Hi blog! Lama dah aku tak share something kat sini. Sekarang dah masuk 19 Syawal. Cepatnya masa berlalu! Puasa enam pun tak habis lagi ni. Haisy..
Semalam dengar dekat radio pasal beruzlah.. Kata ustaz, belajarlah untuk beruzlah dan latih diri kita untuk beruzlah. Kerana nanti apabila kita sudah tidak ada apa-apa, bila segala nikmat kita ditarik balik kita mampu untuk berhadapan dengan situasi tersebut. Dan apabila manusia sudah tidak menghiraukan kita dan melupakan kita, kita tidak akan berasa putus asa dan kecewa.. Insyaallah kita mampu menghadapi 'kehilangan' sebab kita sudah belajar untuk bersendirian. Sebab beruzlah menguatkan jiwa kita bila berhadapan dengan ujian.
Bila rasa nak asingkan diri seketika dari dunia dan seisinya, of course rasa macam nak lari je dari semua orang. Kadang-kadang tak perlu jauh pun, masjid kat dalam kampus je pun cukup. Asalkan dapat ketenangan tu. Tenang bila ingat balik pada Allah..
Menyambung kepada 'beruzlah' tadi, kata ustaz ada 3 perkara yang perlu ada saat beruzlah tak kiralah kat mana pun..
1. Mengingati Allah
Perbanyakkan mengucap lailahailallah sebab di dalamnya kata Said Hawa terhimpun semua 99 nama Allah.
2. Muhasabah ( yakni menghitung diri kita)
Qad aflaha man zakkaha (Asy-syams,9).. Sesungguhnya berjayalah sesiapa yang menyucikan jiwanya.
3. Rancang selayaknya diri kita sebagai khalifah
Apa yang kita nak buat? Rancang dunia kita, dan uruskannya. Ingat bahawa dunia ini bukan untuk kita runsing tapi untuk kita urus. Rancang, usaha dan hasilnya tawakal kepada Allah.
Wallahualam..sedikit yang aku dapat waktu nak drive ke cts semalam dalam radio ikim. Insyaallah mungkin boleh menambah-baik cara kita 'beruzlah' supaya tidak lagi kosong tak terisi.
Ni ada rakaman slot semalam yang aku terjumpa dalam blog ustaz. Alhamdulillah.. Selamat mengulang dengar!
Ustaz Amin
Pesona D' Zahra
IKIM.fm 10.30am
No comments:
Post a Comment