Bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah thumma alhamdulillah
Allah izinkan aku untuk lepas ujian memandu bahagian 2 pagi tadi. Syukur tak terhingga. Terkejut pun ada sebab last checkpoint kat 3 penjuru tak buat sebaik latihan semalam.
Hari ni jpj bahagian 2 awalnya nampak sangat garang dan strict. Ramai yang first time test kali ni gagal sama ada part bukit atau parking. Dengar-dengar, dekat jalan raya pun sama.
Alhamdulillah.. untuk kami yang ulangan ni diberi sedikit kelonggaran. Di bukit, walaupun dah angkat tangan lepas tu kereta terundur sedikit kebelakang tetap diberi peluang. Bukan sekali dua tapi berkali-kali peluang sehingga kereta yang dipandu dapat meluncur turun ke hadapan.
Allah ya Latif, Dia lembutkan hati2 pemeriksa saat kami diuji.
kereta plat 104 yang aku pandu memang buat niaya sesapa yg bawa. kereta yang bagiku berstatus kereta orang bujang yang tak terjaga dan tak pernah service. memang nasib badan..handbreak sangat ketat untuk diturunkan, bila naikkan hanya sekali bunyi saja (tak macam kereta yg aku biasa belajar, sampai 3 kali bunyi ketap2). Sampaikan jpj kat bukit tu ingatkan aku supaya naik handbreak gara2 tak dengar aku naikkan padahal hakikatnya dah. kemudian, stereng longgar macam nak tercabut bila pusing dan takde pelekat kuning di cermin kiri belakang yang perlukan kita untuk pandai2 mengagak bila parking. haih.. macam2 betul kereta ni. nasib baiklah Allah permudahkan segala urusan..
So, verily, with every difficulty, there is relief:
Verily, with every difficulty there is relief.
Therefore, when thou art free (from thine immediate task), still labour hard,
And to thy Lord turn (all) thy attention.
(Al- Insyiraah, 5-8)
Bila Allah dah kata kun fayakun, maka takde kuasa lain yang boleh menghalangNya kerana Dialah yang Maha Berkuasa yang menjadikan sesuatu perkara yang hampir saja mustahil dipandangan manusia kepada sesuatu yang tidak mustahil untuk berlaku. Maka hari ni mengingatkan aku untuk berharap dan meminta hanya kepada-Nya. Moga dipermudahkan segala urusan2 lain baik di dunia atau di akhirat kelak.
good nite.
esok jangan lupa 2 rakaat tahajud kalau sempat sebelum bersahur.
Salam Ramadan al-Mubarak
1 comment:
Asalamu alaikum
'Fasts & Suhur'
Post a Comment