas bermain helah. Kreativiti minda mereka digunakan untuk memasang perangkap dan jaring supaya ikan-ikan itu tersangkut dengan sendiri tanpa mereka sendiri melakukannya dengan tangan. Justeru bolehlah dihujahkan dengan bijak kepada Allah bahawa mereka tidak menangkap ikan, sebaliknya ikan itu yang tertangkap sendiri, dan halal benarlah perbuatan itu bagi mereka.
“Salah ikan, bukan salah kami!” barangkali begitulah helah mereka.
Mereka membelok hujah ke sana sini untuk menyedapkan hati sendiri. Apabila akal fikiran yang dikurniakan Allah digunakan untuk menipu Allah, turunlah darjat manusia kepada kerendahan yang hina. Akal dikurniakan Allah kepada manusia agar dengan akal itu manusia tunduk mentaati-Nya, bukan berputar belit mencipta alasan menipu Dia. Akal yang digunakan untuk menipu Tuhan, adalah sebuah kehinaan terhadap kejadian manusia.
Justeru mereka beralih kejadian, dihukum Allah menjadi makhluk yang lebih sepadan dengan kerendahan itu:
Inilah TEORI EVOLUSI CINTA. Bermula dengan sebaik-baik kejadian, mereka bermain cinta murahan beralaskan akal dan hujah-hujahnya. Dengan cinta sehina itu, manusia beransur-ansur turun sifat kemanusiaannya. Hilang malu yang menjadi benteng iman. Akhirnya menjadi kera.
Bagaimana hal ini boleh berlaku??
Inilah yang gagal difahami oleh kaum yang bijak pandai ini. Mereka berdolak dalih tentang alasan-alasan sosial serta masalah awam, serta tidak segan silu mencari pula hujah-hujah yang berkonotasi agama untuk menolak keperluan batas-batas pergaulan .
Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kita menjaga batas ini, adalah untuk mengawal sesuatu yang manusia lemah terhadapnya.
Kamu BIJAK SINI, tetapi Allah itu BIJAK SANA. Maha Bijaksana!
Monday, October 5, 2009
Ahli facebook kena baca!!
Diambil
di sini dan boleh rujuk di sini
Tahukah anda!!!Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008?Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.
Tahukah anda!!! bahawa pengasas Facebook , iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York?
Tahukah anda!!! bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?
Tahukah anda!!! bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama? Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.
Tahukah anda!!! bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi) ?
Sedikit Info tentang AEPi:
1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti...
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya .
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC , Hillel , Israel on Campus Coalition , Aish HaTorah , Chabad on Campus , Hasbara Fellowships , B'inai Brith International , Shaare Zedek , Chai Lifeline , Holocaust Museum , dan Gift of Life .
Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook , maka semakin banyak pulalah keuntungannya.Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut? Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umatIslam di seluruh dunia?
Ramai juga rakan-rakan aku mengatakan; "kat sana ramai budak-budak sekolah kita", "kat sanalah aku dapat contact rakan-rakan lama", "dah semua orang ada, aku pun nak buat gak" dan macam2 lagi alasan. I've done my part. It's up to you to think and react. Kita semua dah besar. Dah boleh bezakan mana baik, mana buruk.wallahu'alam.
Sunday, October 4, 2009
Penantian yang bakal berakhir??
Setiap yang menulis pasti menerima bala
Apa yang ditulis akan kekal setiap masa
Jangan berani menulis perkara yang sia-sia
Melainkan apa yang di hari kiamat mendapat pahala
Sebab nilah yg jadikan aku berfikir 3,4,5 kali nk buat blog ni. Tapi disebabkan free time yg byk utk cuti sem kali ni, (tak ada plan pergi mana2 selain open house) so aku pun bertekad untuk buat.Walaupun bidang menulis ni memang bukan minat and expertise aku, harapnya bermanfaatlah untuk yg membaca.Hmm..who will be the first visitor??..ke tak ada orang pun nak visit blog ni.haha..
Breathe in..1,2,3..haahhh..
What is Asthma??
Asthma (AZ-ma) is a chronic (long-term) lung disease that inflames and narrows the airways.
Overview
The airways are tubes that carry air into and out of your lungs. People who have asthma have inflamed airways. This makes the airways swollen and very sensitive. They tend to react strongly to certain substances that are breathed in.
When the airways react, the muscles around them tighten. This causes the airways to narrow, and less air flows to your lungs. The swelling also can worsen, making the airways even narrower. Cells in the airways may make more mucus than normal. Mucus is a sticky, thick liquid that can further narrow your airways.
This chain reaction can result in asthma symptoms. Symptoms can happen each time the airways are irritated.
Signs and Symptoms:
1. Recurring periods of wheezing (a whistling sound when you breathe)
2. Chest tightness
3. Shortness of breath
4. Coughing. (the coughing often occurs at night or early in the morning)
Hmm..Im currently having difficulty in breathing. Actually since Raya, last week ago. Does it Asthma?? Hope so not.People who had these symptoms please check to the nearest clinic=)
Saturday, October 3, 2009
Hatiku gembira, wajahku ceria
I look, I see
Cuak tak cuak!
Satu siri tsunami melanda negara kepulauan Pasifik Samoa Amerika dan Barat mengorbankan sehingga 100 orang, beberapa daripadanya dihanyutkan ke tengah laut, selain mencederakan beberapa ratus lagi dan meninggalkan kerosakan besar di kampung tepi laut.
Rakaman televisyen memaparkan rumah rosak teruk, kenderaan dihanyut ke dalam laut atau tersangkut di atas pokok dan bot nelayan tercampak ke darat akibat dipukul ombak besar yang dicetuskan oleh gempa bumi berukuran 8.0 Richter 20 minit sebelumnya.
5.16 petang, Sumatera Indonesia
Gempa bumi bermagnitud 7.6 yang melanda Sumatera Barat sekitar jam 5:16 petang waktu Indonesia Barat semalam mengakibatkan beberapa bangunan utama di Padang mengalami kerosakan teruk, seperti Rumah Sakit Umum Pusat M Jamil Padang, Rumah Sakit Selasih dan Hotel Rocky. Beberapa lagi bangunan seperti bangunan lembaga pendidikan LBA-LIA, bangunan Sekolah Tinggi Kesihatan (Stikes) Indonesia dan Hotel Ambacang, roboh, dan juga beratus-ratus kedai yang terletak di beberapa jalan utama kota Padang, seperti di Jalan Sawahan, Pemuda, Veteran dan beberapa tempat lain.
Akibat gempa itu juga, sebahagian pasar raya, pasar utama di pusat bandar Padang, juga terbakar. Kota Padang diselubungi kegelapan malam itu berikutan terputusnya bekalan elektrik. Hujan lebat yang turun pada malam hari memeritkan keadaan penduduk yang masih dalam keadaan terperanjat berikutan gempa bumi berkenaan.
Waktu tu aku sedang duduk atas kerusi di meja study aku.Berseorangan. Fadz, room-mateku sedang basuh baju. Esok nak exam math iv .Tengah rilex2 la ni baca notes math, tetiba rasa macam ada benda goyang-goyangkan kerusi aku. Toleh belakang tak ada apa2. OK.. aku pun sambung baca math macam baca buku sejarah=) Tetiba rasa lagi.Nak hilangkan rasa tak sedap hati ni, aku pun main goyang-goyangkan lagi kerusi.haha..apa motifnya?!?Ia berlanjutan dalam beberapa minit..
Setengah jam selepas kejadian..
Apa kaitannya cerita aku dengan bencana dekat 2 buah Negara tu??Bak kata anis maybe kita terasa sisa2 gegaran dari mereka kut.hmm..tak tau la.
Take as a lesson..
Bencana, malapetaka, musibah,bala..macam2 dah melanda dunia sekarang. Lepas satu2.Sungguh, ia merupakan peringatan daripada allah bagi hamba-hambanya berfikir.
Peliharalah diri.Bersihkanlah hati. Semoga kita dijauhkan dari segala malapetaka dan berada dibawah lindungan Allah.Amin.
Just to start
I'm just new to this thing. Tak ada idea nak tulis apa lagi. Actually before this rasa macam banyak yang nak dishare. Sebab tu nak berblogging ni. Tetiba pulak blank semacam ni. Tak tau nak start dengan apa.Aisehh..