Untungnya mereka kahwin muda ni, bukan setakat dpt elakkan maksiat malah majlis pun sangat meriah dihadiri rakan2 sekelas yg masih rapat. Malam nikah tu, lebih separuh isi rumah tu dipenuhi kami sekelas! Tambah lagi mostly kami ni musafir ke Ipoh, lepas je jamak maghrib dan isyak semua pakat datang awal2 cari tempat duduk strategik sebelum majlis start pada pukul 9.30 malam.haha..
Majlis yang simple tapi sangat meriah bagi aku. First time pergi majlis kahwin yg takde pelamin dan tepung tawar. I tell you, takde lah pelik mana pun. Kalau kat Johor ni, takde pelamin yg pelik semacam. Kata vt, kalau kat tempat dia (Kelantan) memang takde pelamin pun, siapa yang adakan pelamin tu yg nampak pelik. Agaknya memang dah culture bahagian utara n pantai timur Malaysia mcm tu. Membuang adat2 lama yg lebih kepada adat agama lain dan mengikut acuan Islam. Alhamdulillah, lebih jimat dan diberkati.. Lepas ni kalau aku kahwin pun InsyaAllah aku nak break the legacy yg tak sepatutnya ni.
fokus gambar: muka kawan2 yg terlebih excited drp pengantin :p
Terasa macam kejap sangat je musafir ke Ipoh.. Khamis malam pukul 10.30 bergerak dgn Fadz, Shaz dan Fa dari Terminal Larkin naik bas starmart (seat dia boleh urut!) sampai tepi jalan Medan Gopeng pukul 5.30 pagi Jumaat. Malam esoknya lepas walimatul urus, terus balik. Alhamdulillah, sempat juga jalan2 di Gunung Lang. Mulanya tak dpt naik bot sebab sampai dah lewat (kaunter tiket dia dah tutup pukul 6 ptg). Tapi lepas Falaha deal dgn person incharge hari tu, dapatlah kami pusing2 sekitar tasik dengan bot secara percuma. terima kasih enche albin (anak lelaki bin katanya)!
Org kata, pemilik camera selalu muka dia takde dlm gmbr. tapi hakikatnya,itu tak terjadi pada aku. hehe.. |
Lewat senja, setelah berpuas mengambil gambar & jalan2 sekitar taman rekreasi, kami menuju ke JJ, Ipoh utk solat & makan..
Terima kasih tak terhingga terutamanya buat kak Syeera dan family yg sudi menumpangkan kami semua (yg lebih 10 org) bermalam di rumah akak. Halalkan segala makan minum dan sebagainya. Terima kasih juga pada fuzi yg sudi menumpangkan saya di rumah kamu seketika. Layanan anda semua amat dihargai. Terima kasih juga kepada semua rakan2 lain yg menceriakan hari sy di Perak. Arigatou Gozaimashita!
sempat jugak reunion dgn bdk2 regist taaruf week kt pj dulu
Kata seorg sahabat di fb, "Hakikatnya perasaan CINTA itu adalah satu fitrah dan anugerah.Namun,berhati-hatilah agar ianya tidak menjadi fitnah". Barangkali mutiara kata ini amat sesuai utk kita muda-mudi terutamanya yg telah ketemu jodoh. kalau dah mampu, cepat2 fikirkan cara utk kahwin dan elakkan fitnah. Yang belum berpunya,
"Tak usah sibuk memikirkan & mengharapkan cinta manusia untukmu Sibuklah memikirkan &merindukan cinta Rabbmu yg Maha Baik"
Wallahua'lam
p.s: salah satu yg aku respect kt kak syu & ahmad ni, mereka ni gunakan duit hasil simpanan mereka sendiri utk urusan perkahwinan ni (walimah, pakaian, kad dll). tak mengharapkan duit mak bapak pun. bagi aku tu tanda mereka dah bersedia utk tanggungjawab yg lebih besar.tahniah! :)
No comments:
Post a Comment