Thursday, August 21, 2014

Rezeki

Bismillahirrahmanirrahim..

Life in the university..
be a smart and clever student is a gift
But be responsible and committed to the work/task given to us  is much more noteworthy
at least, for what I've seen for the past four six years..

I think that's why some of our lecturers are really strict to give exemption to pass the course especially for those who are always absent in class, not attending the quizzes, not doing the assignments and so on and so forth. How they can commit to more bigger Responsibility after graduating when they entering the working life if simple thing like entering the lectures during the undergraduate studies (Im not saying to be punctual, or coming before the lecturer come) cannot be done ?..their biggest worry perhaps. A simple question to rational back all the decisions that have been made by our lecturers without putting the blame on them.

But then, while thinking and having some conversations with my friends while waiting for our convocation day (heard that it will change to this November) we came to one conclusion. After all, it is all about Rezeki. It is all Qada' and Qadar  Allah that has been written in Luh Mahfuz. Some people are working so hard, but with Allah knowledge He holds the reward until a certain period of time that only He knows when the best time to give. Some people Allah makes their life easy to get whatever they want.

وَلَنَبۡلُوَنَّكُمۡ حَتَّىٰ نَعۡلَمَ ٱلۡمُجَـٰهِدِينَ مِنكُمۡ وَٱلصَّـٰبِرِينَ وَنَبۡلُوَاْ أَخۡبَارَكُمۡ 

And verily We shall try you till We know those of you who strive hard (for the cause of Allah) and the steadfast, and till We test your record.


Dan sesungguhnya Kami akan mengujimu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang berjuang dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami), dan hingga kami dapat memastikan keadaan dirimu dengan sebenar-benarnya.


(Muhammad, 31)

Death, sustenance and mate have all been determined by Allah  before since we born in this world. Our duty is to do the best that we could as servant, khalifah, student, daughter and whatever responsibility that we are holding right now.

I'm writing this, at this early morning as tears and sadness knocking myself since yesterday after looking at a 'banggla contractor' having a banana and another one of his friend taking a cup of maggi for their dinner at kedai runcit Kiki. Betapa kurangnya kita bersyukur dengan rezeki dan takdir yang Allah dah berikan kat kita. Dan kita masih merungut itu dan ini. Dan senang-senang meremehkan rezeki dan nikmat yang ada.. Astaghfirullah..

"We have a lot of things to work on with this comfort and grace given by Allah"- Dr Mansoor Saburov (once upon a time)

Time to go to the class. Yes, I forgot to tell u, I'm continuing my Master. Rezeki. InsyaAllah.


Friday, June 20, 2014

Mutabaah Amal Versi Ramadhan 1435H

Bismillahirrahmanirrahim..

Apa itu mutabaah amal?


Kata mutaba’ah berasal dari kata taba’a. Kata ini memiliki beberapa pengertian. Di antaranya, tatabba’a (mengikuti) dan raaqaba’ (mengawasi). Dengan demikian, kata mutaba’ah bererti pengikutan dan pengawasan. Yang dimaksud dengan mutaba’ah sebenarnya adalah mengikuti dan mengawasi sebuah program agar berjalan sesuai dengan yang direncanakan. Kata mutaba’ah sama dengan kata pengendalian di dalam konsep pengurusan.

(sumber: http://badarseratas.blogspot.com/2010/07/mutabaahmengikut-pengikutan.html )


Alhamdulillah setelah beberapa hari terperap di uia terchenta ini sebelum pulang ke rumah menyambut Ramadhan dan berbakti di kampung terchenta (insyaAllah), cuba juga mencari bahan bacaan dan majlis-majlis ilmu sekitar kuantan sebagai persiapan menghadapi bulan yang mulia lagi penuh keampunan dan rahmat Allah ini..

Terdetik untuk menyiapkan Mutabaah Amal sempena ramadhan ini sebagai checklist terhadap amal dan konsistensi. Niat dihati agar Ramadhan kali in lebih baik dari sebelumnya. Awalnya dibuat untuk diri sendiri tapi inilah hasilnya..





Mutabaah Amal Versi Ramadhan 1435H telah bersedia untul dijual dan diedarkan. Untuk permulaan, target jualan adalah semestinya kepada bekas anak-anak muridku di MRSM Kuantan, kaum kerabat dan sahabat handai terdekat. Murah sahaja RM1 satu. InsyaAllah 10% dari hasil jualan akan diagihkan kepada orang-orang yang memerlukan/ ditabung masjid yang perlu dinaiktarafkan dalam bulan Ramadhan juga agar pahalanya berlipat kali ganda.  Dan selebihnya akan digunakan untuk menampung yuran dan wang saku aku untuk menyambung master untuk kemasukan bulan sembilan ini. InsyaAllah.. Makanya, pembelian untuk mutabaah amal ini tidak akan disia-siakan. InsyaAllah.


Semoga ianya berhasil dan mendapat keberkatan dari Allah.

Tuesday, June 3, 2014

Kita punya peranan!

Bismillahirrahmanirrahim..

"Sesungguhnya mereka yang dididik merupakan hasil dari pendidikannya. Jika pendidikan itu baik, maka akan menyebar pula kebaikan dan keberkahan kepada selain dirinya. Begitu pun mereka yang dididik dengan buruk, maka keburukan itu tidak akan berhenti sampai pada dirinya saja, melainkan akan menyebar kepada mereka yang ada di sekitarnya dalam beragam bentuk"

- petikan dari kitab Mendidik Anak dengan Benar, tulisan al-Habib al-Allamah Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz.

Peranan pendidik itu milik kita semua. Di rumah, ibu bapa memainkan peranan terlebih dahulu dalam mentarbiyyah anak-anak dengan mempersiapkan jiwa dan akal mereka dengan memahami seruan agama. Kemudian anak-anak dihantar ke sekolah dan mulalah peranan guru-guru dalam memberi ilmu duniawi atau ukhrawi selain menyelitkan nilai-nilai yang membina jiwa anak-anak yang sedang membesar. Masyarakat sekeliling juga punya peranan yang besar dalam mewujudkan environment (baca: suasana) yang baik. Ya, kita memang punya peranan masing-masing.

*peluh


Sedih melihatkan kes buli pelajar perempuan beramai-ramai baru-baru ni. Tidak langsung ada rasa belas-kasihan dan takut akan akibat perbuatan mereka malah rasa bangga dengan menghebahkan kepada dunia. Allah Allah.. Moga Allah membuka pintu hati mereka untuk kembali kepada fitrah dan matlamat hidup yang sebenar. Ini belum lagi kita luaskan skop pada masalah-masalah sosial yang lain; kes rogal beramai-ramai, buang anak, penggal kepala orang, dadah dan lain-lain. Takutnya memikirkan diri menghadapi dunia akhir zaman ini.

Mungkin betul kata seorang sahabat baru-baru ni, saat dunia akhir zaman orang beriman akan berdoa untuk dicabutkan nyawa kerana tersangat takut menghadapi kezaliman dunia ini. Betapa dasyatnya dunia ketika itu. Manusia dah tak takut untuk menghadapi mati kerana tak tertahan dengan peritnya hidup di dunia. Allahuakbar..

p.s: entah kenapa aku masih bertahan lagi saat ini. melayan student sambil berkongsi apa yang difikirkan sejak siang tadi di sini. Ya Allah berkatilah masaku.

Mahallah Maimunah 8
IIUM Kuantan
0143

Friday, May 30, 2014

29 Mei

Bismillahirrahmanirrahim..

29 Mei 1453H

Sultan Muhammad al-Fateh bersama tentera-tenteranya berjaya menawan Kota Konstantinopel. Direalisasikan 800 tahun selepas sabda Rasulullah saw ketika menggali parit dalam Perang Khandaq,
"..Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.."(HR Imam ahmad)

Mereka berjuang  bermati-matian dengan didasari iman dan taqwa untuk merealisasikan hadis nabi kerana mereka yakin asal ianya keluar dari mulut Rasulullah yang mulia, maka ia tidak pernah akan salah. Mereka berebut-rebut mengejar kemuliaan untuk hidup mulia atau mati syahid. Kita pula, sejauh manakah kita yakin dengan janji2 Allah dan Rasul dan menterjemahkannya dengan tindakan? Allah Allah

juga

29 Mei 2014

DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang ditabalkan selaku Sultan Perak Ke-35. Sultan yang disebut-sebut rakyat jelata tanah Melayu sebagai sultan yang menghormati para ilmuan dan meletakkan kedudukan ilmuan di tempat yang sepatutnya. Moga negara ini dilimpahi rahmat dan pertolongan Allah dengan adanya raja-raja yang memerintah dengan didasari dengan ilmu, iman dan taqwa di setiap negeri pemerintahannya.. Allah peliharakan sultan, Allah peliharakan tanah air ini.

Friday, January 31, 2014

To see beyond the eyes can see..

Bismillahirrahmanirrahim..

Kemampuan untuk mengetahui dan meyakini sesuatu sebelum semuanya terjadi, inilah dasar keimanan seorang Muslim. To see beyond the eyes can see..

Mereka  melihat realiti lebih daripada yang dapat dilihat oleh mata, hal itu ibarat motor yang terus memberikan energi tidak terbatas.

Mereka beribadah kepada Allah seolah-olah mereka melihat Allah, kerana itu ibadah yang mereka lakukan adalah ibadah yang maksima bukan minima.

Mereka tekun dalam solatnya kerana mereka yakin dengan kematian dan pertemuannya dengan Allah.

Mereka boleh melaksanakan puasa kerana telah terbayang jelas kenikmatan memandang wajah Allah di hari pertemuan dengan-Nya.

Dalam berusaha, mereka juga lebih bersemangat daripada yang lain kerana meyakini bahawa Allah telah menetukan kadar rezeki buat masing-masing hamba-Nya.

Allahuakbar.. sangat menyentap jiwa raga saat membaca buku Muhammad Al-Fatih tulisan Felix Y. Siauw ini lagi-lagi bahagian dia menutup kisah susuk pemimpin hebat ini dengan konklusi yang padat dengan tips dan motivasi untuk digunapakai kita di zaman yang serba mencabar ini.

Yakin pada janji Allah, melahirkan manusia yang berfikir dan berjiwa Besar kerana matlamat kita yang bitara untuk dunia akhirat yang kekal abadi. Ia akan terus memandu kita menghasilkan usaha-usaha yang Besar dan padu sehingga menghasilkan prestasi yang Besar. Insyaallah.

Moga kita makin dekat dengan pencipta kita Rabbul alamin sehingga menerbitkan keyakinan yang tiada tara kepada-Nya dalam meneruskan perjuangan di bumi Allah ini.


Saturday, January 11, 2014

Damai yang hilang..

Bismillahirrahmanirrahim..

Sudah lama aku biarkan ia sakit. Aku sibuk dengan hidup aku. Kononnya mahu berusaha menggapai cita-cita yang murni. Tapi aku lupa (dengan izin Allah) dialah penggerak aku satu masa dulu saat aku pancangkan cita-cita 'murni' itu, saat aku dalam keadaan parah dan 'lost'. Dan kini dia sakit. Dia merajuk yang amat sangat. Aku sangat takut dia yang tulus ikhlas bersamaku dulu lari meninggalkan aku..

Ya Allah.. 3 minggu cuti yang bakal tiba ini aku harap aku dapat merawat sakit dukanya terhadap aku. Aku mahu melihat wajah ibu ayah aku dahulu, kemudian barangkali aku mahu pergi mengembara bersamanya yang rajuk buat seketika. Bersunyi- sunyian dengan-Mu. Melihat keagungan alam ciptaanmu ini. Dan aku mengharap dapat aku merawat kejauhan dia (dan aku tahu ia tanda kejauhanku kepada-Mu juga Ya Allah)...aduh rasa hati ini..

Semoga hati ini tidak meronta-ronta lari daripadaku. Semoga dia tenang. Tenang la walau seketika duhai hati. Tinggal satu paper je pagi ini. Dan aku janji (InsyaAllah) aku akan berusaha mencintaimu, merawat rajukmu dan menjagamu sebaik mungkin. Tidak akan aku sia-siakan masa 3 minggu ini. Biiznillah..

Ya farijal hamm, Ya kasyifal ghamm, Ya man li 'abdih, Yaghfir wa yarham.. Astaghfirullaha rabbal baraya.. Astaghfirullah minal khotoya..


Thursday, January 9, 2014

Randomness..UIA, Ammar dan visi ummatic wa akhirah

Bismillahirrahmanirrahim..

Allah..Allah..Allah.. Alhamdulilllah. Segala puji bagi Allah atas segala nikmat yang Dia telah berikan kepadaku.. Entah kenapa berat sangat nak tinggalkan bumi UIA ni. Berat nak tinggalkan suasana di sini. Berat nak tinggalkan sahabat-sahabat di sini. Berat nak tinggalkan pensyarah-pensyarah di sini dan semua manusia yang menerpa hidup aku sepanjang keberadaan aku di sini. Ada yang kekal hingga sekarang ukhwahnya, ada yang telah pergi membawa haluan masing-masing dan ada juga yang datang seketika untuk mewarnai hidup aku.

Yang baik, yang buruk, yang penuh inspirasi, yang lembut, yang kasar, yang tawaduk, yang bermegah, yang alim, yang kurang cerdik, yang penuh semangat  dalam jalan dakwah, yang berseronok-seronok... semuanya Allah datangkan sebagai ujian dan pengalaman untuk aku belajar dan mengambil iktibar buat mengharungi dunia luar yang lebih mencabar kelak. Tidak pernah Allah datangkan sesuatu itu sia-sia melainkan ada hikmah yang boleh diambil bagi hambanya yang berfikir. Masyaallah..

2014 telah pun melabuh tirainnya. Pastinya tahun 2013 yang telah berlalu itu dapat memberi pelajaran kepada kita untuk lebih cemerlang dalam melangkah dan menyusun hidup kita. InsyaAllah..

Aku fikir, video yang dihadiahkan teman sebilikku sewaktu aku sedang menghadap exam 3 paper sekaligus hari tu sedikit sebanyak telah membuka pandangan alam aku dalam merangka azam dan corak hidupku untuk 2014 yang hadir ini. Terima kasih kepada teman sebilik yang membawa semangat Assyahid Ahmad Ammar dalam bilik kami yang berpenghuni 4 orang ini.


Memang hidup ini bukan hanya untuk kita fikir tentang diri kita saja. nafsi nafsi. Tapi ia soal kita berkongsi dan menyumbang segala nikmat yang kita dapat dengan makhluk Allah yang lain. Bayangkan kalau teman sebilik aku ini hanya menonton video-video Ammar ini hanya untuk memberi motivasi pada diri dan mengambil pelajaran yang baik-baik tanpa berkongsi dengan kami teman sebilik, mungkin kami pun tak terdorong untuk mengambil tahu tentang susuk manusia ini dan mengambil sekali pengajaran hidup yang dibawanya.

Dalam video ini ada perkongsian bersama ayah dan ibu Ammar tentang pengalaman hidup mereka membesarkan Ahmad Ammar. Visi Ummah dan Akhirat yang ditanamkan oleh mereka sejak mereka mendirikan rumah tangga dan dalam membesarkan anak- anak akhirnya telah membentuk peribadi Ammar yang sangat berbeza dengan majoriti anak-anak muda sekarang. Ammar yang sangat pendiam dan lemah-lembut dengan ibu bapanya punya iltizam yang sangat kuat dalam berjihad di jalan Allah, bersungguh-sungguh dan tekun dalam menuntut ilmu dan membantu orang lain serta aku yakin dia sangat tawaduk dan ikhlas dalam melakukan sesuatu kebaikan. Ketika hayatnya dia tidak terkenal seperti orang lain tetapi saat pemergiannya dia disebut-sebut oleh penduduk bumi dan langit (insyaallah) dan menjadi satu fenomena di kalangan anak muda terutamanya untuk sama-sama meneruskan perjuangannya. Subhanallah! al-fatihah buat Assyahid Ahmad Ammar bin Ahmad Azam..

Apa-apapun, yang pergi tetap pergi. Kita yang masih hidup ini perlu teruskan perjuangan..Walau dalam apa jua bidang yang kita ceburi, buatlah bersungguh-sungguh untuk Ummah dan bekalan hidup di akhirat kelak.. InsyaAllah.. kita menolong agama Allah, Allah akan menolong kita. Yakin!

 Maha Suci Allah, sangat banyak ibrah yang Kau  telah hamparkan dalam hidup ini. Semoga kita dapat mengambil pelajaran untuk bekalan dan pedoman sepanjang hayat kita.



Thursday, January 2, 2014

merawat hati

Bismillahirrahmanirrahim..

Tidak ada rawatan bagi sifat lalai dan jahil melainkan dengan mula menyucikan hati.

Bagaimana ingin merawat hati? Berikut adalah catatan ringkas yang sempat diambil melalui perkongsian seorang ustaz dalam slot tajaan mempromosikan kursus jahit langsir di ikim.fm semalam. Slot kursus langsir pun masih sempat berbicara mengenai soal hati. MasyaAllah.

11 Cara Merawat Hati (Jiwa):

1. Rajin mendampingi orang-orang baik terutamanya para ulamak dan mereka yang sering kembali kepada Allah.

2. Banyakkan berdiam.

3. Rajin membaca al-Quran dengan merenungi tafsiran dan maksudnya.

4. Mengosongkan perut dengan banyakkan berpuasa atau makan dengan tidak berlebihan.

5. Makan dengan makanan yang halal dengan mencari sumber rezeki yang halal.

6. Lazimi solat tahahajud/ berqiamulali.

7. Berdoa di waktu sahur.

8. Perbanyakkan istighfar.

9. Banyak mengingati mati.

10. Ziarah kubur dan ambil pengajaran daripadanya.

11. Saksikan orang nazak saat menghadapi sakaratul maut.

"Hikmah itu adalah barang yang hilang dari orang mukmin. Di mana saja ia memperoleh, maka ia adalah orang yang paling berhak mengambilnya"

Dalam Kitab Hikam menyebutkan daripada tanda orang yang berjaya di penghujung adalah mereka itu kembali kepada Allah sejak dari permulaan ( ar ruju' ila Allah fil nihayah)..

Semoga kita diberi kekuatan untuk membersihkan hati dan kembali kepada Allah sebenar-benar kembali, tulus dan ikhlasnya. semoga penghujungnya dikurniakan kejayaan dan kemanisan.


Wallahua'lam.