Friday, July 15, 2011

Sekolah Kehidupan, Mahagurunya Allah

Bismillahirrahmanirrahim..






Sekolah kehidupan, Mahagurunya Allah,
Langit tergantung tanpa tiang,
Gunung-ganang berdiri teguh,
Ombak berarus tiada punca,
Awan berarak membawa hujan,
Bulan mengelilingi bumi,
Siang berganti malam,
Malam berganti siang,
Sang suria bersinar tanpa henti,
Planet beredar pada paksinya,
Siapa mendidik mereka,
Supaya tetap pada aturan?
Subhanallah..

Sekolah kehidupan, Mahagurunya Allah,
Ayam berkokok setiap pagi,
Burung berkicauan saat terbitnya mentari,
Lebah membina sarang madunya,
Semut patuh pada ratunya,
Semua binatang,
Dengan rutinnya sendiri,
Seperti kitaran hidup sehari-hari,
Seolah mengerti,
Masing-masing punya tugas tersendiri,
Siapa mengajarkan mereka,
Rutin mereka itu dan ini?
Pujian pada Allah..

Sekolah kehidupan, Mahagurunya Allah,
Mencamtumkan mani jantan dan betina,
Dalam rahim seorang manusia,
Lantas terjelma satu lembaga,
Semakin hari, semakin membesar,
Sehingga membuncit perut si wanita,
Apakah bayi itu tidak lemas?
Siapa yang memberinya makan di dalam kandungan?
Agungnya Allah..

Sekolah kehidupan, Mahagurunya Allah,
Dilahirkan manusia hiburannya tangisan,
Pabila lapar,
Merengek-rengek meminta disusukan,
Dikenal ibunya, dikenal bapanya,
Sehingga dia membesar,
Menjadi dewasa,
Dia mula pandai berkata-kata,
Berbahasa dengan manusia,
Dia mula pandai untuk berfikir,
Baik atau buruk,
Dia mula pandai tuk menilai,
Jumud atau terbuka,
Dia semakin dewasa,
Apabila ujian datang bertimpa-timpa,
Isyarat pelajaran untuknya,
Kalaulah dia mengerti.

Sekolah kehidupan, Mahagurunya Allah,
Bukan sekadar retorika pendidikan,
Sebaliknya realiti pengajaran dan pembelajaran,
Yang terlalu mahal,
Tidak dikenakan yuran pengajian,
Hanya golongan yang membedah alam,
Mengkaji dan menilai,
Akan memahami persoalan-persoalan alam,
Dan perjalanan penciptaan alam,
Kerana sekolah kehidupan ini,
Mahagurunya Allah.
Allahu Robbuna
Allahu Ghayatuna
Allahuakbar.


Mohd Hasbullah bin Mohamad Faudzi
Baktisiswa 10' (cfsiium)



Best regards,

No comments: