Tuesday, January 29, 2013

debar

Bismillahirrahmanirrahim..

Now I'm waiting for the result to be announced at 12 midnight ni insyaAllah. Matric and pin number dah siap tertaip, tinggal press enter je. Boleh guarantee the line will be busy after 12 sebab biasa dapat check result the day after. Debaran makin terasa. Moga apa yang diputuskan adalah terbaik untuk aku. Harap hati boleh redha dengan segala ketentuan-Nya..

Sem 1, Year 3. Memang macam-macam ada. Macam-macam berlaku yang semuanya menambah rencah sweet sour kehidupan aku sebagai pelajar. Moga sem depan diusahakan dengan lebih lebih baik lagi.





Voluntary works dan usaha dakwah

Bismillahirrahmanirrahim..

Tak sampai 10 minit entri aku sebelum ni dipostkan, sudah ada seorang blogger mat saleh komen dengan mengajak aku follow blognya yang memaparkan pandangan kristian. Pantas!

Melihatkan betapa gigihnya orang-orang Kristian menyampaikan dakyah mereka langsung teringat dekat talk Madam Martinelli Hashim sewaktu Volunteerism Conference semester lalu. Kata beliau anak-anak melayu kita punya kadar resilience (daya tahan) yang rendah. Betapa ramai anak muda sekarang yang mudah mengikut budaya-budaya luar daripada segi berpakaian, cara cakap, pergaulan sehinggalah ke cara hidup seharian. Malah ada yang sanggup menggadaikan akidah akibat terpengaruh dan kurang daya tahan dalam diri. Punca utamanya satu, kegersangan hati pada agama iaitu kefahaman Islam itu sendiri. Dan mungkin juga salah kita sendiri umat Islam yang tidak gigih dalam menyebarkan Islam ke seluruh pelosok manusia. Moga Allah ampunkan kelemahan diri kita dan moga kita semua dipelihara Allah di akhir zaman ini..

Madam Martinelli Hashim


Mengimbas kembali apa yang telah Madam Martinelli sampaikan sewaktu conference tersebut, kata beliau lagi;
 Jihad is not only going to the battle field. We have a bigger jihad here at IIUM, in our society.
Doing a voluntary works itupun satu medan perjuangan dakwah. Tapi bukan semudah bercakap. Ia memerlukan opportunity, capability dan interest untuk buat semua itu. Aku sendiri masih berjinak-jinak mempelajari selok-belok medan dakwah ini yang merupakan sunnah terbesar dibawa oleh Rasulullah saw.

Madam Martinelli juga mengetengahkan 5  issues penting yang perlu dilihat dalam kalangan remaja Muslim:
1. Aqidah
2. Drugs
3. Free sex
4. LGBT
5. Unity

Dan kata beliau lagi dalam membuat kerja-kerja voluntary ni, perkara penting yang perlu diatasi di kalangan anak-anak Melayu Islam terutamanya adalah mengenai isu moral dan resilience.

Akhir sekali, beberapa quote yang sempat aku rakam sewaktu conference tersebut,
If you do not go, you will never have what you want
If you do not ask, the answer will be NO
If you do not step forward, you will always be in the same place
Words are meaningless without action 
 Yes, words are meaningless without action. Aku selalu dilemma nak cakap takut-takut tak buat. Tapi takkan nak tunggu diri perfect baru nak cakapkan. Alamatnya memang tak sampai la sedikit ilmu yang kita dapat ni kat orang lain..InsyaAllah, berusaha selagi yang mampu untuk meneruskan usaha dakwah ni walaupun tak segigih apa yang telah diusahakan oleh Rasulullah saw dan para sahabat.

A195

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (Al- Baqarah, 2:195)

p.s: lebih seminggu jugak conference ni 'menghantui' hidup aku. fuhh..- ____-'


Monday, January 28, 2013

take one step at a time


Saat terasa banyak perkara yang kau perlu kejar gara-gara tertinggal akibat kejahilan pada masa lampau dan kelekaan kau pada hal dunia yang menyibukkan dan melalaikan, mungkin kau perlu bertenang seketika dan mengambil langkah satu-persatu untuk belajar, memahami dan melakukan perubahan. Mungkin juga langkah perlu dipercepat dan minda perlu sentiasa sedar dan beroperasi saat usia yang menginjak dewasa ini. Tapi jangan lupa untuk setiap perkara, niatkan lillahi taala untuk mencapai redha-Nya bukan untuk bertanding sesama manusia. Siapa yang paling hebat bicaranya, siapa yang paling banyak amalannya. Ingatlah, sia-sia perbuatan kau kalau tak dikira satu ibadah dan tidak membawa kepada kedekatan diri kepada Allah.. wal iya zubillah



InsyaAllah.. Pray and Work for it!


Tuesday, January 15, 2013

adil baru puas hati

bismillahirahmanirrahim..

Ketidakadilan semestinya akan mewujudkan ketidakpuasan hati kan?

Tipulah kalau kita tidak diadili dengan adil, kita akan tenang sambil cicah roti dengan kacang phool dan acting cool macam takde apa yang berlaku. Even kanak-kanak yang dijanjikan aiskrim lepas berjaya cabut uban atok dia pun akan memberontak kalau apa yang dijanjikan tak dapat. Si kanak-kanak yang masih belum baligh pun sudah faham akan konsep adil dan saksama apatah lagi manusia dewasa yang lebih bijak dalam menyatakan hak keadilan dan kesaksamaan.

ahh..Makin meluat melihatkan berita-berita yang keluar dimuka depan akhbar,kaca tv dan internet sejak dua menjak nak dekat pru-13. Semuanya bangkit menyuarakan ke-betul-an pihak masing-masing sambil menjatuhkan 'reputasi' pihak lain. Yang takde kena-mengena dengan politik pun habis semua dikaitkan dengan nama politik dan parti. Sampaikan isu air yang biasa dirujuk ke syarikat bekalan air pun tiba-tiba dikaitkan dengan parti. Apakah? Dekat tv kata satu macam, di internet keluar bermacam2 dari segenap segi dan pelosok. semuanya ingin menang tapi tak pernah lari daripada mencaci orang. haila tak paham la! dan berpesta la sekalian makhluk syaitan melihatkan gelagat manusia yang tak berkesudahan berkelahi.

Stop. Bukan ini yang mahu aku luahkan pada awal pembikinan entry ini.

***

Harapan.
Aku hanya mengharapkan agar pru kali ini akan dijalankan dengan adil. Semua pihak diberi ruang dan peluang yang sama rata juga bebas untuk bermanifesto dan berdebat di hadapan rakyat jelata atau menggunakan media massa yang ada. Teringat akan kupasan Dr MAZA sewaktu Obama menang sebagai president yang aku amat setuju serta panduan dan ingatan ini bagi mereka yang berada/ ingin berada ditampuk pemerintahan.  

Ini saja sebenarnya.

Sedikit keratan untuk tatapan aku,
Dalam Sifat al-Safwah karya Ibn al-Jauzi yang meriwayatkan bahawa ketika Khalifah Harun al-Rasyid menaiki Bukit Safa, seorang tokoh umat bernama ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Aziz al-‘Umari berkata kepadanya:
“Lihatlah ke arah Kaabah.” Harun al-Rasyid menjawab: “Aku sedang lihat.” Kata beliau lagi: “Berapa jumlah mereka yang kau lihat?” Jawab Harun: “Siapa yang mampu membilangnya.” Kata beliau pula: “Berapa jumlah manusia yang seperti mereka?” Jawab Harun: “Hanya Allah yang mampu menghitungnya.” Kata al-‘Umari lagi: “Ketahuilah engkau bahawa setiap mereka itu hanya akan ditanya pada hari kiamat tentang diri mereka sahaja, hanya engkau yang akan ditanya tentang diri mereka semua, maka hati-hatilah engkau tentang nasib engkau nanti.”
Maka terduduk dan menangislah Harun al-Rasyid mengenangkan masa depannya di akhirat kelak.
gulp!nanges lah kau tika, nanges.

***

bila diadili dengan baik, baru puas hati. walaupun keputusan nanti tak menyebelahi diri insyaAllah semua pihak akan puas hati sebab yang menang itu memang layak untuk menang. dan juga vice versa.

memetik kata-kata Obama saat kemenangan,
"… we may have battled fiercely, but it’s only because we love this country deeply and we care so strongly about its future.”
nak menang bukan sebab rebutkan kuasa semata tapi lebih untuk nak berbakti dan berkhidmat pada rakyat, negara dan agama <3 nbsp="nbsp" p="p">

apa-apa pun..
the key is justice
the master key is of course, pemahaman terhadap sistem islam itu sendiri
Sebab, negara Islam, mestilah kena diperintahperpandukan syariat dan nilai-nilai islami
dan justice tak lain tak bukan ANTARA nilai Islam yang dah diajar nabi 
tak gitu abu, ah chong, kumalasari?

eceh..berpatun pulak malam-malam buta gini.

only my 2 cents. wallahua'lam

Saturday, January 12, 2013

mudah dengan-Nya

bismillah..

sesuatu yang kita tidak biasa dengannya memang mulanya akan jadi kekok. tapi bila kita dah biasa insyaAllah kita akan get used to it. mudah.

mudah.
kadang-kadang (dan selalu juga) kita mudah mengeluarkan kata-kata tapi kurang melakukan apa yang dikatakan.

"cakap memang mudah, buat tengok."
"cakap memang senang, cuba kena kat batang hidung sendiri."

haa.. amek kaw!

pernah baru-baru ni saat tengah genting menghadap exam yang tinggal lagi satu dua paper untuk dihabiskan, Allah uji  bila kata-kata sendiri hampir saja memakan diri, meluluhkan hati hingga berkecai sepai! tapi alhamdulillah..satu ujian/musibah itu sebenarnya membawa kepada muhasabah :)

teringat kata-kata Ustaz Hasrizal sewaktu membaca blog dia tadi,
"Musibah-musibah itu walaupun hakikatnya musibah, ia hadir sebagai kurniaan"
credit
kata seorang penceramah ni (tak ingat); sabar itu mudah kalau dilatih dari awal. dari sekecil-kecil melayan anak kecil, atau lagi penting, menggegas dan menggagahkan diri untuk solat awal waktu saat kerja menimbun atas meja atau mendengar masalah rakan sewaktu diri pun dalam keadan depressed dengan masalah sendiri.. bila ujian besar melanda diri InsyaAllah diri telah bersedia mengahadapinya hasil daripada latihan terhadap ujian yang 'kecil-kecil' ini.

dan sememangnya semua benda akan menjadi mudah dan dihadapi dengan mudah kalau kita think positive dan sandarkan ia pada Allah.. Subhanallah..

mudah bukan?ayuh latih!


p.s: Alhamdulillah.. dipermudahkan untuk mengupdate blog setelah berkurun lamanya ditinggal sepi :)