Tuesday, July 28, 2015

Hari Ini Dalam Sejarah

Ok hari ni kecoh pasal kes Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan rombakan kabinet. Taknak komen apa2 kat sini cuma saja nak post untuk catatan #harinidlmsejarah. Dan hari ni dekat cts sibuk bincang dan baca pasal isu kat Malaysia sekarang ni. Terkejutnya juga bila aku search dekat wiki tengah hari tadi pasal Muhyiddin ni dia dah update dah succeeded  by Zahid Hamidi on 29 July 2015. Cepat betul orang luar update. Nampak tak sekarang kita sentisa diperhati.

Ni video yang aku sedih tengok lepas tau Muhyiddin dilucutkan jawatan. Ucapan yang katanya kenapa Najib keluarkan dia dari kabinet. Kita boleh dengar live and think about this. Wallahualam:



Ok ni aku post pakai hp sambil tengah tunggu makanan dekat Casper ni. So tak taulah jadi ke tak videonya.

So this is the new cabinet. Laporan diambil dari Astro Awani.

***
LIPUTAN LANGSUNG

2:00 petang

Senarai penuh anggota jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan berkuatkuasa 29 Julai 2015:

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan : Datuk Seri Mohd Najib Razak
Timbalan Menteri dan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Liow Tiong Lai
Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Subramaniam
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Mah Siew Keong
                                                                      Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
                                                                      Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
                                                                      Datuk Azalina Othman
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Menteri Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Hussien
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin
Menteri Komunikasi dan Media: Mohd Salleh Keruak
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili
Menteri Pendidikan: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Menteri KPDNKK: Datuk Hamzah Zainuddin
Menteri Sumber Asli dan Sekitar: Datuk Dr Wan Junaidi
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Menteri Petanian dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Menteri Kewangan II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Anifah Aman
Menteri Di Pejabat Perdana Menteri: Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi: Datuk Wilfred Madius Tangau
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Fadillah Yusof
Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Richard Riot
Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Mansor
Menteri Pengajian Tinggi: Datuk Seri Idris Jusoh
  
Sekian. Semua orang tengah sibuk bercakap. Aku nak senyap dan memerhati dari jauh.. Kita merancang, Allah juga merancang dan Dia sebaik-baik perancang.

Tak sabar nak jumpa Zainudin dan Husna mlm ni kat masjid. Haha. Penghibur untuk malam2 aku beberapa hari yang berlalu di sini. Assalamualaikum.

Restoran Casper Tomyam.
1905

No comments: