Tuesday, August 4, 2015

sparring partner

Bismillahirrahmanirrahim..

Seriusly sekarang takde mood nak study. Tengok notanya sikit je lepas tu ada je benda lain nak buat.. Teruknya rasa. Next week supervisor dah balik, siap dah ingatkan supaya availablekan diri dari 10hb-14hb. Cuak pun ada. Hmm.. kadang-kadang selalu terfikir aku ni belajar sebab apa eh. Sebab takut kena marah dengan dr? sebab nanti boleh tolong mak ayah bila kerja bagus-bagus sikit?

Entah.. betullah kata ustaz2 ni niat tu sentiasa kena perbaharui  sebab iman kita tu selalu yazid wa yankus (menaik dan menurun). Niat yang baik awalnya boleh saja tersasar dengan pelbagai ujian yang datang.

***

"Pachy, dah lama tak dating sekali. kalau tc tu dekat je malam ni jugak aku ajak kau keluar"

" Jomlah malam ni pukul 10 lepas aku tuisyen. Kita makan cornetto tepi pantai"

"Serius lah kau. Kalau penat takpe je"
" Seriuslah beb."

Terharu. *Wee



Pachy. Kawan sejak SAMURA. Dormmate. Dulu aku gaduh besar dengan budak ni sebab tak sekepala. Tak sangka jadi rapat plak sekarang. Kawan yang sudi dengar segala bebelan dan luahan aku sejak sambung master ni. Dah makin matang kut sekarang untuk terima segala kurang2 yang sikit2 tu. Alhamdulillah.. I guess dialah antara orang yang paling kenal aku luar dalam. Yang boleh gelak dengan sarcastic aku. Haha

"Weh macam mana ni. Kau tolonglah ingatkan aku time aku nak start cakap-cakap bunyi sarcastic macam ni. Susah seh nak kawal mesti terlepas"

"Nah buat macam mana. Dah darah daging kau. Aku pun dah biasa dengar. Gelak jelah"

Cis kurang ajar. dia ni pun dah pandai sarcastic macam aku.

"Weh serius lah. Aku nak cuba jaga cakap aku. Malas dah nak cakap kasar2, cari gaduh dengan orang, buat orang terasa. Aku kan nak try jadi lemah-lembut"

Haha. kena gelak lagi

"Kau asyik pandang masalah kau yang satu tu je. Padahal banyak lagi kebaikan yang ada kat diri kau yang kau tak nampak"

"ok. tu sangat motivates aku malam ni. thanks!"

Kawan yang rapat dengan kita tu boleh jadi ramai. Tapi yang betul2 boleh terima kita seadanya bukan semua. Lagi plak yang boleh rational dan tegur apa yang kita buat tanpa rasa kekok. Ni baru nama sahabat till jannah. terharu*

"Weh tudung color kuning2 yang instant tu cantek lah kau pakai"

"Mana plak kau nampak aku pakai. Setahu aku, aku takde bagi gambar kat sesiapa.. weh kau tengok blog aku eh?"

"haha. kantoi!"
haha. Padahal dalam hati, aku pun dah lama usha blog kau!

"Beb next week HOD aku buat jamuan raya"

"Dr Pah?"
"Giler kau ingat semua!"

" Aku kalau nak menyamar jadi kau bila2 pun boleh"

Tapi seriuslah siapa je orang2 yang ada kaitan dengan aku kat uia ni dia tak kenal. Silap2 nama anak Ahmad kalau aku penah cerita pun dia boleh ingat. Giler kuat ingatan budak ni. Nama ofis mate dia yang dah dua kali raya aku datang open house tu pun aku tak ingat lagi.

Haha.. Saja je buat post touchy2 time2 tengah sakit kepala sejuk2 ni. Nah aku belanja satu gambar taiko segala sarcastic (i mean yang pakai tudung hijau tu). Heheh.

at Syaza's wedding

Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
“Ada tiga perkara, barangsiapa yang tiga perkara itu ada di dalam diri seseorang, maka orang itu dapat merasakan manisnya keimanan iaitu: jikalau Allah dan RasulNya lebih dicintai olehnya daripada yang selain keduanya, jikalau seseorang itu mencintai orang lain dan tidak ada sebab kecintaannya itu melainkan kerana Allah, dan jikalau seseorang itu membenci untuk kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan oleh Allah dari kekafiran itu, sebagaimana bencinya kalau dilemparkan ke dalam api neraka.” (Muttafaq ‘alaih)

Insyaallah. Lets help each other to get this halawatul iman. may Allah bless..


Love u fillah!

No comments: