Sunday, October 13, 2013

Masa mematangkan

Bismillahirrahmanirrahim..

Entry yang lama terkubur.. perhaps it should be shared :)

***


Masuk 5 September 2013, pejam celik pejam celik terasa betapa cepatnya masa berlalu. Baru beberapa hari sudah usia melangkau 23 tahun tapi zaman kanak-kanak rebina, hingusan, terejal gila-gila hinggalah saat meniti zaman mencari identiti dan maksud hidup yang sebenar masih seperti baru saja berlalu. Pantas berlalu macam sesaat tengok trailer movie..!

Entah kenapa malam ni lepas habis baca soft copy Dakwah Fardiah daripada Mustapha Masyhur ni fikiran menerawang ke kisah-kisah zaman muda keras hingga mata ditekan untuk tidak tutup..

Zaman sekolah dulu tahu hidup nak gembira-gembira je, kena marah sikit nangis, rebel dan semua rasa tak betul kalau tak mengikut kehendak hati. Dan peristiwa-peristiwa zaman sekolah meniti zaman remaja menjadi sejarah dan pengalaman hidup yang bermakna dalam diri. Dan sememangnya pengalaman mematangkan.

Tak semena, dengan rahmat Ilahi Allah didik jiwa nakal ini dengan tarbiyyah di bumi UIA tanpa diri sendiri sedar (tak pernah terlintas langsung untuk sambung belajar di UIA). Pemulaannya pastilah di bumi cfsiium (centre for foundation study iium), pj yang mana aku yakin teman-teman sebilik, rakan-rakan sekelas, persatuan, club, program-program yang dianjurkan, guru-guru, pak guard mak guard, sistem pendidikan serta seluruh tenaga dan gerak-kerja yang menghidupkan bumi cfs dengan 'Islamic Culture' punya saham yang besar dalam memaknai hidup manusia seperti aku.

Dua tahun berada di cfs, aku bersyukur kerana bukan sekadar berjaya menamatkan foundation dalam physical science dengan flying colors (yang tak sangka2 sangat, impian untuk naik stage termakbul lepas dianugerahkan the best physics student waktu agd terakhir di sana) malah Allah jentikkan pula kesedaran untuk perbaiki dan pertingkatkan ilmu agama sebagai panduan hidup. Di sana aku mula kenal apa itu talaqi, usrah, erti ukhwah, muamalat, menutup aurat mengikut syariat dan pelbagai lagi yang sebelum ni tak tahu malah tak ambil tahu pun. Tambah lagi, dengan kurangnya minat dalam membaca membuatkan diri lebih 'gila' untuk ke majlis-majlis ilmu untuk mengutip mutiara kata dari mereka-mereka yang alim. Tapi tak semua yang dapat diamalkan tapi permulaannya barangkali cukup untuk melunakkan jantung ini untuk senang menerima kebaikan dan membuang kejahatan yang sudah bersarang lama..

Seperti air laut ada pasang surutnya, begitu juga dengan semangat aku dalam memotivasikan diri untuk istiqomah dalam mecari redha-Nya pun ada turun naiknya. Masuk di Kuantan menyambung degree, sahabat lama semakin jauh meninggalkan dengan perbezaan course dan komitmen masing-masing. Aku pun sibuk dengan urusan akademik dan penyesuaian diri yang aku rasa mengambil masa terlalu lama selepas 'culture shock' dengan study environment di UIA, Kuantan di tahun pertama. Masa berlalu, dan diri pun semakin leka dengan tuntutan duniawi..

Macam-macam kisah suka-duka sepanjang nak masuk empat tahun aku di Kuantan yang aku pun tak pasti kenapa aku tak dapat nukilkan walau secebis kisah-kisah tersebut dalam blog atau private diary aku. Kisah lecturer phobia aku kat kuantan (first time kut aku phobia nak pi kelas and jawab exam!), kisah aku dengan 3 org roommate yang tak berganti sejak aku first year lagi (sampai jadi 'mommy' pada mereka juga pernah jadi 'mommy' pada blok M8 tu!), cerita aku naik jadi batch leader hinggalah pangkah nama sendiri sampai jadi treasurer SCIENCESS la ni (lol), pengalaman-pengalaman sepanjang program yang aku join semuanya ada ibrah tersendiri untuk mematangkan diri.

Nak dijadikan cerita, betapa indahnya susunan hidup yang Allah aturkan untuk aku (malah semua kehidupan kat dunia ni termasuk kamu yang membaca!) yang kadang-kadang kita sendiri tak nampak cantiknya terutamanya saat ia itu berlaku. Makanya, untuk setiap yang berlaku yakinlah pada diri yang semuanya ada hikmah. Cakap pasal hikmah, teringat kisah yang dinukilkan oleh Habib Najmuddin sewaktu Daurah Firasy time Ramadhan baru2 ni. Maybe boleh buat satu entry untuk itu. InsyaAllah..

No comments: