Friday, January 7, 2011

mengumpat

Bismillahirrahmanirrahim..

Manusia memang tak lari daripada melakukan kesalahan. kadang-kadang kita cuba nak elak daripada melakukan dosa-dosa yang kita biasa lakukan. benda kecil, tapi kita tahu lama-lama kalau kita buat dia akan jadi sebati dengan darah daging kita. jadi perkara biasa. contoh terbaik bagi perempuan seperti saya ialah mengumpat.

Siapa kata mengumpat tak best?huh..memang sedap cerita pasal orang lain. lagi-lagi keburukan orang. nak kata saya tak pernah mengumpat tu tipu la. tapi kita cuba untuk elak dari topik-topik yang boleh menjebakkan kita kepada bercerita mengenai orang.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat. astaghfirullah..


Bila fikir-fikir balik, kita lagi teruk daripada orang yang kita umpat tu. keburukan atau kesalahan yang dia lakukan tu mungkin dia tak sedar atau tak tahu pun tu kesalahan. kalau sekalipun dia tahu benda tu salah, kita patutnya cuba jelaskan atau selemah-lemah iman kita tegah dengan hati. Pernah ada seorang penceramah (tak ingat siapa) kata, kalau kita buka aib orang, Allah akan buka 70 aib kita. wallahua'lam

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia.
Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

Hujung minggu macam ni kalau kita tak sibukkan diri kita dengan perkara-perkara berfaedah mungkin kebarangkalian untuk berkumpul sukasuki dan bercerita perkara yang boleh menjerumus kepada mengumpat tu amat tinggi.makanya, mari sibukkan diri kita dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat hujung minggu seperti  membaca, jogging pagi-pagi, camping ke, dengar talk ke atau siapkan assignment yang nak dekat due date.
-peace! @)--


Best regards,

No comments: