Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Tuesday, August 4, 2015

sparring partner

Bismillahirrahmanirrahim..

Seriusly sekarang takde mood nak study. Tengok notanya sikit je lepas tu ada je benda lain nak buat.. Teruknya rasa. Next week supervisor dah balik, siap dah ingatkan supaya availablekan diri dari 10hb-14hb. Cuak pun ada. Hmm.. kadang-kadang selalu terfikir aku ni belajar sebab apa eh. Sebab takut kena marah dengan dr? sebab nanti boleh tolong mak ayah bila kerja bagus-bagus sikit?

Entah.. betullah kata ustaz2 ni niat tu sentiasa kena perbaharui  sebab iman kita tu selalu yazid wa yankus (menaik dan menurun). Niat yang baik awalnya boleh saja tersasar dengan pelbagai ujian yang datang.

***

"Pachy, dah lama tak dating sekali. kalau tc tu dekat je malam ni jugak aku ajak kau keluar"

" Jomlah malam ni pukul 10 lepas aku tuisyen. Kita makan cornetto tepi pantai"

"Serius lah kau. Kalau penat takpe je"
" Seriuslah beb."

Terharu. *Wee



Pachy. Kawan sejak SAMURA. Dormmate. Dulu aku gaduh besar dengan budak ni sebab tak sekepala. Tak sangka jadi rapat plak sekarang. Kawan yang sudi dengar segala bebelan dan luahan aku sejak sambung master ni. Dah makin matang kut sekarang untuk terima segala kurang2 yang sikit2 tu. Alhamdulillah.. I guess dialah antara orang yang paling kenal aku luar dalam. Yang boleh gelak dengan sarcastic aku. Haha

"Weh macam mana ni. Kau tolonglah ingatkan aku time aku nak start cakap-cakap bunyi sarcastic macam ni. Susah seh nak kawal mesti terlepas"

"Nah buat macam mana. Dah darah daging kau. Aku pun dah biasa dengar. Gelak jelah"

Cis kurang ajar. dia ni pun dah pandai sarcastic macam aku.

"Weh serius lah. Aku nak cuba jaga cakap aku. Malas dah nak cakap kasar2, cari gaduh dengan orang, buat orang terasa. Aku kan nak try jadi lemah-lembut"

Haha. kena gelak lagi

"Kau asyik pandang masalah kau yang satu tu je. Padahal banyak lagi kebaikan yang ada kat diri kau yang kau tak nampak"

"ok. tu sangat motivates aku malam ni. thanks!"

Kawan yang rapat dengan kita tu boleh jadi ramai. Tapi yang betul2 boleh terima kita seadanya bukan semua. Lagi plak yang boleh rational dan tegur apa yang kita buat tanpa rasa kekok. Ni baru nama sahabat till jannah. terharu*

"Weh tudung color kuning2 yang instant tu cantek lah kau pakai"

"Mana plak kau nampak aku pakai. Setahu aku, aku takde bagi gambar kat sesiapa.. weh kau tengok blog aku eh?"

"haha. kantoi!"
haha. Padahal dalam hati, aku pun dah lama usha blog kau!

"Beb next week HOD aku buat jamuan raya"

"Dr Pah?"
"Giler kau ingat semua!"

" Aku kalau nak menyamar jadi kau bila2 pun boleh"

Tapi seriuslah siapa je orang2 yang ada kaitan dengan aku kat uia ni dia tak kenal. Silap2 nama anak Ahmad kalau aku penah cerita pun dia boleh ingat. Giler kuat ingatan budak ni. Nama ofis mate dia yang dah dua kali raya aku datang open house tu pun aku tak ingat lagi.

Haha.. Saja je buat post touchy2 time2 tengah sakit kepala sejuk2 ni. Nah aku belanja satu gambar taiko segala sarcastic (i mean yang pakai tudung hijau tu). Heheh.

at Syaza's wedding

Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
“Ada tiga perkara, barangsiapa yang tiga perkara itu ada di dalam diri seseorang, maka orang itu dapat merasakan manisnya keimanan iaitu: jikalau Allah dan RasulNya lebih dicintai olehnya daripada yang selain keduanya, jikalau seseorang itu mencintai orang lain dan tidak ada sebab kecintaannya itu melainkan kerana Allah, dan jikalau seseorang itu membenci untuk kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan oleh Allah dari kekafiran itu, sebagaimana bencinya kalau dilemparkan ke dalam api neraka.” (Muttafaq ‘alaih)

Insyaallah. Lets help each other to get this halawatul iman. may Allah bless..


Love u fillah!

Sunday, December 15, 2013

Final Year Farewell Grand Dinner CTS 101

Bismillahirrahmanirrahim..

Kalau nak dibandingkan dengan wang ringgit memang tak ada tolok tandingannya dengan nilai sebuah persahabatan dan ukhwah yang terjalin. Nilainya jauh lebih berharga dan bermakna. Alhamdulillah. segala puji bagi Allah atas kurniaan sahabat-sahabat yang sangat2 baik di Garden of Knowledge ini. Saat berasa berjauhan dengan keluarga yang nun jauh di Johor, saat terasa penat dan letih ketika belajar mahupun dalam percubaan memaknai kehidupan sebagai mahasiswa dan anak muda, saat kekeliruan dan kecamuk dalam jiwa muda melanda, saat terasa jiwa makin kosong dan jauh dari Ilahi mereka datang memberi sokongan dan nasihat secara mereka sedar ataupun tidak. Syukur kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan...



Semalam, berlangsunganya Farewell Dinner terakhir batch sebelum semua melangkah ke alam pasca graduasi tahun hadapan Insyaallah..Dinner yang sangat alive dan happening aku kira. Dengan tema melayu klasik dan diserikan dengan lagu2 background era 60-an dan persembahan drama budak2  One-year program sisters yang memainkan kembali babak2 cerita P. Ramlee (tambah dengan director tak resmi di ruang penonton; Ali) memang sangat lawak dan menjadi la! Selain tu ada juga tayangan video yang mengimbas semula kenangan sewaktu di cfs hingga sekarang (sangat touchy), persembahan dari geng kakak2 diiring dengan guitar keim dan chalat, award dan cabutan bertuah (as expected, always get the lucky number.haha).. menambah lagi koleksi memori kami bersama dibumi bertuah kuantan ini..




Bahagian paling menarik malam tu adalah semua dapat bawa pulang magic box (yang aku namakan sendiri). Dalamnya adalah dedicated wish daripada semua sahabat2 dalam batch.. bila bukak dan baca pagi tadi, tergelak dan tersentuh seorang diri dengan ucapan-ucapan di dalamnya.

ada nasihat, teguran,dan doa yang aku ambil sebagai satu yang positif utk perbaiki diri yang lemah ini... these are some of them..



"si baby tido awal, dia juga baby paling busy.hehe.."
"akak nampak sgt busy..jaga solat,penampilan, tutur kata, etc..akak juga comel bila gelak (-___-')....moga dapat lelaki soleh" =p
"..akak ni memang bagus, rajin buat kerja.." -___-'
"Tikah yang dikenali seorang yang tegas dan tetap pendirian orangnyer.love it!"
"..sangat rajin, bertanggungjawab,cekap, mudah didekati, Islamic..."
"..jangan segan2 bila ada org nak tolong. may you have a bright future" 
"sentiasa melahirkan idea yg kreatif" (-___-?)
"..rajin..bagus..sentiasa positif.."
"budak yg sangat rajin. keep it up. kahwin nanti jgn lupa ajak"
"rajin sangat sampai takut nak tegur" (alamak!)
"komited dalam sesuatu kerja"
"baik tapi cerewet sket.hahaha.."
"berkaki lebar(..berkaliber). bole jd PM st hr nanti. bagi sensitif skt ye dengan org lain.hehe. teruskan impian & hajat anda semoga tercapai"
"teruskan kredibiliti anda and wish you all the best for your life"
"The first time I saw u I thought you a really serious person. but after knowing you, you are really a funny person."
"dah berpunye blom??" muahahahah

and these are some love letters dari sahabat2 yang kenal sejak dari cfs,pj









Thanks for the wishes, thanks for the praise.. haza min fadhli rabbi..alhamdulillah..All praises be to Allah.. Dialah yang menutup segala keaiban dan menampakan segala kebaikan. Astaghfirullahalazim..Astaghfirullahalzim..Astaghfirullahazim.. betapa banyak dosa kita kat Allah dan makhluk2nya yang lain, betapa banyak kelalaian dan kejahilan yang kita lakukan tapi Dia masih lagi pelihara aib kita daripada terlihat oleh orang ramai. Moga Allah ampunkan dosa2 kita dan memberi kekuatan untuk memperbaiki diri ini.. Pujian daripada manusia harapnya bukan buat diri ini menjadi lebih ujub, riak dan takabur (wal iya zubillah), pujian yang sememangnya tidak layak untuk aku ini harapnya sebagai motivasi untuk aku berusaha ke arah yang baik itu..dan kritikan yang membina akan aku cuba InsyaAllah untuk perbaiki..percaya untuk meminta tolong pada manusia lain, sensitif kepada orang lain, tidak terlalu serius dan cerewet dll akan kucuba..huhu

Ala kulli hal, segala yang berlaku dalam hidup ini semuanya ada hikmahnya..6 tahun berada di uia (dari cfs hinggalah uia kuantan) walaupun ambil masa yang lama untuk degree tapi terlalu banyak benda yang aku belajar kat sini. terlalu banyak perubahan dalam hidup yang berlaku, nilai ukwah dan persahabatan kerana Allah, penerapan ilmu dan nilai-nilai Islam..sangatlah berada dalam comfort zone. semoga segala ilmu dan pengalaman di sini dapat digunapakai bila berhadapan dengan masyarakat dan orang luar..apalah gunanya ilmu kalau bukan kepada masyarakat kan..

Terima kasih Allah kerana menggerakkan hati aku untuk menghadiri majlis ini yang awalnya aku sangatlah berbelah bahagi nak pergi...apalah sangat nilai RM42 dengan nilai sebuah persahabatan dan  majlis yang dapat mengikat dan melahirkan silaturahim sesama kita. Aku yakin dengan janjiMu.

next event: Jamuan terakhir untuk former line up SCIENCESS 2012/2013 dan grand solat hajat.

Tuesday, July 3, 2012

Walimatul Urus & Musafir ke Ipoh

Bismillahirrahmanirrahim..


Akhirnya, selamat juga Kak Syu & Ahmad diijabkabulkan. Setelah 3 kali akad nikah, akhirnya kak syu sah menjadi isteri Ahmad pada malam 29 Jun 2012. Alhamdulillah.. (se-cool2 muka Ahmad malam tu, 3 kali jugak lafaz.hehe..) Ahmad (21 going on 22) dan kak syu 23 (kak syu ni ex-DQ sbb tu tua setahun) sangat comel dan tersenyum lebar saat disakat kami sekelas.




Untungnya mereka kahwin muda ni, bukan setakat dpt elakkan maksiat malah majlis pun sangat meriah dihadiri rakan2 sekelas yg masih rapat. Malam nikah tu, lebih separuh isi rumah tu dipenuhi kami sekelas! Tambah lagi mostly kami ni musafir ke Ipoh, lepas je jamak maghrib dan isyak semua pakat datang awal2 cari tempat duduk strategik sebelum majlis start pada pukul 9.30 malam.haha..

Majlis yang simple tapi sangat meriah bagi aku. First time pergi majlis kahwin yg takde pelamin dan tepung tawar. I tell you, takde lah pelik mana pun. Kalau kat Johor ni, takde pelamin yg pelik semacam. Kata vt, kalau kat tempat dia (Kelantan) memang takde pelamin pun, siapa yang adakan pelamin tu yg nampak pelik. Agaknya memang dah culture bahagian utara n pantai timur Malaysia mcm tu. Membuang adat2 lama yg lebih kepada adat agama lain dan mengikut acuan Islam. Alhamdulillah, lebih jimat dan diberkati.. Lepas ni kalau aku kahwin pun InsyaAllah aku nak break the legacy yg tak sepatutnya ni.



fokus gambar: muka kawan2 yg terlebih excited drp pengantin :p

Terasa macam kejap sangat je musafir ke Ipoh.. Khamis malam pukul 10.30 bergerak dgn Fadz, Shaz dan Fa dari Terminal Larkin naik bas starmart (seat dia boleh urut!) sampai tepi jalan Medan Gopeng pukul 5.30 pagi Jumaat. Malam esoknya lepas walimatul urus, terus balik. Alhamdulillah, sempat juga jalan2 di Gunung Lang. Mulanya tak dpt naik bot sebab sampai dah lewat (kaunter tiket dia dah tutup pukul 6 ptg). Tapi lepas Falaha deal dgn person incharge hari tu, dapatlah kami pusing2 sekitar tasik dengan bot secara percuma. terima kasih enche albin (anak lelaki bin katanya)!




Org kata, pemilik camera selalu muka dia takde dlm gmbr. tapi hakikatnya,itu tak terjadi pada aku. hehe.. 



Lewat senja, setelah berpuas mengambil gambar & jalan2 sekitar taman rekreasi, kami menuju ke JJ, Ipoh utk solat & makan..



Terima kasih tak terhingga terutamanya buat kak Syeera dan family yg sudi menumpangkan kami semua (yg lebih 10 org) bermalam di rumah akak. Halalkan segala makan minum dan sebagainya. Terima kasih juga pada fuzi yg sudi menumpangkan saya di rumah kamu seketika. Layanan anda semua amat dihargai. Terima kasih juga kepada semua rakan2 lain yg menceriakan hari sy di Perak. Arigatou Gozaimashita!

sempat jugak reunion dgn bdk2 regist taaruf week kt pj dulu 


Kata seorg sahabat di fb, "Hakikatnya perasaan CINTA itu adalah satu fitrah dan anugerah.Namun,berhati-hatilah agar ianya tidak menjadi fitnah". Barangkali mutiara kata ini amat sesuai utk kita muda-mudi terutamanya yg telah ketemu jodoh. kalau dah mampu, cepat2 fikirkan cara utk kahwin dan elakkan fitnah. Yang belum berpunya,
"Tak usah sibuk memikirkan & mengharapkan cinta manusia untukmu Sibuklah memikirkan &merindukan cinta Rabbmu yg Maha Baik"
Wallahua'lam

p.s: salah satu yg aku respect kt kak syu & ahmad ni, mereka ni gunakan duit hasil simpanan mereka sendiri utk urusan perkahwinan ni (walimah, pakaian, kad dll). tak mengharapkan duit mak bapak pun. bagi aku tu tanda mereka dah bersedia utk tanggungjawab yg lebih besar.tahniah! :)


Monday, October 24, 2011

telepati

Bismillahirrahmanirrahim..

teringatkan kawan2 lama. seorang datang menerjah bertanya khabar. ohh bagai ada telepati antara kami bak kata dr mohyani.

dalam bas 'Mesra Selalu' di awal pagi subuh- with hazirah & ama


moga persahabatan ini kekal hingga ke syurga.. dengan kamu kamu semua yang membaca juga.



walau jauh tapi tetap dihati.


Sunday, June 19, 2011

confess

Bismillahirrahmanirrahim..

1. alhamdulillah selesai mid sem exam! hoorey!

siapa sangka, exam duduk sebelah sebelah? hahah.. gara gara buat hari ahad. bro yang pegang kunci exam hall tu cuti. pintu tak boleh bukak. terpaksalah buat dalam kelas je.

2. lagi seminggu final exam pulak :(

pelik betul short sem. memang short betul. mid sem exam pun baru habis dah nak prepare untuk final pulak!

3. hari tu ada sister tanya : "batch korg ada adik- beradik ke?" :-/

tak faham

4. then, semalam ada lagi sister tanya: "batch korg dah ada yg kawen ke?" :-s

ok. baru faham. concern betul sister sister ni. anda batch cts 101 mungkin lagi faham. bukanlah saya untuk kecoh pasal benda ni. tapi benda dah depan mata. orang pun dah mula cakap cakap (sebenarnya dari awal sem 1 lagi). saya bukanlah orang yang selayaknya untuk memberi nasihat atau melarang kerana saya tahu kamu kamu semua lebih faham dan arif perihal hal hal berkaitan agama ni dari saya. tapi kita sebagai satu family. mungkin ada yang terlupa. tugas kita untuk saling mengingati. mungkin dah ada yang menegur. mungkin. atau semua macam saya? (ambil langkah iman yang paling rendah- mencegah dalam hati?).

nasib baik ada blog. sambil tulis ni saya nak mengingatkan diri saya juga. mungkin lepas ni kalau saya pula ada buat salah ke, kamu kamu semua boleh menegur saya. saya amat menerima dengan hati yang terbuka. (insyaAllah).

harapan saya tidaklah besar, cuma berharap kita dapat lebih berjaga dan saling jaga menjaga. bersesuaian dengan slogan 72 mathematicians; 52 gorgeous young women guarded by 20 awesome matured men . lelaki yang mature lagi gentleman bagi saya cukup dengan melindungi kami kaum hawa dari fitnah dan bahaya. ok fine. saya salahkan lelaki. haha.. wanita tu kan ada 9 nafsu 1 akal. lelaki lah yang perlu guide kalau perempuan tu tak dapat nak guna 1 akal dia. dan sebab bak kata dr razak, laki takkan kawin dua kalau dia sendiri yang tak nak. nabi Yusuf takkan terpujuk dengan Zulaika kalau dia sendiri tak dapat kawal nafsu dia. betul tak? so, tanggungjawab lelaki memang besarlah untuk protect wanita kan. dan amat baiklah di kalangan kita apabila diuji dengan ujian sebegini, kita dapat mengawal nafsu kita dan meneruskan kehidupan dunia di jalan yang lebih diredhaiNya.

saya tak pandai nak tapis tapis ayat. memang jenis direct dan terus terang. jadi maaf banyak-banyak kalau terasa.

5) 2 hari lepas present pasal topic islamic insurance. entah kenapa menggeletar habis.

ini masalah yang saya kenal pasti sejak mula masuk sini. entah kenapa darah gemuruh menjadi-jadi. kat cfs dulu biasa je. peristiwa yang paling obvious mendebarkan hati saya ialah masa kelas tajwid dengan ustaz kamaruzzaman masa first sem dulu. dasyatnya sampai ustaz suruh saya tenang dan minum air dulu sebelum start baca alquran.huhu.. then ada lagi satu time ketua batch lama (yang suka main point point nama orang) suruh saya bagi tazkirah/ speech apa apa kat depan kelas on the spot. masa tu memang melalut la cakap kat depan. dan memang rasa macam nak belasah je orang yang pointkan nama tu. macam mana nak kurangkan penyakit ni?


6. 2 hari yang lepas juga dalam kelas yang sama leanna buatkan fb  :|

saya terima untuk buat fb ni pun sebab nak contact kawan kawan lama (especially budak budak pufo). tiba tiba rasa macam lost contact betul sebab tak de fb. semua orang macam memang dah betul2 depend on fb ni sampai nak contact guna phone/ym pun macam susah.. tapi yang geramnya, tak sampai 24 hrs berita saya dah buat fb meluas tersebar dalam kalangan budak budak kelas. ingat guna nama lain boleh main nyorok nyorok. isy.

7. saya rasa macam ada orang cuba lari dari saya :((

minta maaf banyak banyak kalau ada buat salah.ohh.. mungkin kita dah lama tak hangup sama sama. borak sama sama. saya faham. kita perempuan ni memang hati halus. cepat terasa. tapi saya harap kamu tak ingat yang saya dah lupakan kamu. harap kamu faham. saya tak bemaksud nak menyinggungkan hati siapa siapa. cukup lah selama ni dah banyak hati yang tersinggung dengan sikap annoying saya. maaf!



setakat ini saja. peace!



Best regards,

Monday, March 28, 2011

to Suriyana

Bismillahirrahmanirrahim..

" Dunia ini hanya 3 sahaja: kelmarin yang telah lampau berlalu dan tidak ada apa2 lagi dan esok yang sedang kau hadapi, yang menjadi tanda tanya apakah kau boleh sampai padanya dan hari ini yang kau berada di dalamnya, ambillah kesempatan sebaik-baiknya bagi kamu"- Imam Al Ghazali-

Happy Birthday!!!

- semoga panjang umur
-dimurahkan rezeki
-diberkati hidup dunia dan akhirat
-jaga diri baik2!
- & all the best untuk exam!



kembar sekolah menengah

p/s: puas dapat cakap dgn kau hari ni. lebih 40 minit kut! aku tunggu kau turun kuantan lagi sekali  >,<

Best regards,




Friday, March 11, 2011

layan gambar: Air Terjun Sungai Pandan

Bismillahirrahmanirrahim..

4 Mac 2011
" Rehlah bersama sahabat tercinta!"



begitu keanak-anakkan di situ








p/s: sedap betul layan nasi beriani mamak waktu lunch. tapi bila teringatkan cerita sir kama masa kelas chem kat cfs dulu, jadi hilang semua selera makan. tambah2 tengok kondisi dapur dan  tempat makan tu. huhu..no offence guys. aku memang cerewet sikit bab makan2 ni. nasib baik aku boleh terima nasi beriani dekat johor je.he..

Best regards,

Layan Gambar: Panorama Hill

Bismillahirrahmanirrahim..

27 February 2011
" Exercise Panjat Tangga"



+ - 976 rungs






on top, waiting for the sun to rise..

  



sunrise.. 















gigantic gula-gula kapas.cool..

sungai lembing dan kawasan pekan sekitarnya


breakfast..
mee jawa

mandi pagi




aku lihat alam yang tenang, harap-harap dapat dicuri sedikit ketenangan itu.
mereka patuh pada tugas yang diamanahkan.
yang namanya matahari, hari2 keluar menerangi siang manusia
yang namanya air, mengalir tenang untuk diminum dan digunapakai manusia
batu, pokok, awan..
saban hari mereka bekerja tanpa jemu.
aku?
patut jadi lebih baik daripada mereka.
sebab aku, kita semua adalah sebaik-baik makhluk Allah.
yang penuh dengan tanggungjawab.
patutnya lagi kena bekerja keras, tak berputus asa, patuh pada suruhan dan laranganNya.
dah tau. tapi still ada rasa nak berfoya-foya lagi.
hampeh betul.
ingat talian hayat tu lama lagi?
makanya, teruslah berusaha!
don't give up!
Aja-aja fightee!!



Best regards,

 

Monday, January 17, 2011

Consumer

Bismillahirrahmanirrahim..

4 roommates debate besar tadi gara2 produk makanan yang ada kat Malaysia ni..mula2 sebab nak mengadu sakit2 badan je lepas tu meleret2 cerita. perempuan2...

c R: aku asik sakit2 badan je beberapa hari ni. nama je hari2 minum susu X.

c A: kau better bawa susu tu gi lab la. apa gunanya lab tu. buatlah experiment ke apa ke

c R: kau ingat lab bio tu lengkap ke barang2 dia. 3 gorup pun kena share 1 apparatus tau tak. apa dia ni, dah la...bla..bla..bla.. (merungut dan mengomplen)

c A: korang penah dengar tak kes yang u mana nak buat kajian pasal air R yang kononnya penuh dengan vitamin c  tapi rupanya menipu je

c M: biasalah tu orang nak berniaga. promosi je lebih.

c R: propaganda je banyak. habis tu siapa yang salah sekarang pengguna ke penjual??

c M: of cos lah pengguna. siapa suruh dia tak check dulu sebelum beli. main ikut je iklan.

c R:apasal plak. mostly pengguna bukannya didedahkan dengan maklumat2 tu. orang kampung tu sume.dia tengok ok beli je a..

c M: siapa suruh tak check dulu..

c R: tak boleh salahkan gak dorang tu semua. kalau penjual tu tak jual benda2 ni, takde punya orang guna..

c M:padan muka. penjual tu nak cari untung. dia rasa dia dapat bertahan dengan promosi tanpa kualiti tu dia teruskan je lah.. duit tu yang penting..

c A: kenapalah ada orang sanggup tipu-menipu dalam berniaga ni. dorang tak rasa bersalah ke ..yada..yada..

c T: aku rasa benda ni semua sebab satu masalah je.

c A: apa dia??

c T: org sekarang ni dah tak nampak mana satu dosa mana satu pahala. main larung je semua. kalau orang tu nampak dosa tu banyak mana, pahala tu banyak mana mesti dorang dah tak nak create lagi masalah2 ni.

wah, hebat la c T. bangga fasi study circle kau.hehhe.. point yang sikit tapi meaningful sebab dia bg ingatan kat c A, c M dan c R.dosa dan pahala memang satu benda yang tak nampak.kita tahu benda tu ada. tapi kita buat tak kesah je kadang2. sebab mungkin kita tak faham sebenarnya apa 2 benda tu. atau mungkin sebab kita tak boleh rasa benda tu ada?atau kita tak tahu apa matlamat sebenar kita kat sini.

bak kata dr ibrahim shogar ( ohh esok ada quiz!) kita jarang fikirkan jawapan untuk 3 absolute questions dalam hidup ni; the origin of universe and life, the purpose of life and our finale destination. pernah ke kita persoalkan??

nak kumpul dosa banyak2 ke nak kumpul pahala banyak2?

Best regards,

Friday, December 31, 2010

Nafas baru

 Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah..sampai juga saya akhirnya di Teluk Chempedak. Jalan2 dengan orang Jepun! Gambar blurrr di atas itu ialah Syara dengan tomodachi nya (che cha dan Qatrunnada) dan TA (teaching assistant) dari Jepun. Akane Sakai, Manami Moku dan (lupa pulak nama laki jepun ni.hehe..) Mereka ni tengah travel seluruh Malaysia nak rasa tradisional food setiap negeri. Sayangnya, kuantan ni tak ada makanan tradisional yang sedap2 selain yang saya tahu ikan patin.

Perasaan?
Memang best dapat kenal mereka. Mereka ni memang sangat polite. Masa dalam kereta tu sis manami tu punya beg besar sangat tapi dia pegang je sampailah saya suruh dia letak dekat sit yang kosong (kalau tak cakap agaknya sampai ke malam dia letak atas riba dia). Masa nak solat pun diorang hormat. Cara diorang cakap pun sangatlah tertib. Patutlah, ada kawan saya teringin sangat nak kahwin dengan laki jepun ni. Cara diorang yang lemah-lembut tu serius terpikat. No wonder zaman dolu2 ramai orang Arab Jahiliyyah masuk Islam sebab sifat Rasulullah saw sendiri yang terpikat. lemah-lembut dan begitu beradab. hmm.. refreshment pertama dapat dari orang Jepun.

Bila ingat balik Syara gathering dengan kawan2 lama dia teringat pulak dekat kawan2 lama saya..


apa khabar la korang agaknya?
Sihat tak?
Macam mana life sekarang?



4 Pintar

ajar aku berdisiplin

CB 3

peng yo




5 Cerdik



aku kat uia, kuantan ni.
tengah membungkus badan dengan berhelai2 baju sebab sekarang ni musim hujan.
korang musim apa sekarang?
winter? summer? ke kemarau?
aku still sihat macam dulu. macam last day yang korang jumpa. bila lah time tu?
alhamdulillah..
sekarang dah cikit2 boleh adapt dengan life kat sini.makin immune.
mesti korang tak caye aku dah tak gedik sangat lagi.haha..
skema ubi.
kawan2 banyak bantu. kat sini memang pentinglah ukhwah dalam jemaah tu. tak boleh sorang2.
dan aku tengah cuba biasakan makan dalam dulang tu. budaya suap menyuap tu. err..korang tahu aku macam manakan.

 budak2 samura dah jarang2 nampak. Masing2 dengan kulliyah mereka.
sibuk dengan assingnments, programs dll. semua tengah berusaha kejar dan capai matlamat uia nak lahirkan holistic graduate. cehh..
ciko dengan anas dekat kulliyah of dentistry.
syira kat kulliyah of medicine.kotal sekali kut.
iffah munirah biomed.
tinggal aku, fadz dengan bujem dekat cts tu.
hhmmm..budak convent yang aku jumpa pun sorang, sakinah. ala, kinah yang dulu kamcing dengan nisa firzana n mira tu.sekarang orang panggil dia c-qin. dia kat allied health science.

esok dah tahun baru.
Aku berazam nak azam tinggi2.hehe..
bak kata cikgu aku dulu, azam tinggi2. kalau tak dapat pun tak ada lah kalah teruk. at least kalah bergaya. sebab kita mesti telah cuba berusaha sungguh2 nak capai azam tu.
aku nak naikkan cgpa lagi. nak lebih fokus.almaklumlah, aku dah pegang amanah rakyat dengan duit yang kerajaan kasi setiap bulan ni.
Nak cari dan kumpul duit sendiri. Siapa nak print.scan,copy sila datang bilik 2.8 M8 ok. nak dapat khidmat financial planning pun bole gak.ni free of charge.
aku akan cuba jaga hubungan aku dengan Allah.insyaAllah hubungan dengan manusia pun Allah jaga nanti.
kalau boleh aku nak punctual. punctual datang kelas, punctual datang meeting, punctual bila dah janji. of course, semua2 tu boleh terjadi kalau aku praktis punctuality dalam solat. nak dapat wajah bercahaya bak bintang kat kubur nanti!
di samping semua2 tu,
model aku untuk tahun ni ialah: Ulul Albab.
Inspirasi dari rancangan tv Tanyalah Ustaz masa awal Muharam hari tu.
transformasi ulul albab.
aisyy, memang tinggi betul cita2 aku.

 
" Behold! in the creation of the heavens and the earth, and the alternation of Night and Day,― there are indeed Signs for
of understanding.
Men who celebrate the praises of Allah standing, sitting, and lying down on their sides, and contemplate the (wonders of) creation in the heavens and the earth, (with the thought): "Our Lord! not for naught hast Thou created (all) this! Glory to Thee! Give us salvation from the penalty of the Fire. " (Ali Imran, 190-191)