Showing posts with label kerajaan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label kerajaan Malaysia. Show all posts

Tuesday, July 28, 2015

Hari Ini Dalam Sejarah

Ok hari ni kecoh pasal kes Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan rombakan kabinet. Taknak komen apa2 kat sini cuma saja nak post untuk catatan #harinidlmsejarah. Dan hari ni dekat cts sibuk bincang dan baca pasal isu kat Malaysia sekarang ni. Terkejutnya juga bila aku search dekat wiki tengah hari tadi pasal Muhyiddin ni dia dah update dah succeeded  by Zahid Hamidi on 29 July 2015. Cepat betul orang luar update. Nampak tak sekarang kita sentisa diperhati.

Ni video yang aku sedih tengok lepas tau Muhyiddin dilucutkan jawatan. Ucapan yang katanya kenapa Najib keluarkan dia dari kabinet. Kita boleh dengar live and think about this. Wallahualam:



Ok ni aku post pakai hp sambil tengah tunggu makanan dekat Casper ni. So tak taulah jadi ke tak videonya.

So this is the new cabinet. Laporan diambil dari Astro Awani.

***
LIPUTAN LANGSUNG

2:00 petang

Senarai penuh anggota jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan berkuatkuasa 29 Julai 2015:

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan : Datuk Seri Mohd Najib Razak
Timbalan Menteri dan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Liow Tiong Lai
Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Subramaniam
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Mah Siew Keong
                                                                      Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
                                                                      Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
                                                                      Datuk Azalina Othman
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Menteri Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Hussien
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin
Menteri Komunikasi dan Media: Mohd Salleh Keruak
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili
Menteri Pendidikan: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Menteri KPDNKK: Datuk Hamzah Zainuddin
Menteri Sumber Asli dan Sekitar: Datuk Dr Wan Junaidi
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Menteri Petanian dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Menteri Kewangan II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Anifah Aman
Menteri Di Pejabat Perdana Menteri: Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi: Datuk Wilfred Madius Tangau
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Fadillah Yusof
Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Richard Riot
Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Mansor
Menteri Pengajian Tinggi: Datuk Seri Idris Jusoh
  
Sekian. Semua orang tengah sibuk bercakap. Aku nak senyap dan memerhati dari jauh.. Kita merancang, Allah juga merancang dan Dia sebaik-baik perancang.

Tak sabar nak jumpa Zainudin dan Husna mlm ni kat masjid. Haha. Penghibur untuk malam2 aku beberapa hari yang berlalu di sini. Assalamualaikum.

Restoran Casper Tomyam.
1905

Friday, June 4, 2010

Kenapa perlu berjudi?

Bismillahirrahmanirrahim..

KUALA LUMPUR, 4 Jun: Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) menyeru seluruh rakyat turun ke pelancaran Kempen Memansuhkan Judi esok, 5 Jun sebagai sokongan kepada bantahan terhadap tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 bermula bulan ini.

Setiausaha GMJ, Suhaizan Kaiat (gambar) memberitahu, pimpinan Pakatan Rakyat, badan bukan kerajaan (NGO) dan ulama akan berhimpun di hadapan kompleks membeli belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibu negara jam 2 petang esok.

Menurutnya, GMJ yang baru ditubuhkan 1 Jun Lalu mengadakan kempen berkenaan bertujuan mendesak kerajaan menarik balik lesen judi yang telah diluluskan.

Selepas pelancaran kempen ini, GMJ akan memulakan kempen mereka dimulakan dengan penyerahan memorandum kepada ahli-ahli Parlimen pada Isnin, 7 Jun ini sempena persidangan Dewan Rakyat.
Pada 23 Jun pula, GMJ akan menyerahkan memorandum sama kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Manakala road show ke serata negeri berjalan sepanjang masa dan akan bermula 15 Jun ini sehingga hari kemuncak bantahan 3 Julai ini.

Ianya bermula di Wilayah Persekutuan, Selangor (18 Jun), Terengganu (19 Jun), Kedah dan Pulau Pinang (22 Jun), Perak (23 Jun), Perlis (26 Jun), Johor (27 Jun), Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan (29 Jun).

"Kemuncak kepada kempen ini adalah Himpunan 100 Ribu Rakyat Malaysia Membantah Judi Sukan pada Sabtu 3  Julai depan jam 2 petang di Kuala Lumpur untuk menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Justeru, Suhaizan sekali lagi menyeru seluruh rakyat yang prihatin dalam isu ini akan bersama-sama memberikan sokongan terhadap kempen tersebut.

Ini kerana, ujarnya kelulusan lesen judi akan mendatangkan impak negatif kepada rakyat, bukan mendatangkan kebaikan kepada negara seperti yang dicangankan kerajaan.
Kesannya termasuklah keruntuhkan mutu sukan negara, mendorong rakyat bergantung kepada nasib, menurunkan produktiviti negara, meruntuhkan institusi keluarga, meningkatkan gejala sosial, meningkatkan kadar jenayah, meningkatkan beban hutang rakyat, meruntuhkan ekonomi negara dan menyalahi dasar-dasar semua agama.


ohh..negaraku yang tercinta
memilih cara mudah lagi haram daripada memikirkan cara mempertingkatkan produktiviti masyarakat
inikah prinsip human capital yang disarankan?

Best regards,