Bismillahirrahmanirrahim..
Terkesan dengan post baru Ustaz Hazrizal di blognya, Memanjangkan Usia Dengan Kualiti Bukan Kuantiti.
Ada manusia yang hidupnya di dunia pendek, tapi mampu memberi kesan dan impak yang besar kepada manusia yang hidup selepasnya.
Sesuatu yang kita sering cemburui tapi tak ramai kita mengambil langkah untuk mencontohi kehidupan mereka.
Tahun baru masihi bakal melangkah masuk. Seperti biasa, ramai yang mula berfikir untuk azam baru yang bakal disematkan.
Satu kata-kata Rasulullah yang didengar sewaktu usrah nurani di dalam ikim.fm Jumaat kelmarin,
"Orang yang bijaksana adalah orang yang sentiasa menghitung diri sendiri dan berfikir amalannya yang bagaimana yang memberi kesan kepada dunia selapas matinya"
(tak ingat perawinya)
wallahua'lam
029122013 2318
Kampung Melayu Majidee
No comments:
Post a Comment