Friday, June 20, 2014

Mutabaah Amal Versi Ramadhan 1435H

Bismillahirrahmanirrahim..

Apa itu mutabaah amal?


Kata mutaba’ah berasal dari kata taba’a. Kata ini memiliki beberapa pengertian. Di antaranya, tatabba’a (mengikuti) dan raaqaba’ (mengawasi). Dengan demikian, kata mutaba’ah bererti pengikutan dan pengawasan. Yang dimaksud dengan mutaba’ah sebenarnya adalah mengikuti dan mengawasi sebuah program agar berjalan sesuai dengan yang direncanakan. Kata mutaba’ah sama dengan kata pengendalian di dalam konsep pengurusan.

(sumber: http://badarseratas.blogspot.com/2010/07/mutabaahmengikut-pengikutan.html )


Alhamdulillah setelah beberapa hari terperap di uia terchenta ini sebelum pulang ke rumah menyambut Ramadhan dan berbakti di kampung terchenta (insyaAllah), cuba juga mencari bahan bacaan dan majlis-majlis ilmu sekitar kuantan sebagai persiapan menghadapi bulan yang mulia lagi penuh keampunan dan rahmat Allah ini..

Terdetik untuk menyiapkan Mutabaah Amal sempena ramadhan ini sebagai checklist terhadap amal dan konsistensi. Niat dihati agar Ramadhan kali in lebih baik dari sebelumnya. Awalnya dibuat untuk diri sendiri tapi inilah hasilnya..





Mutabaah Amal Versi Ramadhan 1435H telah bersedia untul dijual dan diedarkan. Untuk permulaan, target jualan adalah semestinya kepada bekas anak-anak muridku di MRSM Kuantan, kaum kerabat dan sahabat handai terdekat. Murah sahaja RM1 satu. InsyaAllah 10% dari hasil jualan akan diagihkan kepada orang-orang yang memerlukan/ ditabung masjid yang perlu dinaiktarafkan dalam bulan Ramadhan juga agar pahalanya berlipat kali ganda.  Dan selebihnya akan digunakan untuk menampung yuran dan wang saku aku untuk menyambung master untuk kemasukan bulan sembilan ini. InsyaAllah.. Makanya, pembelian untuk mutabaah amal ini tidak akan disia-siakan. InsyaAllah.


Semoga ianya berhasil dan mendapat keberkatan dari Allah.

2 comments:

fatirah said...

Assalammualaikum sis
Saya berminat dan nak order mutabaah amal ini.
bagaimana caranya
013-3053527 minta hubungi saya
terima kasih

nay. said...

Waalaikumsalam.

Sebarang order boleh mesej ke no 0139206354.

Butiran yang diperlukan:
-nama
-bilangan
-pilihan warna (purple,blue,yellow,green)
-alamat
-pilihan pos; pos biasa/laju

Bayaran tambahan hanya akan diambil sekadar mengikut caj yang dikenakan pihak pejabat pos :)