"Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan (kenderaan) ini untuk kami, sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!" (az-Zukhruf, 43:13-14)
Hari berganti hari, cikgu berganti cikgu, daripada cikgu muda yang sedikit baran kepada cikgu muda yg sedikit penyabar dan akhirnya cikgu veteren yang kelakar lagi cool..tak sangka, dalam masa tak sampai sebulan, pagi tadi mencatat sejarah buat pertama kalinya sy mengambil test kereta.
Cuak tak cuak gak. Dekat 3 kali ulang-alik tandas konon minum air banyak (dan membuang dengan banyak) mampu tenangkan hati yang gundah gulana. Namun diri akur gagal mententeramkan hati kerana hati yang tenang itu milik Allah dan milik pemilik-pemilik hati yang selalu mengingati-Nya.
18
nombor dipanggil.
dengan lafaz bismillah, sy bangun meluru ke arah kereta. cuba untuk start kereta rupanya kereta dah start (agak kelakar di situ), pakai seatbelt dan bersedia untuk turunkan handbreak sambil mengawal minyak dan klac untuk memecut laju ke checkpoint pertama. bukit.oppss...sy lupa baca doa kenderaan rupanya. kereta cantik berhenti betul dalam petak kuning. alhamdulillah lega..tangan diangkat dengan muka tersenyum lebar :) mula imbangkan minyak dan klac untuk meluru turun bukit. eh eh asal plak kebelakang plak kete ni?? Allahuakbar!
anda gagal. -_____- keluar kereta, ambil report dekat pegawai jpj lalu terus menunggu giliran untuk test jalan raya pula. suara minta ikhsan tidak dilayan. sedikit kecewa.
Ujian jalan raya.
Setelah sekian lama menunggu giliran dan merenung kembali kesalahan2 kecil yang berlaku tadi, sy cuba untuk yakinkan diri supaya pass ujian terakhir ini. Alhamdulillah, ingat juga nak baca doa kenderaan. Syukur juga sebab dapat pegawai jpj yang baik hati lagi pemurah. Dah lah di pendekkan jalan. Sampai ramai yg kelihatan terkejut melihat sy tiba semula tak sampai 10 minit. Lepas serahkan segala dokumen dan book tempat untuk test next week, sy teringat yg sy tak cukup buat 5 perkara tu pun dia da suruh start jalan. check signal, lampu,wiper, emergency light & horn semua tak dibuat. Malah masa nk cuba betulkan cermin sisi kereta tu, pegawai tu siap cakap ' kalau da betul, tak payah betulkan lagi. Kalau awak setakat nak action2 sentuh2 tak payah la'. sy tersenyum.
Nampaknya RM130 sy melayang la jawabnya. Moga2 ada hikmah disebaliknya.
lesson for today:
#1- bawa kereta kena tenang
#2-yakin tapi jgn terlebih yakin (read: over-confident)
#3-doa kenderaan & tawakal pada Allah jgn lupa!
No comments:
Post a Comment