Wednesday, November 17, 2010

Salam AidilAdha..Aja2 fightee!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Pak Ling and his family had just arrived from kuantan.(tomorrow, tok mah's house is expected to be fully occupied with my almost 40 cousins just like the past few years).hmm..Mama still  in the kitchen working hard to finish the cooking,all the dishes for tomorrow; rendang daging, ayam masak merah, rendang ayam kampung (actually, it's ayam tua bangka.bayangkan je lah time makan esok. liat2 lebih kurang juga), kuah lode, nasi himpit..

There's a mission need to be accomplished. looking at last night (i mean, just a few hours back) it is half-accomplished i could say. facing the 'real world' is not that easy like what most people think.Ohh.. i should speak a positive words to full my dream,. Have strong faith in Allah!Insya-Allah.. if there's a will there's a way. go!go!go!!! =)

by the way guys,



Best regards,

Tuesday, November 16, 2010

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Bismillahirrahmanirrahim..

Disampaikan Di Lembah Gunung Uranah, Gunung Arafah
Pada Tanggal 9HB Zulhijjah 10 Hijrah
Wahai manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.


Best regards,

Monday, November 15, 2010

senyum

Bismillahirrahmanirrahim..

Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan



seutas senyum yang ikhlas dan menceriakan itu ibadah. senyumlah ibarat anda tidak punya masalah.(macam ayat indonesia pula!):)

p/s: lirik ini indah bukan?
Best regards,

Esok Hari Arafah

Bismillahirrahmanirrahim..



Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.

Disebutkan oleh Nabi SAW : 

"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).

Allah SWT pula berfirman :
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ

"Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1). 

Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim). 

Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain : 

"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).


AMALAN-AMALAN UTAMA
 
Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :- 

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar. 

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : 

"Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua. 

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah : 

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya. 

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT. 

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini. 

Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata. 

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq. 

f)  Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :

وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب

Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32) 

Sebuah hadis menyebut  : 

ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم

Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan ) 


p/s: Insya-Allah, kalau ikut calender esok 9 Zulhijjah. Jom sama-sama   merebutnya!


Best regards,

Saturday, November 13, 2010

End of Sem 1

Bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah..selamat sampai di rumah..
alhamdulillah..habis juga final exam..
alhamdulillah..sayonara untuk semester 1!!!
welcome to 1 month semester vacation ;)

Bila merenung balik apa yang dah dibuat semasa exam,  saya tahu saya  banyak main2 sem ini. walau rakan2 sekeliling anggap itu adalah satu kenyataan palsu, hakikatnya saya seorang saja yang tahu. Orang yang mahu Berjaya itu usahanya semakin hari semakin tinggi, bukannya makin pudar dan hambar.

Angan-angan Mat Jenin.. sering saja bercita-cita tinggi melangit. effortnya hanya sekulat kuman.
mahukan kereta besar, rumah besar, segala-galanya besar, tapi hanya duduk saja di rumah tanpa sebarang pekerjaan. Yakinkah boleh dapat semua tu?

Mahu jadi pelajar cemerlang, dean's list every sem tapi selalu saja kerja tak semenggah. Buat tak sehabis baik. Kadang-kadang effortnya tinggi, tapi lupa pada Tuhan yang memutuskan segala keputusan, sedikit sekali untuk berdoa. sedikit sekali untuk mengingatinya dikala lapang Jarang sekali menghadapNya tepat pada waktu.

benarlah kata seorang hebat,
"sekali kita bagi peluang untuk syaitan melekakan kita maka mudahlah bagi mereka untuk menjalankan tipu daya mereka kepada kita pada hari-hari berikutnya.."

Dan bila syaitan dah mula berkampung dalam diri kita, masa itulah sifat-sifat mazmumah mengatasi mahmudah. Hati sering saja berkecamuk, berserabut, rasa kosong tak tahu kenapa.Amal semakin berkurang, sifat malas menjadi-jadi. nafsu makan meninggi.ohh..

Penyesalan saja tanpa usaha yang padu untuk berubah amatlah sia-sia belaka..duhai hati..makin lalai dan malas engkau sekarang..

Berharap sangat dapat gunakan cuti sebulan ni sebaik yang mungkin.Bukan semua orang dapat cuti lama macam ni. Budak medicine yang belajar 5 tahun tu pun cuti end block diaorang seminggu je. Makanya, hargailah nikmat bercuti ini rakan-rakan.Selamat Bercuti, jaga diri baik-baik!







Best regards,