Friday, August 7, 2015

Bahagia dan syukur

Aku rasa laptop aku dah sampai masa untuk servis balik la. Ok. Intro yang random sangat ni.

Bismillahirrahmanirrahim..

2 pagi. Tersedar dari mimpi yang menggembirakan but yet menakutkan. Dan tersedar yang aku tidur awal sangat tadi. Exactly lepas isyak. Mungkin gara-gara perut yang tegang kekeyangan sebab melantak tak ingat akhirat tadi kat majlis potluck dan open house cts. Konon nak khatamkan satu buku cerita malam tadi. Astagfirullah..

Bangun2 terfikir pasal impian dan angan2. Banyak berangan kau lately ni eh atikah. Haisy. The ugly fact is that aku realise yang aku sendiri salah dalam memahami apa yang aku nak kadang2. I mean biasa apa yang kita nak tu jelas terbayang dalam minda separuh sedar kita kan. Tapi apa yang kita kurang sedar adalah ia sebenarnya datang dari dalam hati, raja segala akal dan anggota kita..

Teringat suatu ketika yang tidak berapa lama pernah aku ditanya oleh seorang sahabat ni, apa yang aku nak sangat sekarang dalam hidup. Entah kenapa dalam otak aku perkara pertama yang keluar adalah keluarga bahagia. Bahagia. Aku sendiri sebenarnya tak pasti definisi bahagia yang aku cari selama ni. Ni yang aku maksudkan tadi, kadang2 kita nak sesuatu benda tapi kita sendiri tak tahu apa yang kita nak tu. Jadi macam mana nak cari kalau tak tau? Gaya bahasa dah macam Muktazilah plak, semua nak kena rasional dan logik kau.

Tadi terbaca tulisan Ustaz Ebit Lew pasal bahagia yang datangnya dari hati yang syukur. Amboi bangun2 terus membaca! Eceh. Kesimpulan yang boleh aku dapat daripada tulisan tu adalah despite of all things happened, segala ujian yang kita hadapi dalam keluarga, bersama dengan kawan2 atau study kita (ni kehidupan dalam konteks aku lah) kita akan still rasa bahagia bila kita bersyukur atas segalanya.

Gali segala hikmah dan yakin Allah nak yang terbaik untuk kita atas segala ujian yang Dia beri. Konsep syukur yang membawa pada bahagia yang hakiki. Yakin bahawa Dia akan uji dengan apa yang kita lemah untuk kita jadi kuat. You are strong Atikah!

"Allahumma a'inni ala zikrika wasyukrika wahusni ibadatik"

(Ya Allah, tolonglah aku agar dapat berzikir kepada-Mu (mengingati Allah), bersyukur kepada-Mu, dan memperelokkan ibadah kepada-Mu.)

No comments: