Kalau nak dibandingkan dengan wang ringgit memang tak ada tolok tandingannya dengan nilai sebuah persahabatan dan ukhwah yang terjalin. Nilainya jauh lebih berharga dan bermakna. Alhamdulillah. segala puji bagi Allah atas kurniaan sahabat-sahabat yang sangat2 baik di Garden of Knowledge ini. Saat berasa berjauhan dengan keluarga yang nun jauh di Johor, saat terasa penat dan letih ketika belajar mahupun dalam percubaan memaknai kehidupan sebagai mahasiswa dan anak muda, saat kekeliruan dan kecamuk dalam jiwa muda melanda, saat terasa jiwa makin kosong dan jauh dari Ilahi mereka datang memberi sokongan dan nasihat secara mereka sedar ataupun tidak. Syukur kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan...
Semalam, berlangsunganya Farewell Dinner terakhir batch sebelum semua melangkah ke alam pasca graduasi tahun hadapan Insyaallah..Dinner yang sangat alive dan happening aku kira. Dengan tema melayu klasik dan diserikan dengan lagu2 background era 60-an dan persembahan drama budak2 One-year program sisters yang memainkan kembali babak2 cerita P. Ramlee (tambah dengan director tak resmi di ruang penonton; Ali) memang sangat lawak dan menjadi la! Selain tu ada juga tayangan video yang mengimbas semula kenangan sewaktu di cfs hingga sekarang (sangat touchy), persembahan dari geng kakak2 diiring dengan guitar keim dan chalat, award dan cabutan bertuah (as expected, always get the lucky number.haha).. menambah lagi koleksi memori kami bersama dibumi bertuah kuantan ini..
Bahagian paling menarik malam tu adalah semua dapat bawa pulang magic box (yang aku namakan sendiri). Dalamnya adalah dedicated wish daripada semua sahabat2 dalam batch.. bila bukak dan baca pagi tadi, tergelak dan tersentuh seorang diri dengan ucapan-ucapan di dalamnya.
ada nasihat, teguran,dan doa yang aku ambil sebagai satu yang positif utk perbaiki diri yang lemah ini... these are some of them..
"si baby tido awal, dia juga baby paling busy.hehe.."
"akak nampak sgt busy..jaga solat,penampilan, tutur kata, etc..akak juga comel bila gelak (-___-')....moga dapat lelaki soleh" =p
"..akak ni memang bagus, rajin buat kerja.." -___-'
"Tikah yang dikenali seorang yang tegas dan tetap pendirian orangnyer.love it!"
"..sangat rajin, bertanggungjawab,cekap, mudah didekati, Islamic..."
"..jangan segan2 bila ada org nak tolong. may you have a bright future"
"sentiasa melahirkan idea yg kreatif" (-___-?)
"..rajin..bagus..sentiasa positif.."
"budak yg sangat rajin. keep it up. kahwin nanti jgn lupa ajak"
"rajin sangat sampai takut nak tegur" (alamak!)
"komited dalam sesuatu kerja"
"baik tapi cerewet sket.hahaha.."
"berkaki lebar(..berkaliber). bole jd PM st hr nanti. bagi sensitif skt ye dengan org lain.hehe. teruskan impian & hajat anda semoga tercapai"
"teruskan kredibiliti anda and wish you all the best for your life"
"The first time I saw u I thought you a really serious person. but after knowing you, you are really a funny person."
"dah berpunye blom??" muahahahah
and these are some love letters dari sahabat2 yang kenal sejak dari cfs,pj
Thanks for the wishes, thanks for the praise.. haza min fadhli rabbi..alhamdulillah..All praises be to Allah.. Dialah yang menutup segala keaiban dan menampakan segala kebaikan. Astaghfirullahalazim..Astaghfirullahalzim..Astaghfirullahazim.. betapa banyak dosa kita kat Allah dan makhluk2nya yang lain, betapa banyak kelalaian dan kejahilan yang kita lakukan tapi Dia masih lagi pelihara aib kita daripada terlihat oleh orang ramai. Moga Allah ampunkan dosa2 kita dan memberi kekuatan untuk memperbaiki diri ini.. Pujian daripada manusia harapnya bukan buat diri ini menjadi lebih ujub, riak dan takabur (wal iya zubillah), pujian yang sememangnya tidak layak untuk aku ini harapnya sebagai motivasi untuk aku berusaha ke arah yang baik itu..dan kritikan yang membina akan aku cuba InsyaAllah untuk perbaiki..percaya untuk meminta tolong pada manusia lain, sensitif kepada orang lain, tidak terlalu serius dan cerewet dll akan kucuba..huhu
Ala kulli hal, segala yang berlaku dalam hidup ini semuanya ada hikmahnya..6 tahun berada di uia (dari cfs hinggalah uia kuantan) walaupun ambil masa yang lama untuk degree tapi terlalu banyak benda yang aku belajar kat sini. terlalu banyak perubahan dalam hidup yang berlaku, nilai ukwah dan persahabatan kerana Allah, penerapan ilmu dan nilai-nilai Islam..sangatlah berada dalam comfort zone. semoga segala ilmu dan pengalaman di sini dapat digunapakai bila berhadapan dengan masyarakat dan orang luar..apalah gunanya ilmu kalau bukan kepada masyarakat kan..
Terima kasih Allah kerana menggerakkan hati aku untuk menghadiri majlis ini yang awalnya aku sangatlah berbelah bahagi nak pergi...apalah sangat nilai RM42 dengan nilai sebuah persahabatan dan majlis yang dapat mengikat dan melahirkan silaturahim sesama kita. Aku yakin dengan janjiMu.
next event: Jamuan terakhir untuk former line up SCIENCESS 2012/2013 dan grand solat hajat.
2 comments:
Asalamu alaikum
bestnye dapat wishes! siyes lawak, touched pon ade :')
Post a Comment