Tuesday, July 3, 2012

Soal Jodoh (copy paste)

Bismillahirrahmanirrahim..

Jangan pula kita jadi soleh atau solehah semata-mata kerana kita inginkan pendamping yang soleh atau solehah.Berubahlah kerana ALLAH,insyaALLAH DIA akan menghadirkan lelaki-lelaki atau perempuan-perempuan yang solehah mendampingi kita.Tidak yakinkah janji ALLAH??

Asbabul nuzul>>>

Kerap didesak soal ini,jadi TERRRkeluarlah status ini, :)

Jodoh.

Jodoh itu adalah rezeki daripada ALLAH.

Umum tahu ia sudah ditetapkan oleh ALLAH Taala.Alangkah bagusnya jika kita dapat memikirkan dan memuhasabah soal 5huruf ini sepertimana kita memuhasabah soal mati.Dan sebaliknya.

Bicara soal jodoh sama ada secara serius atau main-main dengan teman,saya jadi malu pada keterangan sendiri.

Namun.Ingatlah jika terlalu memikirkan dan memperkatakan soal ini boleh menyebabkan masalah hati,atau fitnah pada hati,bimbangilah dirimu saat itu sudah terjebak dengan perangkap halus syaitan.

Apatah lagi saat bicara tentang pasangan atau mungkin calon atau mungkin ada seseorang yang kita terminat,terkagum atau tersuka.Kenapa 'terr''? Kerana semua perasaan ini datang secara tidak sengaja ,bukan kita minta ia hadir.

Pernah disoalkan oleh seorang sahabat pada guru kami,''bagaimana ingin membuang perasaan suka pada seseorang?''Murabbi kami tersenyum-senyum sebelum menjawab.Muka dah sipu-sipu merah.

''La...dah perasaan tuh ALLAH nak hadirkan..''

Murabbi kami sentiasa berpesan jadilah muslimah sejati dan solehah.Sentiasa menjaga diri.Jika rasa tidak mampu dan rasanya sudah bersedia,ambillah pendekatan yang baik.Terpulang mahu mengambil jalan seperti Saiditina Khadijah yang menggunakan orang tengah atau Saiditina Fatimah yang teguh menyimpan perasaan sehingga ALLAH menetapkan saat indah itu buatnya.

Yang paling penting,cari reda ALLAH.Reda Rasulullah SAW.

Menulis status ini,saya jadi men'delete' berkali-kali.Menyusun ayat sebaik mungkin .Kata-kata dari hati insyaALLAH sampai ke hati.Selebihnya jangan salah faham.Masih mengejar cinta ke Yaman sebelum memikirkan soal ini.Menunggu kata dari Tuhan pun ada juga. :)

Jangan pula kita jadi soleh atau solehah semata-mata kerana kita inginkan pendamping yang soleh atau solehah.Berubahlah kerana ALLAH,insyaALLAH DIA akan menghadirkan lelaki-lelaki atau perempuan-perempuan yang solehah mendampingi kita.Tidak yakinkah janji ALLAH??

Innamal a'malu binniat. ♥


p.s: terima kasih buat saudari khazinatul asrar hidayah

No comments: