Showing posts with label Memories. Show all posts
Showing posts with label Memories. Show all posts

Sunday, December 15, 2013

Final Year Farewell Grand Dinner CTS 101

Bismillahirrahmanirrahim..

Kalau nak dibandingkan dengan wang ringgit memang tak ada tolok tandingannya dengan nilai sebuah persahabatan dan ukhwah yang terjalin. Nilainya jauh lebih berharga dan bermakna. Alhamdulillah. segala puji bagi Allah atas kurniaan sahabat-sahabat yang sangat2 baik di Garden of Knowledge ini. Saat berasa berjauhan dengan keluarga yang nun jauh di Johor, saat terasa penat dan letih ketika belajar mahupun dalam percubaan memaknai kehidupan sebagai mahasiswa dan anak muda, saat kekeliruan dan kecamuk dalam jiwa muda melanda, saat terasa jiwa makin kosong dan jauh dari Ilahi mereka datang memberi sokongan dan nasihat secara mereka sedar ataupun tidak. Syukur kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan...



Semalam, berlangsunganya Farewell Dinner terakhir batch sebelum semua melangkah ke alam pasca graduasi tahun hadapan Insyaallah..Dinner yang sangat alive dan happening aku kira. Dengan tema melayu klasik dan diserikan dengan lagu2 background era 60-an dan persembahan drama budak2  One-year program sisters yang memainkan kembali babak2 cerita P. Ramlee (tambah dengan director tak resmi di ruang penonton; Ali) memang sangat lawak dan menjadi la! Selain tu ada juga tayangan video yang mengimbas semula kenangan sewaktu di cfs hingga sekarang (sangat touchy), persembahan dari geng kakak2 diiring dengan guitar keim dan chalat, award dan cabutan bertuah (as expected, always get the lucky number.haha).. menambah lagi koleksi memori kami bersama dibumi bertuah kuantan ini..




Bahagian paling menarik malam tu adalah semua dapat bawa pulang magic box (yang aku namakan sendiri). Dalamnya adalah dedicated wish daripada semua sahabat2 dalam batch.. bila bukak dan baca pagi tadi, tergelak dan tersentuh seorang diri dengan ucapan-ucapan di dalamnya.

ada nasihat, teguran,dan doa yang aku ambil sebagai satu yang positif utk perbaiki diri yang lemah ini... these are some of them..



"si baby tido awal, dia juga baby paling busy.hehe.."
"akak nampak sgt busy..jaga solat,penampilan, tutur kata, etc..akak juga comel bila gelak (-___-')....moga dapat lelaki soleh" =p
"..akak ni memang bagus, rajin buat kerja.." -___-'
"Tikah yang dikenali seorang yang tegas dan tetap pendirian orangnyer.love it!"
"..sangat rajin, bertanggungjawab,cekap, mudah didekati, Islamic..."
"..jangan segan2 bila ada org nak tolong. may you have a bright future" 
"sentiasa melahirkan idea yg kreatif" (-___-?)
"..rajin..bagus..sentiasa positif.."
"budak yg sangat rajin. keep it up. kahwin nanti jgn lupa ajak"
"rajin sangat sampai takut nak tegur" (alamak!)
"komited dalam sesuatu kerja"
"baik tapi cerewet sket.hahaha.."
"berkaki lebar(..berkaliber). bole jd PM st hr nanti. bagi sensitif skt ye dengan org lain.hehe. teruskan impian & hajat anda semoga tercapai"
"teruskan kredibiliti anda and wish you all the best for your life"
"The first time I saw u I thought you a really serious person. but after knowing you, you are really a funny person."
"dah berpunye blom??" muahahahah

and these are some love letters dari sahabat2 yang kenal sejak dari cfs,pj









Thanks for the wishes, thanks for the praise.. haza min fadhli rabbi..alhamdulillah..All praises be to Allah.. Dialah yang menutup segala keaiban dan menampakan segala kebaikan. Astaghfirullahalazim..Astaghfirullahalzim..Astaghfirullahazim.. betapa banyak dosa kita kat Allah dan makhluk2nya yang lain, betapa banyak kelalaian dan kejahilan yang kita lakukan tapi Dia masih lagi pelihara aib kita daripada terlihat oleh orang ramai. Moga Allah ampunkan dosa2 kita dan memberi kekuatan untuk memperbaiki diri ini.. Pujian daripada manusia harapnya bukan buat diri ini menjadi lebih ujub, riak dan takabur (wal iya zubillah), pujian yang sememangnya tidak layak untuk aku ini harapnya sebagai motivasi untuk aku berusaha ke arah yang baik itu..dan kritikan yang membina akan aku cuba InsyaAllah untuk perbaiki..percaya untuk meminta tolong pada manusia lain, sensitif kepada orang lain, tidak terlalu serius dan cerewet dll akan kucuba..huhu

Ala kulli hal, segala yang berlaku dalam hidup ini semuanya ada hikmahnya..6 tahun berada di uia (dari cfs hinggalah uia kuantan) walaupun ambil masa yang lama untuk degree tapi terlalu banyak benda yang aku belajar kat sini. terlalu banyak perubahan dalam hidup yang berlaku, nilai ukwah dan persahabatan kerana Allah, penerapan ilmu dan nilai-nilai Islam..sangatlah berada dalam comfort zone. semoga segala ilmu dan pengalaman di sini dapat digunapakai bila berhadapan dengan masyarakat dan orang luar..apalah gunanya ilmu kalau bukan kepada masyarakat kan..

Terima kasih Allah kerana menggerakkan hati aku untuk menghadiri majlis ini yang awalnya aku sangatlah berbelah bahagi nak pergi...apalah sangat nilai RM42 dengan nilai sebuah persahabatan dan  majlis yang dapat mengikat dan melahirkan silaturahim sesama kita. Aku yakin dengan janjiMu.

next event: Jamuan terakhir untuk former line up SCIENCESS 2012/2013 dan grand solat hajat.

Sunday, October 13, 2013

Masa mematangkan

Bismillahirrahmanirrahim..

Entry yang lama terkubur.. perhaps it should be shared :)

***


Masuk 5 September 2013, pejam celik pejam celik terasa betapa cepatnya masa berlalu. Baru beberapa hari sudah usia melangkau 23 tahun tapi zaman kanak-kanak rebina, hingusan, terejal gila-gila hinggalah saat meniti zaman mencari identiti dan maksud hidup yang sebenar masih seperti baru saja berlalu. Pantas berlalu macam sesaat tengok trailer movie..!

Entah kenapa malam ni lepas habis baca soft copy Dakwah Fardiah daripada Mustapha Masyhur ni fikiran menerawang ke kisah-kisah zaman muda keras hingga mata ditekan untuk tidak tutup..

Zaman sekolah dulu tahu hidup nak gembira-gembira je, kena marah sikit nangis, rebel dan semua rasa tak betul kalau tak mengikut kehendak hati. Dan peristiwa-peristiwa zaman sekolah meniti zaman remaja menjadi sejarah dan pengalaman hidup yang bermakna dalam diri. Dan sememangnya pengalaman mematangkan.

Tak semena, dengan rahmat Ilahi Allah didik jiwa nakal ini dengan tarbiyyah di bumi UIA tanpa diri sendiri sedar (tak pernah terlintas langsung untuk sambung belajar di UIA). Pemulaannya pastilah di bumi cfsiium (centre for foundation study iium), pj yang mana aku yakin teman-teman sebilik, rakan-rakan sekelas, persatuan, club, program-program yang dianjurkan, guru-guru, pak guard mak guard, sistem pendidikan serta seluruh tenaga dan gerak-kerja yang menghidupkan bumi cfs dengan 'Islamic Culture' punya saham yang besar dalam memaknai hidup manusia seperti aku.

Dua tahun berada di cfs, aku bersyukur kerana bukan sekadar berjaya menamatkan foundation dalam physical science dengan flying colors (yang tak sangka2 sangat, impian untuk naik stage termakbul lepas dianugerahkan the best physics student waktu agd terakhir di sana) malah Allah jentikkan pula kesedaran untuk perbaiki dan pertingkatkan ilmu agama sebagai panduan hidup. Di sana aku mula kenal apa itu talaqi, usrah, erti ukhwah, muamalat, menutup aurat mengikut syariat dan pelbagai lagi yang sebelum ni tak tahu malah tak ambil tahu pun. Tambah lagi, dengan kurangnya minat dalam membaca membuatkan diri lebih 'gila' untuk ke majlis-majlis ilmu untuk mengutip mutiara kata dari mereka-mereka yang alim. Tapi tak semua yang dapat diamalkan tapi permulaannya barangkali cukup untuk melunakkan jantung ini untuk senang menerima kebaikan dan membuang kejahatan yang sudah bersarang lama..

Seperti air laut ada pasang surutnya, begitu juga dengan semangat aku dalam memotivasikan diri untuk istiqomah dalam mecari redha-Nya pun ada turun naiknya. Masuk di Kuantan menyambung degree, sahabat lama semakin jauh meninggalkan dengan perbezaan course dan komitmen masing-masing. Aku pun sibuk dengan urusan akademik dan penyesuaian diri yang aku rasa mengambil masa terlalu lama selepas 'culture shock' dengan study environment di UIA, Kuantan di tahun pertama. Masa berlalu, dan diri pun semakin leka dengan tuntutan duniawi..

Macam-macam kisah suka-duka sepanjang nak masuk empat tahun aku di Kuantan yang aku pun tak pasti kenapa aku tak dapat nukilkan walau secebis kisah-kisah tersebut dalam blog atau private diary aku. Kisah lecturer phobia aku kat kuantan (first time kut aku phobia nak pi kelas and jawab exam!), kisah aku dengan 3 org roommate yang tak berganti sejak aku first year lagi (sampai jadi 'mommy' pada mereka juga pernah jadi 'mommy' pada blok M8 tu!), cerita aku naik jadi batch leader hinggalah pangkah nama sendiri sampai jadi treasurer SCIENCESS la ni (lol), pengalaman-pengalaman sepanjang program yang aku join semuanya ada ibrah tersendiri untuk mematangkan diri.

Nak dijadikan cerita, betapa indahnya susunan hidup yang Allah aturkan untuk aku (malah semua kehidupan kat dunia ni termasuk kamu yang membaca!) yang kadang-kadang kita sendiri tak nampak cantiknya terutamanya saat ia itu berlaku. Makanya, untuk setiap yang berlaku yakinlah pada diri yang semuanya ada hikmah. Cakap pasal hikmah, teringat kisah yang dinukilkan oleh Habib Najmuddin sewaktu Daurah Firasy time Ramadhan baru2 ni. Maybe boleh buat satu entry untuk itu. InsyaAllah..

Thursday, October 8, 2009

Mc Laurin Series?!?

Malam ni tetiba teringat dakat math 4. Specifically, dekat final paper yang dah lepas hampir seminggu yang lalu. Sebenarnya, dah tak nak ingat lagi. Tapi, Anis yang call tadi. Dia kata sir dah habis marking paper. Berdebarnya hati..

Selalunya,habis je paper tak pun habis je marking sir akan call aku. And aku akan dapat markah secara lintas langsung dari mulut penanda kertas jawapan sendiri(tanpa menunggu result yang akan dikeluar secara online melalui web IIUM) haha... Classmates aku kata aku anak emas sir.hohoh!! Aku senyum saja=)

Sir Azizul Azlan. Memang baik giler dengan class kita orang. Ingat lagi dialog dia "treat me as your friend".. Sometimes aku rasa kita orang dah tersalah guna kebaikan dia. Sorry sir=)

Yang paling aku risau sebenarnya, sir dah tak call aku lagi after the last final paper. Mesti aku buat teruk giler. Lalu, markah pun menjunam jatuh hingga mencecah paksi x. Mungkinkah?? Mungkinkah?? Apa aku da melalut ni.(maaf, waktu tidur aku sekarang/pengaruh novel time cuti kut)

Apa-apa pun aku dah berusaha. Terima jelah apa saja. Teruk ke tak. Semua tu yang terbaik sebenarnya untuk aku. Apa-apa pun mesti lebih berusaha ok. Aja2 fightee!!


2 sem bersama..great!


#3 tips mudah untuk berjaya : doa+usaha+tawakal kpd Allah=cemerlang, gemilang, terbilang