Monday, January 17, 2011

Consumer

Bismillahirrahmanirrahim..

4 roommates debate besar tadi gara2 produk makanan yang ada kat Malaysia ni..mula2 sebab nak mengadu sakit2 badan je lepas tu meleret2 cerita. perempuan2...

c R: aku asik sakit2 badan je beberapa hari ni. nama je hari2 minum susu X.

c A: kau better bawa susu tu gi lab la. apa gunanya lab tu. buatlah experiment ke apa ke

c R: kau ingat lab bio tu lengkap ke barang2 dia. 3 gorup pun kena share 1 apparatus tau tak. apa dia ni, dah la...bla..bla..bla.. (merungut dan mengomplen)

c A: korang penah dengar tak kes yang u mana nak buat kajian pasal air R yang kononnya penuh dengan vitamin c  tapi rupanya menipu je

c M: biasalah tu orang nak berniaga. promosi je lebih.

c R: propaganda je banyak. habis tu siapa yang salah sekarang pengguna ke penjual??

c M: of cos lah pengguna. siapa suruh dia tak check dulu sebelum beli. main ikut je iklan.

c R:apasal plak. mostly pengguna bukannya didedahkan dengan maklumat2 tu. orang kampung tu sume.dia tengok ok beli je a..

c M: siapa suruh tak check dulu..

c R: tak boleh salahkan gak dorang tu semua. kalau penjual tu tak jual benda2 ni, takde punya orang guna..

c M:padan muka. penjual tu nak cari untung. dia rasa dia dapat bertahan dengan promosi tanpa kualiti tu dia teruskan je lah.. duit tu yang penting..

c A: kenapalah ada orang sanggup tipu-menipu dalam berniaga ni. dorang tak rasa bersalah ke ..yada..yada..

c T: aku rasa benda ni semua sebab satu masalah je.

c A: apa dia??

c T: org sekarang ni dah tak nampak mana satu dosa mana satu pahala. main larung je semua. kalau orang tu nampak dosa tu banyak mana, pahala tu banyak mana mesti dorang dah tak nak create lagi masalah2 ni.

wah, hebat la c T. bangga fasi study circle kau.hehhe.. point yang sikit tapi meaningful sebab dia bg ingatan kat c A, c M dan c R.dosa dan pahala memang satu benda yang tak nampak.kita tahu benda tu ada. tapi kita buat tak kesah je kadang2. sebab mungkin kita tak faham sebenarnya apa 2 benda tu. atau mungkin sebab kita tak boleh rasa benda tu ada?atau kita tak tahu apa matlamat sebenar kita kat sini.

bak kata dr ibrahim shogar ( ohh esok ada quiz!) kita jarang fikirkan jawapan untuk 3 absolute questions dalam hidup ni; the origin of universe and life, the purpose of life and our finale destination. pernah ke kita persoalkan??

nak kumpul dosa banyak2 ke nak kumpul pahala banyak2?

Best regards,

No comments: