Sunday, June 17, 2012

liat

Bismillahirrahmanirrahim..



Teringat masa pergi Twins of Faith tahun lepas, diceritakan satu kisah seorang gadis dari India ni yg sangat2 mengayat hati. Dengan kuasa dan rahmat Allah, gadis ni diberi hidayah oleh Allah untuk convert ke Islam. Masa dia mula-mula convert tu, dia nyorok2 solat dekat rumah takut2 family dia tahu. Nak tau option yg paling terbaik dia ada masa tu? toilet. dan setiap kali nak solat, dia akan bersihkan toilet kat bilik dia tu sebersih-bersih dan sekering-kering yang boleh. Allahu akbar. Sampai macam tu sekali dia bersusah-payah sebab nak jaga solat 5 waktu tu tapi kita ni yang memang2 Islam,  kadang2 susah sangat nak solat.

Kadang2 kita bila kalan jauh2, Allah bagi rukhsah pun kita malas nak solat. Walhal masjid/ surau kat r&r tu sikit punya cantik da. Ramai jugak yang mana subuh selalu terlepas tu senang2 je bagi alasan stay up sebab nk study la, tengok bola la, tak sekolah pagi ni la dan mcm2 lagi alasan. Solat subuh tu buat bila kena bangun awal pagi gara2 nak kejar kelas/hal2 tertentu je. Bila takde apa2 hal, tak payah bangun pagi, so tak solat lah subuh. Astaghfirullah alazim..

Hamba ni pun masih tak sempurna lagi solatnya. Nak cakap pasal solat ni, haisyy malu bila tengok diri sendiri. Tapi benda ni wajibkan. Nak tak nak kena sentiasa ingatkan diri.Semalam Ustaz Amin kat Tanyalah Ustaz bagi tips untuk kita amalkan bila kita liat sangat nak solat. Insya-Allah kita cuba jadikan satu azam sempena sambutan Isra' wa mikraj (27 Rejab ni/ 17 Jun 2012).Kata ustaz,

Kalau kita ni orang yang malas nak solat, apa yang boleh kita amalkan?

Banyakkanlah mengucapkan "la haula wala quwwata illa billahil a'liy ila'zim" kerana,

Barangsiapa mengucapkan "la haula wala quwwata illa billahil a'liy ila'zim" akan diberi kepadanya 2 perkara:
1.Kalau dia malas nk buat sesuatu atau susah nak buat sesuatu, Allah akan berikan kekuatan utk buat perkara itu.
2.Kalau dah buat, akan diberikan keikhlasan kepadanya oleh Allah.

Wallahua'lam



Moga kita diberikan kekuatan untuk terus solat hingga akhir hayat kita dan mudah-mudahan Allah Ya Latif lembutkan hati2 manusia yang masih lalai dalam melaksanakan solat.


la haula wala quwwata illa billahil a'liy ila'zim
la haula wala quwwata illa billahil a'liy ila'zim
la haula wala quwwata illa billahil a'liy ila'zim




No comments: