banyak yang bermain dikepala tapi tak terluah satu pun melalui penulisan dan kata2..
hm..., tidak ada cinta kalau hanya sekadar melihat
hanya melihat tanpa berbuat apa-apa, cinta itu tidak menjadi, barangkali dilupakan.
menjadi bila dilayan.
ia akan mula berputik dan berkembang mekar dengan adanya kenal-mengenali, saling sayang-menyayangi
ditambah ummpphh dengan melakukan apa yang disukai si dia,kekal erat
ohh.. sungguh hinanya cinta sesama manusia
kenapa kita tak buat perkara yang sama kepada yang lebih berhak?
kenapa sukar untuk diaplikasikan dalam memupuk dan melebihkan cinta kita pada Allah, pada Rasulullah s.a.w, pada ibu bapa?
cinta tanpa batasan
cinta tanpa garis panduan syara'
berpegangan tangan, berjumpa melepaskan rindu,
message berbaur-baur manja,
sudah tidak segan silu men-declare diri 'sudah berpunya',
kes anak luar nikah, buang bayi yang satu masa dahulu sangat jijik didengar dah lali ditelinga
mesti yahudi laknatullah beraya sakan setiap hari, ketawa sampai kembung perut
kerana jarum halus hedonisme semakin berjaya dicucuk di kalangan kita, remaja-remaja
remaja yang bakal membentuk negara
'trend' ini memang menakutkan
masakan tidak?
trend itu sifatnya diikuti (wal iya zubillah)
bila ia sudah menjadi budaya dan kebiasaan
bila ibu bapa turut memberi 'green light'- tidak melarang, tidak lagi mencegahnya
orang awam juga hanya tersenyum mengiyakan
mereka yang dulu tak nak pun boleh terjerumus
mereka yang dulu rasa geli pun boleh saja terjebak
kalau tak dikuatkan iman
kalau tak ditingkatkan ilmu dan kefahaman..
"Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada hamba-hambaMu yang lemah ini melawan hawa nafsu dan godaan syaitan. Tetapkanlah iman kami. Bimbingkanlah kami ke jalan yang diredhaiMu"
seriusly, tak bermaksud nak buat entry cinta ni
tapi tangan laju je taip,
otak laju je membuat ayat bab2 ni.he3..
sebenarnya nak share video (oleh Habib Ali Al-Jufri) yang dapat kat email tadi.
Wallahu'alam
Best regards,