Showing posts with label cinta dan angan-angan. Show all posts
Showing posts with label cinta dan angan-angan. Show all posts

Friday, May 29, 2015

Yang dekat dihati

Bismillahirrahmanirrahim..

Rindu itu walaupun menyesakkan dan memberatkan dada tapi ia tetap nikmat walaupun membuatkan si pemiliknya menangis dalam senyuman.
Rindu itu tanda cinta dan sayang.
Maka jika rindu, titipkan doa. Insyaallah yang dirindui juga akan merasanya.






Moga ini menjadi permulaan yang baik. Sentiasa berharap yang terbaik dari-Nya.

Hari Jadi Papa yang ke-59
23hb Mei 2015

p.s: fuhh dekat setahun dah tak update blog!

Friday, November 20, 2009

SYNDROME: aku nak kahwin!!


assalamualaikum and greetings to all..

before apa2 aku nak cakap dulu,
bukan aku nak kahwin ok.
scary aku rasa..
but to be frank..
my beloved friends keep talking about this 'marriage' thingy
haila~~
everywhere..& most of the time.
during lunch hour, at hostel, even in the class!
everybody has been infected by this so call
'miang2 keladi' syndrome


some are too materialistic:
"Aku kalau nak cari suami, yang penting kaya raya, hantaran RM5000000.."

"mak aku punya syarat, mesti kena yang anak datuk.."

some are funny and cool:
"kitakan dah belajar sampai math4.kalau dapat budak medic kan comel.aku ajar dia kira2, dia ajar aku bio.hahaha"

"aku nak kahwin umur 30."

"janganlah dapat yang kelantan, terengganu..tak paham aku nanti"

some are good too:
"kita nak yang doktor dan hafal quran"

"aku tak kesah asal dia boleh bimbing aku ke arah yang lebih baik ok da"

***

ok.that enough!
whatever your choice and dream..
bear in mind that
your personality reflects your partner
pray for the best.

"And among His Signs is this, that He created for you mate from among yourselves, that you may dwell tranquillity with them, and He has put love and mercy between your(hearts); verily in that are Signs for thos ewho reflect"

buat kawan2 aku yang masih couple tu
aku doakan korang cepat2 kahwin
senang nak pegang2,dating2,peluk2,berdua2..
tak ya da risau pasal halal haram (risau ke?)
no offence.



p/s: by the way, can a girl approaches boy if he is too slow??haha..sound gluttonous!





Tuesday, October 6, 2009

Cintaku..cinta monyet

“Malam esok kita keluar ya. Kita dinner dekat Danga Bay macam selalu. Tapi awak yang kena belanja saya sebab minggu lepas saya belanja…” lemah-gemalai suara Safura.

“Along, dah tengah malam ni. Asyik bergayut saja 24 jam. Ibu tak suka anak ibu berbual lama-lama dengan lelaki bukan muhrimnya. Kan berdosa tu.” Nasihat si ibu kepada anaknya.

“Ala bu..tu si Ahmad lah. Ibukan kenal orangnya. Kita orang memang baik sejak sekolah menengah dulu.” Jawab Safura.

“Lagipun dia tu kawan Along je lah, kami bukannya bercouple. Dia tak pernah declare apa-apa kat Along. Kami cuma baik saja. Itupun salah ke?”

Manusia, memang bijak membuat justifikasi. Pemikiran kreatif seorang manusia, bijak sekali mencari ruang-ruang di celah hukum untuk mengharuskan perlakuan mereka. Niat yang baik tak menghalalkan perkara yang haram.


‘KEBIJAKAN’ BANI ISRAEL DAN TANGKAPAN IKAN SABTU

Seperti gelagat Bani Israel yang diharamkan bekerja menangkap ikan pada hari Sabtu. Tujuannya ialah supaya hari itu didedikasikan sepenuhnya kepada ibadah khusus mereka kepada Allah.

Namun kaum yang bijak ini, pantas bermain helah. Kreativiti minda mereka digunakan untuk memasang perangkap dan jaring supaya ikan-ikan itu tersangkut dengan sendiri tanpa mereka sendiri melakukannya dengan tangan. Justeru bolehlah dihujahkan dengan bijak kepada Allah bahawa mereka tidak menangkap ikan, sebaliknya ikan itu yang tertangkap sendiri, dan halal benarlah perbuatan itu bagi mereka.

“Salah ikan, bukan salah kami!” barangkali begitulah helah mereka.

Mereka membelok hujah ke sana sini untuk menyedapkan hati sendiri. Apabila akal fikiran yang dikurniakan Allah digunakan untuk menipu Allah, turunlah darjat manusia kepada kerendahan yang hina. Akal dikurniakan Allah kepada manusia agar dengan akal itu manusia tunduk mentaati-Nya, bukan berputar belit mencipta alasan menipu Dia. Akal yang digunakan untuk menipu Tuhan, adalah sebuah kehinaan terhadap kejadian manusia.

“Asfala saafileen,” kata al-Quran.

Justeru mereka beralih kejadian, dihukum Allah menjadi makhluk yang lebih sepadan dengan kerendahan itu:

“Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina!” [al-Baqarah 2: 65]

Inilah TEORI EVOLUSI CINTA. Bermula dengan sebaik-baik kejadian, mereka bermain cinta murahan beralaskan akal dan hujah-hujahnya. Dengan cinta sehina itu, manusia beransur-ansur turun sifat kemanusiaannya. Hilang malu yang menjadi benteng iman. Akhirnya menjadi kera.

Kera itulah barangkali yang terkinjal-kinjal dilamun cinta monyet terkena sumpahan Allah ke atas kaum yang mensesiakan akal kurniaan Tuhan untuk menipu Tuhan.

Bagaimana hal ini boleh berlaku??

Inilah yang gagal difahami oleh kaum yang bijak pandai ini. Mereka berdolak dalih tentang alasan-alasan sosial serta masalah awam, serta tidak segan silu mencari pula hujah-hujah yang berkonotasi agama untuk menolak keperluan batas-batas pergaulan .

Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kita menjaga batas ini, adalah untuk mengawal sesuatu yang manusia lemah terhadapnya.

Iaitulah soal HATI!
Ya, siapakah yang lebih kenal akan soal hati selain Dia?
Dia yang menggelarkan hati kita sebagai QALB, iaitu sesuatu yang berbolak balik. Sesungguhnya dengan segala unsur bijak yang ada di minda, kita terlupa bahawa Allah mahu menyelamatkan kesucian HATI, yang tidak mampu ditanggung logik. Akal kita dengan ilmu di puncak menara gading mana sekali pun, tidaklah kuat untuk mengawal hati. Akal itu menteri, rajanya adalah hati. Sering sahaja raja yang berkuasa itu berpaling tadah dari akal kepada NAFSU.

Jangan nanti disumpah Allah cinta itu menjadi cinta kera, kaum yang dihina Allah kerana terlalu bijak cuba melicik Dia.

Kamu BIJAK SINI, tetapi Allah itu BIJAK SANA. Maha Bijaksana!