Saturday, January 2, 2016
harapan
It's already entering 2016.. ohh time. I would say my 2015 was a year full of ups and downs, surprises, struggles and lessons.
Penutupnya yang buat aku kembali muhasabah dengan segala tindakan dan peristiwa hidup yang berlaku sepanjang tahun. Alhamdulillah syukur dengan segala aturan Allah. Kita belajar dari kesalahan diri dan manusia sekeliling. Dan bawa sebagai pelajaran hidup untuk mengemudi kehidupan yang masih berbaki.
Kadang-kadang pelik dan amaze juga pada makhluk yang namanya insan ini. (haa.. sebenarnya pelik pada diri sendiri!). Dia mampu tersenyum walau kadang penuh gejolak dijiwa. Adakalanya menangis. Bukan kerana lemah, tapi terasa diri disuntik semangat dan kekuatan baru. Dan kadang-kalanya hanya berdiam, bukan mengiyakan keadaan tapi merasa yang kata-kata itu sudah tidak membawa apa-apa makna. Kematangan dalam me-respond sesuatu keadaan barangkali. Huh. *positive dengan diri sendiri.
Tahun 2016 diharap menjadikan diri ini lebih baik dari sebelumnya, berjaya untuk mencapai segala cita-cita yang telah dipasakkan dan dilindungi Allah dari perkara yang sia-sia.
Ya, satu perkara yang aku lihat membawa manusia untuk masih bersabar diposisinya adalah harapan. Harapan kerana percaya Allah tidak akan mensia-siakan usaha dan doanya saban hari.
Thursday, August 27, 2015
Kosong
Bismillahirrahmanirrahim...
Hi semua! Assalamualaikum! Huhu.. rasa segan plak nak tulis kat blog ni lepas tahu ada orang yang tak diduga baca. Hah. Asalnya blog ni hanya kawan2 yang rapat je tahu. Tulis pun sekadar untuk share experiences and thoughts buat kawan2 yang merindui diri ini (haha) yang makin tua makin takde masa nak hangout sama2. Konon bz la sangat. Bahasa dan tulisan pun caca merba. I bet, kalau syara si grammar nazi ni baca mesti dia rimas. Haha.
Hmm.. rasa macam banyak benda berlaku 2,3 minggu ni yang nak direkodkan buat ingatan. Konon nak tulis dalam bas waktu tengah bermusafir dari kuantan ke jb ni. Tapi sejuk aircond bas buat satu badan jadi beku. Nak membaca tak sedap, nak taip tak sedap nak tidur pun tak sedap. Haisy bersyukur Atikah bersyukur.
Ada lagi 3 jam tempoh aku bermusafir sebelum sampai ke teratak bonda. Pachy dah wassap doa detail berjela2 untuk aku doakan sepanjang perjalanan. Haha. Insyaallah yakin doa mustajab salah satu ada saat bermusafir. Aku pun banyak doa nak minta kat Allah. Hmm.. kita ni banyak sangat nak minta kan tapi sikit sangat yg Allah suruh kita tak buat. Moga Allah ampunkan segala kelemahan dan kelalaian kita.
Perjalanan beribu batu yang mengharap tenang di qalbu dan cinta yang Satu. Moga diberi petunjuk. Arios. Kalau rajin aku sambung lagi nanti Insyaallah.
Thursday, August 13, 2015
lesson of life
#1
never be too closed with guys for any reason; study, working, programs etc. At one point, you might probably have some feeling on him or if not he might have feeling on you. If that's happened, you are really in trouble. Trouble in dealing with your heart. Trouble to be a normal you. Seek forgiveness with you Lord and get away from that situation quickly. It is not easy but you have to.
Friday, August 7, 2015
Bahagia dan syukur
Aku rasa laptop aku dah sampai masa untuk servis balik la. Ok. Intro yang random sangat ni.
Bismillahirrahmanirrahim..
2 pagi. Tersedar dari mimpi yang menggembirakan but yet menakutkan. Dan tersedar yang aku tidur awal sangat tadi. Exactly lepas isyak. Mungkin gara-gara perut yang tegang kekeyangan sebab melantak tak ingat akhirat tadi kat majlis potluck dan open house cts. Konon nak khatamkan satu buku cerita malam tadi. Astagfirullah..
Bangun2 terfikir pasal impian dan angan2. Banyak berangan kau lately ni eh atikah. Haisy. The ugly fact is that aku realise yang aku sendiri salah dalam memahami apa yang aku nak kadang2. I mean biasa apa yang kita nak tu jelas terbayang dalam minda separuh sedar kita kan. Tapi apa yang kita kurang sedar adalah ia sebenarnya datang dari dalam hati, raja segala akal dan anggota kita..
Teringat suatu ketika yang tidak berapa lama pernah aku ditanya oleh seorang sahabat ni, apa yang aku nak sangat sekarang dalam hidup. Entah kenapa dalam otak aku perkara pertama yang keluar adalah keluarga bahagia. Bahagia. Aku sendiri sebenarnya tak pasti definisi bahagia yang aku cari selama ni. Ni yang aku maksudkan tadi, kadang2 kita nak sesuatu benda tapi kita sendiri tak tahu apa yang kita nak tu. Jadi macam mana nak cari kalau tak tau? Gaya bahasa dah macam Muktazilah plak, semua nak kena rasional dan logik kau.
Tadi terbaca tulisan Ustaz Ebit Lew pasal bahagia yang datangnya dari hati yang syukur. Amboi bangun2 terus membaca! Eceh. Kesimpulan yang boleh aku dapat daripada tulisan tu adalah despite of all things happened, segala ujian yang kita hadapi dalam keluarga, bersama dengan kawan2 atau study kita (ni kehidupan dalam konteks aku lah) kita akan still rasa bahagia bila kita bersyukur atas segalanya.
Gali segala hikmah dan yakin Allah nak yang terbaik untuk kita atas segala ujian yang Dia beri. Konsep syukur yang membawa pada bahagia yang hakiki. Yakin bahawa Dia akan uji dengan apa yang kita lemah untuk kita jadi kuat. You are strong Atikah!
"Allahumma a'inni ala zikrika wasyukrika wahusni ibadatik"
(Ya Allah, tolonglah aku agar dapat berzikir kepada-Mu (mengingati Allah), bersyukur kepada-Mu, dan memperelokkan ibadah kepada-Mu.)
Tuesday, August 4, 2015
sparring partner
Seriusly sekarang takde mood nak study. Tengok notanya sikit je lepas tu ada je benda lain nak buat.. Teruknya rasa. Next week supervisor dah balik, siap dah ingatkan supaya availablekan diri dari 10hb-14hb. Cuak pun ada. Hmm.. kadang-kadang selalu terfikir aku ni belajar sebab apa eh. Sebab takut kena marah dengan dr? sebab nanti boleh tolong mak ayah bila kerja bagus-bagus sikit?
Entah.. betullah kata ustaz2 ni niat tu sentiasa kena perbaharui sebab iman kita tu selalu yazid wa yankus (menaik dan menurun). Niat yang baik awalnya boleh saja tersasar dengan pelbagai ujian yang datang.
***
"Pachy, dah lama tak dating sekali. kalau tc tu dekat je malam ni jugak aku ajak kau keluar"
![]() |
| at Syaza's wedding |
Insyaallah. Lets help each other to get this halawatul iman. may Allah bless..
Love u fillah!
Sunday, June 14, 2015
al-Insyirah
Kadang-kadang manusia terlupa akan penasihat dan peneman terbaiknya saat berada dalam kesukaran mahupun kesedihan..
Akulah tu..!
Pernah terdengar satu kata-kata hikmah ni.."Kalau mahu Allah bercakap dengan kita, bacalah al-quran. Kalau mahu bercakap dengan Allah, solatlah." Dan Dialah sebaik-baik peneman kita dikala senang ataupun duka.
Walaupun hati kadang terlalu sukar untuk hadir saat membaca al-quran mahupun solat, namun digagahi juga untuk melawan segala bisikan yang jelek kerana satu keyakinan yang masih berbaki di dalam hati bahawasanya Dia tidak akan pernah meninggalkan kita.
"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, disertai kemudahan."
(al-Insyirah:5-6)
Yakin dengan janji-janji Allah dan sentiasa bersangka-baik dengan-Nya kerana Dia adalah sebagaimana prasangka kita terhadapnya. Wallahua'lam.
Friday, May 29, 2015
Yang dekat dihati
Sunday, October 20, 2013
Kawal hati dan kawal mata
Bila kita mencari-cari, kadang-kala Allah beri kepada kita dengan cara yang kita tak sangka-sangka. Subhanallah.. Peringatan yang cukup 'menembak' jantung aku pagi ni. Terima kasih Allah!
Nasihat buat hati:
"Hendaklah anda mengawal hatimu supaya tidak memikirkan sesuatu yang tidak halal. Kemudian hendaklah mengawal matamu dari melihat hal-hal yang tiada diharuskan agama melihatnya." - [Al-Habib Abdullah Alawi Al-Haddad]
Hati umpama 'perdana menteri', manakala bahagian anggota lain umpama 'rakyat'.
serius, jihad yang paling sukar- melawan nafsu dalam diri, dalam jiwa.
Sunday, October 13, 2013
Menulis kembali
Write! Write! Write! Even though you are very bad in writing.hehe
Dulu. Salah satu tujuan untuk adakan blog sendiri pun sebab nak praktis menulis. Menulis untuk berkongsi. Biarlah pi ayat tak sesedap mana, grammar lintang-pukang. Menulis diblog boleh menjadi satu medan perkongisan. Berkongsi idea, pandangan, pengalaman dan segala yang bermanfaat.
"Sampaikanlah dariku walau satu ayat."
بَÙ„ِّغُوا عَÙ†ِّÙ‰ ÙˆَÙ„َÙˆْ آيَØ©ً
Tuesday, January 29, 2013
debar
Now I'm waiting for the result to be announced at 12 midnight ni insyaAllah. Matric and pin number dah siap tertaip, tinggal press enter je. Boleh guarantee the line will be busy after 12 sebab biasa dapat check result the day after. Debaran makin terasa. Moga apa yang diputuskan adalah terbaik untuk aku. Harap hati boleh redha dengan segala ketentuan-Nya..
Sem 1, Year 3. Memang macam-macam ada. Macam-macam berlaku yang semuanya menambah rencah sweet sour kehidupan aku sebagai pelajar. Moga sem depan diusahakan dengan lebih lebih baik lagi.
Monday, January 28, 2013
take one step at a time
Saat terasa banyak perkara yang kau perlu kejar gara-gara tertinggal akibat kejahilan pada masa lampau dan kelekaan kau pada hal dunia yang menyibukkan dan melalaikan, mungkin kau perlu bertenang seketika dan mengambil langkah satu-persatu untuk belajar, memahami dan melakukan perubahan. Mungkin juga langkah perlu dipercepat dan minda perlu sentiasa sedar dan beroperasi saat usia yang menginjak dewasa ini. Tapi jangan lupa untuk setiap perkara, niatkan lillahi taala untuk mencapai redha-Nya bukan untuk bertanding sesama manusia. Siapa yang paling hebat bicaranya, siapa yang paling banyak amalannya. Ingatlah, sia-sia perbuatan kau kalau tak dikira satu ibadah dan tidak membawa kepada kedekatan diri kepada Allah.. wal iya zubillah
Friday, November 16, 2012
niat menulis
langsung terbaca ini,
"Menulis. Bukan sekadar keghairahan. Bukan juga sekadar mengisi lapang.
Tapi ia alat untuk mencapai tujuan. ;D "-angelpakaigucci
Friday, August 12, 2011
lovely Friday
sungguhlah mood dan hati ni sekelip mata saja boleh berubah-ubah. kalau tak masakan tidak yang benci boleh jadi cinta, yang cinta boleh jadi benci, yang gembira boleh berubah sedih, yang sedih boleh jadi gembira, yang malas jadi bersemangat (dan etc) atas kehendak-Nya. subhanallah.. indahnya segala penciptaan ini!
raikan setiap rasa. walaupun pahit jadikan ia manis =)
agi idup agi ngelaban!
Best regards,
Monday, April 4, 2011
sinusoidal
ada sesetengah benda dalam dunia ni yang lebih senang kalau tidak diceritakan. bukan tak percaya dekat si pendengar atau takut disebarkan kepada seluruh rakyat jelata. cuma it's just too complicated. biarlah watak-watak dalam cerita sahaja yang memainkan peranan. juga the Director. kita tutup buku lama. dan sambung baca buku baru. agaga..
really need to keep my self motivated in this sinusoidial mood of exam!
linear algebra- 8/4/11
calculus II- 10/4/11
kos (islam and science)- 13/4/11
ALGEBRA- 16/4/11
Ya Allah. kuatkanlah hati ini. terangkanlah hati ini. permudahkanlah segala urusan hidupku dunia dan akhirat. amin..
such a morning glory..
Friday, March 11, 2011
Layan Gambar: Panorama Hill
| + - 976 rungs |
| on top, waiting for the sun to rise.. |
| gigantic gula-gula kapas.cool.. |
| sungai lembing dan kawasan pekan sekitarnya |
breakfast..
| mee jawa |
mandi pagi
aku lihat alam yang tenang, harap-harap dapat dicuri sedikit ketenangan itu.
mereka patuh pada tugas yang diamanahkan.
yang namanya matahari, hari2 keluar menerangi siang manusia
yang namanya air, mengalir tenang untuk diminum dan digunapakai manusia
batu, pokok, awan..
saban hari mereka bekerja tanpa jemu.
aku?
patut jadi lebih baik daripada mereka.
sebab aku, kita semua adalah sebaik-baik makhluk Allah.
yang penuh dengan tanggungjawab.
patutnya lagi kena bekerja keras, tak berputus asa, patuh pada suruhan dan laranganNya.
dah tau. tapi still ada rasa nak berfoya-foya lagi.
hampeh betul.
ingat talian hayat tu lama lagi?
makanya, teruslah berusaha!
don't give up!
Aja-aja fightee!!
Monday, November 29, 2010
hidupkan Baginda Nabi dihati kita semua..
banyak yang bermain dikepala tapi tak terluah satu pun melalui penulisan dan kata2..
hm..., tidak ada cinta kalau hanya sekadar melihathanya melihat tanpa berbuat apa-apa, cinta itu tidak menjadi, barangkali dilupakan.
menjadi bila dilayan.
ia akan mula berputik dan berkembang mekar dengan adanya kenal-mengenali, saling sayang-menyayangi
ditambah ummpphh dengan melakukan apa yang disukai si dia,kekal erat
ohh.. sungguh hinanya cinta sesama manusia
kenapa kita tak buat perkara yang sama kepada yang lebih berhak?
kenapa sukar untuk diaplikasikan dalam memupuk dan melebihkan cinta kita pada Allah, pada Rasulullah s.a.w, pada ibu bapa?
cinta tanpa batasancinta tanpa garis panduan syara'
berpegangan tangan, berjumpa melepaskan rindu,
message berbaur-baur manja,
sudah tidak segan silu men-declare diri 'sudah berpunya',
kes anak luar nikah, buang bayi yang satu masa dahulu sangat jijik didengar dah lali ditelinga
mesti yahudi laknatullah beraya sakan setiap hari, ketawa sampai kembung perut
kerana jarum halus hedonisme semakin berjaya dicucuk di kalangan kita, remaja-remaja
remaja yang bakal membentuk negara
'trend' ini memang menakutkan
masakan tidak?
trend itu sifatnya diikuti (wal iya zubillah)
bila ia sudah menjadi budaya dan kebiasaan
bila ibu bapa turut memberi 'green light'- tidak melarang, tidak lagi mencegahnya
orang awam juga hanya tersenyum mengiyakan
mereka yang dulu tak nak pun boleh terjerumus
mereka yang dulu rasa geli pun boleh saja terjebak
kalau tak dikuatkan iman
kalau tak ditingkatkan ilmu dan kefahaman..
"Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada hamba-hambaMu yang lemah ini melawan hawa nafsu dan godaan syaitan. Tetapkanlah iman kami. Bimbingkanlah kami ke jalan yang diredhaiMu"
seriusly, tak bermaksud nak buat entry cinta ni
tapi tangan laju je taip,
otak laju je membuat ayat bab2 ni.he3..
sebenarnya nak share video (oleh Habib Ali Al-Jufri) yang dapat kat email tadi.
Saturday, November 13, 2010
End of Sem 1
alhamdulillah..selamat sampai di rumah..
alhamdulillah..habis juga final exam..
alhamdulillah..sayonara untuk semester 1!!!
welcome to 1 month semester vacation ;)
Bila merenung balik apa yang dah dibuat semasa exam, saya tahu saya banyak main2 sem ini. walau rakan2 sekeliling anggap itu adalah satu kenyataan palsu, hakikatnya saya seorang saja yang tahu. Orang yang mahu Berjaya itu usahanya semakin hari semakin tinggi, bukannya makin pudar dan hambar.
Angan-angan Mat Jenin.. sering saja bercita-cita tinggi melangit. effortnya hanya sekulat kuman.
mahukan kereta besar, rumah besar, segala-galanya besar, tapi hanya duduk saja di rumah tanpa sebarang pekerjaan. Yakinkah boleh dapat semua tu?
Mahu jadi pelajar cemerlang, dean's list every sem tapi selalu saja kerja tak semenggah. Buat tak sehabis baik. Kadang-kadang effortnya tinggi, tapi lupa pada Tuhan yang memutuskan segala keputusan, sedikit sekali untuk berdoa. sedikit sekali untuk mengingatinya dikala lapang Jarang sekali menghadapNya tepat pada waktu.
benarlah kata seorang hebat,
"sekali kita bagi peluang untuk syaitan melekakan kita maka mudahlah bagi mereka untuk menjalankan tipu daya mereka kepada kita pada hari-hari berikutnya.."
Dan bila syaitan dah mula berkampung dalam diri kita, masa itulah sifat-sifat mazmumah mengatasi mahmudah. Hati sering saja berkecamuk, berserabut, rasa kosong tak tahu kenapa.Amal semakin berkurang, sifat malas menjadi-jadi. nafsu makan meninggi.ohh..
Penyesalan saja tanpa usaha yang padu untuk berubah amatlah sia-sia belaka..duhai hati..makin lalai dan malas engkau sekarang..
Berharap sangat dapat gunakan cuti sebulan ni sebaik yang mungkin.Bukan semua orang dapat cuti lama macam ni. Budak medicine yang belajar 5 tahun tu pun cuti end block diaorang seminggu je. Makanya, hargailah nikmat bercuti ini rakan-rakan.Selamat Bercuti, jaga diri baik-baik!











