Write! Write! Write! Even though you are very bad in writing.hehe
Dulu. Salah satu tujuan untuk adakan blog sendiri pun sebab nak praktis menulis. Menulis untuk berkongsi. Biarlah pi ayat tak sesedap mana, grammar lintang-pukang. Menulis diblog boleh menjadi satu medan perkongisan. Berkongsi idea, pandangan, pengalaman dan segala yang bermanfaat.
"Sampaikanlah dariku walau satu ayat."
بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
Hadis Rasulullah saw ni juga mungkin menjadi salah satu faktor pendesak untuk aku teruskan blog ni.
Kenapa memilih untuk menulis?
To be frank, sebenarnya aku sendiri tak pasti apa kelebihan (bakat dan talent sebetulnya) untuk aku sumbangkan pada masyarakat dan pada Islam sebenarnya. Still walau umur dah 23 tapi masih tak jumpa2. Kalau nak fikirkan memang sedih dengan sendiri. Tapi alhamdulillah, Allah masih beri peluang untuk aku hidup dan terus mencari erti hidup.
Aku try segala peluang dan ruang lingkup yang ada dengan keterbatasan masa dan kudrat. Percubaan untuk menulis, inilah hasilnya yang tak seberapa. hmm. Untuk bercakap di khalayak ramai, gugup. Hanya pada circle of influence yang aku selesa. Itupun tak meluas mana. Aku juga cuba untuk berprogram dan ber-society, dan itu nampak lebih dekat dengan diri dan lebih menggembirakan hati walaupun kadang-kadang aku naik risau bila tak sempat nak ulang-kaji. ala kulli hal moga Allah ikhlaskan hati dalam apa sahaja kerja yang kita lakukan..insyaAllah.
Apa gunanya ilmu kalau tak dikongsi bukan? Bak kata Zul Fikri Zamir dalam bukunya Sekolah bukan Penjara, Universiti bukan Kilang; 'ilmu yang terbaik ialah ilmu yang kembali kepada masyarakat'. Sifat ilmu itu bukan hanya terbatas dikertas peperiksaan tapi dapat dirasai dan dimanfaatkan oleh masyarakat. bukan syok sendiri je!
Menulis ini adalah salah satu titik permulaan untuk berkongsi pemikiran, idea dan pengalaman dan sememangnya menzahirkan segala yang difikirkan dengan perbuatan dan pelaksanaan, itulah sebaiknya.
Memang dalam hidup ni banyak benda nak dibuat dan nak kena buat. Yang penting kita buat yang terbaik sebab nabi saw kan cakap Allah suka bilamana hambanya buat sesuatu tu, dia buat dengan itqan yakni bersungguh-sungguh, seriously.
Apa-apapun, in everything we do, do it for the sake of Allah not to please other people because..
a reminder to me.
No comments:
Post a Comment