Friday, January 31, 2014

To see beyond the eyes can see..

Bismillahirrahmanirrahim..

Kemampuan untuk mengetahui dan meyakini sesuatu sebelum semuanya terjadi, inilah dasar keimanan seorang Muslim. To see beyond the eyes can see..

Mereka  melihat realiti lebih daripada yang dapat dilihat oleh mata, hal itu ibarat motor yang terus memberikan energi tidak terbatas.

Mereka beribadah kepada Allah seolah-olah mereka melihat Allah, kerana itu ibadah yang mereka lakukan adalah ibadah yang maksima bukan minima.

Mereka tekun dalam solatnya kerana mereka yakin dengan kematian dan pertemuannya dengan Allah.

Mereka boleh melaksanakan puasa kerana telah terbayang jelas kenikmatan memandang wajah Allah di hari pertemuan dengan-Nya.

Dalam berusaha, mereka juga lebih bersemangat daripada yang lain kerana meyakini bahawa Allah telah menetukan kadar rezeki buat masing-masing hamba-Nya.

Allahuakbar.. sangat menyentap jiwa raga saat membaca buku Muhammad Al-Fatih tulisan Felix Y. Siauw ini lagi-lagi bahagian dia menutup kisah susuk pemimpin hebat ini dengan konklusi yang padat dengan tips dan motivasi untuk digunapakai kita di zaman yang serba mencabar ini.

Yakin pada janji Allah, melahirkan manusia yang berfikir dan berjiwa Besar kerana matlamat kita yang bitara untuk dunia akhirat yang kekal abadi. Ia akan terus memandu kita menghasilkan usaha-usaha yang Besar dan padu sehingga menghasilkan prestasi yang Besar. Insyaallah.

Moga kita makin dekat dengan pencipta kita Rabbul alamin sehingga menerbitkan keyakinan yang tiada tara kepada-Nya dalam meneruskan perjuangan di bumi Allah ini.


No comments: