Saturday, December 26, 2015

Budak-budak

Bismillahirrahmanirrahim..

Pagi ni teringat kat tiga kisah budak-budak yang buat aku senyum dan amaze sorang2..

Kisah #1

Ni dapat waktu call mama suatu masa dahulu.. ada sorang cousin aku ni, umur adalah dalam 4,5 tahun aku rasa. Perempuan. Satu hari ayah dia kerap keluar rumah malam2. Mungkin sudah lama diperhatikan. Dan mungkin juga sudah lama tidak mendapat perhatian ayahnya itu. Makanya, dengan hati yang tulus murni dan mulut yang sudah pandai berkata-kata, dia pun bertanya ayahnya: " Ayah kenapa asik keluar rumah je malam-malam? Sebelum ni takde pun. Ayah dah tak sayang ibu lagi ke?" Lalu terbisulah ayahnya, juga ibunya kerana takut-takut si suami berfikiran si ibulah yang mengajar untuk berkata-kata sedemikian.

Kisah #2

Beberapa hari lalu ke masjid. Sedang kalut-kalut bergegas ke tempat wudhuk sedang imam sudah pun mengangkat takbir, jalan di sebelah aku sorang budak kecil. Adalah dalam kira-kira 3 ke 4 tahun menengokkan saiz badannya. Aku perhati je. Dia datang sebelah aku lalu membuka sendiri paip yang rendah tu. Ingat nak main air. Tapi rupanya nak ambil wudhuk juga dengan aku. Amazingly dia buat ikut tertib yang betul walaupun tak sempurna, muka selamba je tak tengok aku kat sebelah. Masuk ruang solat, dia pun ikut sekali, sarung tudungnya dan solat di sebelah aku dan ibunya. Lepas saja dia buat sujud mendahului imam ketika rukhuk, dia pun menghabiskan solatnya dengan salam lalu keluar saf dan bermain dengan sahabat2 yang sedang menunggu di luar. Hampir saja aku tersenyum dengan kelucuannya. Walaupun wudhuk dan solatnya masih tak sempurna, tapi dari satu sisi lain mungkin dia dah tahu yang benda tu wajib buat.

Kisah #3

Semalam aku dengar satu perkongsian waktu usrah nurani dekat ikim.fm. Ada seorang tetamu jemputan tu bercerita perihal anak bongsunya yang baru berusia 3 tahun kut..Bila ditanya tentang siapa yang perlu kita paling cintai, pandai anaknya menjawab Allah dan Rasul. Siapa paling berkuasa, dijawabnya Allah. Apa yang perlu dibaca setiap hari, dijawabnya al-quran. Lebih kurang macam tulah soalannya (mungkin lain sikit tapi isinya begitulah). Si ibu yang berkongsi cerita ni kata yang dia tak pernah ajar pun anaknya bagi jawapan macam tu untuk soalan sekian-sekian. Tapi mungkin sebab biah yang diwujudkan dalam keluarga; hidupkan sunnah dalam keluarga, banyakkan membaca al-quran, abang kakaknya yang tahfiz dan sering kali dibawa ke majlis ilmu menjadikan kefahaman tu datang dengan sendirinya dari penglihatan dan pendengarannya. barangkali..

***

Nah gambar Zainudin dan Husna, anak Imam Idrees. Cute kan. Fasih bdk ni cakap Melayu
Aku rasa budak-budak kecil ni sangatlah bijak sekali. Fasa kanak-kanak yang mana dorang akan menyerap segala maklumat yang didengar dan dilihat yang kadang-kadang orang-orang tua (ibu bapa especially) tak sedar potensi tersebut. Mungkin moment waktu kecil sebahagiannya akan dilupakan bila dah besar tapi dengan pengalaman dan informasi yang disedut sejak dari kecil barangkali itulah membina karakter dan jiwa anak-anak ni bila dah besar.

Teringat sembang-sembang aku dengan seorang kawan ni, katanya dia lebih prefer anak dia ni bermain-main, cuba sendiri instead of kita ajar dia macam-macam. Takut anak pressure. Tapi untuk aku masa kecil ni lah anak-anak ni perlu di-guide dan dididik dengan macam-macam perkara membaca, hafal al-quran, music, bahasa, matematik dan lain-lain. Sebab umur macam ni memang otak macam span kering, senang nak serap dan kembang. Bagi aku yang pernah jadi kanak-kanak, pressure ni bukan sebab buat banyak benda tapi sebab kita buat kena paksa dan high expectation dari orang dewasa. Tambah lagi, kata-kata yang demotivate bila kita tak buat ikut certain expectation. hah.. tu memang pressure. Even orang besar pun rasa pressure macam tu. Tapi depends kat orang kut benda ni.

Dan betullah kata ibu kepada anak Kisah #3, ada 3 perkara yang nabi ajar untuk diterapkan dalam diri anak-anak ni yakni cinta pada Rasulullah, cinta pada ahlul bait dan membaca al-quran. Bila tiga-tiga ni dah tersemat betul-betul dalam diri anak-anak, Insyaallah anak itu akan membesar dengan jati diri yang teguh, walaupun campak kat mana atau belajar bidang apa sekalipun tetap agama akan jadi sandaran..

Nabi pun cakap, "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, lalu kedua orang tuanya yang menjadikan ia Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

So hang dah bersedia ke Atikah nak galas tanggungjawab yang besar ni? Hang 3 perkara tu pun masih fail lagi..huh. Aku rasa cukuplah post yang 'ringkas' ni untuk hilangkan hang perasaan nak kawen tu  (hahaha) dan ingatkan hang untuk belajar bersungguh-sungguh dan bersedia mental dan fizikal. Sampai masanya tu nanti semua halangan takkan jadi masalah lagi kan.. Takut hang gelabah plak masa tu sebab tak ready.

baby ni pun pelik tengok kau sengih2 kambing. haha

No comments: