Tuesday, January 15, 2013

adil baru puas hati

bismillahirahmanirrahim..

Ketidakadilan semestinya akan mewujudkan ketidakpuasan hati kan?

Tipulah kalau kita tidak diadili dengan adil, kita akan tenang sambil cicah roti dengan kacang phool dan acting cool macam takde apa yang berlaku. Even kanak-kanak yang dijanjikan aiskrim lepas berjaya cabut uban atok dia pun akan memberontak kalau apa yang dijanjikan tak dapat. Si kanak-kanak yang masih belum baligh pun sudah faham akan konsep adil dan saksama apatah lagi manusia dewasa yang lebih bijak dalam menyatakan hak keadilan dan kesaksamaan.

ahh..Makin meluat melihatkan berita-berita yang keluar dimuka depan akhbar,kaca tv dan internet sejak dua menjak nak dekat pru-13. Semuanya bangkit menyuarakan ke-betul-an pihak masing-masing sambil menjatuhkan 'reputasi' pihak lain. Yang takde kena-mengena dengan politik pun habis semua dikaitkan dengan nama politik dan parti. Sampaikan isu air yang biasa dirujuk ke syarikat bekalan air pun tiba-tiba dikaitkan dengan parti. Apakah? Dekat tv kata satu macam, di internet keluar bermacam2 dari segenap segi dan pelosok. semuanya ingin menang tapi tak pernah lari daripada mencaci orang. haila tak paham la! dan berpesta la sekalian makhluk syaitan melihatkan gelagat manusia yang tak berkesudahan berkelahi.

Stop. Bukan ini yang mahu aku luahkan pada awal pembikinan entry ini.

***

Harapan.
Aku hanya mengharapkan agar pru kali ini akan dijalankan dengan adil. Semua pihak diberi ruang dan peluang yang sama rata juga bebas untuk bermanifesto dan berdebat di hadapan rakyat jelata atau menggunakan media massa yang ada. Teringat akan kupasan Dr MAZA sewaktu Obama menang sebagai president yang aku amat setuju serta panduan dan ingatan ini bagi mereka yang berada/ ingin berada ditampuk pemerintahan.  

Ini saja sebenarnya.

Sedikit keratan untuk tatapan aku,
Dalam Sifat al-Safwah karya Ibn al-Jauzi yang meriwayatkan bahawa ketika Khalifah Harun al-Rasyid menaiki Bukit Safa, seorang tokoh umat bernama ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Aziz al-‘Umari berkata kepadanya:
“Lihatlah ke arah Kaabah.” Harun al-Rasyid menjawab: “Aku sedang lihat.” Kata beliau lagi: “Berapa jumlah mereka yang kau lihat?” Jawab Harun: “Siapa yang mampu membilangnya.” Kata beliau pula: “Berapa jumlah manusia yang seperti mereka?” Jawab Harun: “Hanya Allah yang mampu menghitungnya.” Kata al-‘Umari lagi: “Ketahuilah engkau bahawa setiap mereka itu hanya akan ditanya pada hari kiamat tentang diri mereka sahaja, hanya engkau yang akan ditanya tentang diri mereka semua, maka hati-hatilah engkau tentang nasib engkau nanti.”
Maka terduduk dan menangislah Harun al-Rasyid mengenangkan masa depannya di akhirat kelak.
gulp!nanges lah kau tika, nanges.

***

bila diadili dengan baik, baru puas hati. walaupun keputusan nanti tak menyebelahi diri insyaAllah semua pihak akan puas hati sebab yang menang itu memang layak untuk menang. dan juga vice versa.

memetik kata-kata Obama saat kemenangan,
"… we may have battled fiercely, but it’s only because we love this country deeply and we care so strongly about its future.”
nak menang bukan sebab rebutkan kuasa semata tapi lebih untuk nak berbakti dan berkhidmat pada rakyat, negara dan agama <3 nbsp="nbsp" p="p">

apa-apa pun..
the key is justice
the master key is of course, pemahaman terhadap sistem islam itu sendiri
Sebab, negara Islam, mestilah kena diperintahperpandukan syariat dan nilai-nilai islami
dan justice tak lain tak bukan ANTARA nilai Islam yang dah diajar nabi 
tak gitu abu, ah chong, kumalasari?

eceh..berpatun pulak malam-malam buta gini.

only my 2 cents. wallahua'lam

No comments: