Dah berbulan-bulan.. nak dekat setahun aku tutup blog ni!
And all of a sudden hari ni nak bukak balik. Sekejap bukak sekejap tutup.haisy..
Beberapa hari yang lepas, Allah izinkan
bukak tv9 pagi tu. Apa yg sempat aku catch up dari tips Muqaddimah pagi tu,
1.
Terus sampaikan ilmu yang kita dengar
2.
Jadikan tugas menyampaikan perkara kebaikan
sebagai maksud hidup
Zuppp..sentap sekejap. Reflect
diri. Aku tak bersungguh-sungguh menyahut seruan nabi, sampaikan walau satu
ayat. Ilmu yang aku dapat selalu aku catat dan tersimpan kemas dalam buku nota
takpun direkod dlm mp3 untuk dengar sendiri-sendiri.
Dan masa tu aku tergerak nk reopen blog ni.
tapi tu pun tak terus buat. Procrastinate dan berfikir terlalu lama still
menjadi masalah utama dalam diri.
Tanyalah Ustaz pagi tadi Ustaz
Amin mengingatkan aku untuk menyampaikan kepada orang lain ilmu yang kita dapat
sebab katanya, bila kamu sampaikan kepada orang lain, Allah akan perkukuhkan
aqidah kamu. Insya-Allah..
Kadang-kadang kita rasa nak
sangat-sangat share pengalaman,pengetahuan, isi hati, perasaan dan apa saja
yang kita dpt. Tapi takut juga kalau ianya hanyalah sia-sia dan tak
mendatangkan apa-apa kebaikan kepada manusia yang membaca atau mendengarnya.
Lebih takut bila sampaikan
perkara-perkara kebaikan yang kita sendiri tak buat.. teringat peristiwa isra’
wa mikraj yang Allah gambarkan kepada Sayyidina Muhammad SAW akan manusia di
neraka yang menggunting lidah dan bibirnya sendiri kerana di dunia bercakap apa
yang dia tak buat. Moga kita semua dijauhkan oleh Allah.
Dengan tekad yang baru cuti ni,
aku bukak balik blog ni. (sebenarnya memang nak buka je,tapi asik tak update
jadi segan) Insya-Allah kalau takde halangan lepas ni takkan ditutup2 walaupun tak update setahun
(hehe).. Moga yang baik2 itu bermanfaat dan salah-silap harap ditegur dan
dijadikan sempadan. Aku mungkin tak pandai berkata-kata apatah lagi menulis untuk dibaca orang tapi aku percaya blog boleh jadi salah satu medium dakwah selain fb, twitter, tumblr, youtube dan banyak lagi. Cuba pelbagaikan cara sebab kita tak tahu dalam banyak2 tu mana yg diterima Dia.
p.s:sekarang ni mcm bukan musim blogging. ramai kawan2 yg dah tak update berbulan-bulan malah ramai juga yg dah tutup.huhu
May Allah guide us.
Assalamualaikum and good nite :)
No comments:
Post a Comment