Showing posts with label opinions. Show all posts
Showing posts with label opinions. Show all posts

Friday, January 7, 2011

mengumpat

Bismillahirrahmanirrahim..

Manusia memang tak lari daripada melakukan kesalahan. kadang-kadang kita cuba nak elak daripada melakukan dosa-dosa yang kita biasa lakukan. benda kecil, tapi kita tahu lama-lama kalau kita buat dia akan jadi sebati dengan darah daging kita. jadi perkara biasa. contoh terbaik bagi perempuan seperti saya ialah mengumpat.

Siapa kata mengumpat tak best?huh..memang sedap cerita pasal orang lain. lagi-lagi keburukan orang. nak kata saya tak pernah mengumpat tu tipu la. tapi kita cuba untuk elak dari topik-topik yang boleh menjebakkan kita kepada bercerita mengenai orang.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat. astaghfirullah..


Bila fikir-fikir balik, kita lagi teruk daripada orang yang kita umpat tu. keburukan atau kesalahan yang dia lakukan tu mungkin dia tak sedar atau tak tahu pun tu kesalahan. kalau sekalipun dia tahu benda tu salah, kita patutnya cuba jelaskan atau selemah-lemah iman kita tegah dengan hati. Pernah ada seorang penceramah (tak ingat siapa) kata, kalau kita buka aib orang, Allah akan buka 70 aib kita. wallahua'lam

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia.
Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

Hujung minggu macam ni kalau kita tak sibukkan diri kita dengan perkara-perkara berfaedah mungkin kebarangkalian untuk berkumpul sukasuki dan bercerita perkara yang boleh menjerumus kepada mengumpat tu amat tinggi.makanya, mari sibukkan diri kita dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat hujung minggu seperti  membaca, jogging pagi-pagi, camping ke, dengar talk ke atau siapkan assignment yang nak dekat due date.
-peace! @)--


Best regards,

Monday, May 31, 2010

Memang haru..

Bismillahirrahmanirrahim..


Salam untuk semua..
Bulan 5 dah sampai ke penghujungnya, next week nak masuk bulan 6, next month nak masuk main camp pulak=) Aku mungkin tak sempat sangat nak update blog. Keputusan nak kerja kat kilang selama sebulan ni memang kerja gila, bak kata ina. 12 jam! Walaupun baru seminggu tapi aku dah dapat lihat pelbagai ragam manusia.
Belajar dari pengamatan  hidup orang sekeliling membuatkan aku lebih bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang.alhamdulillah..
Banyak benda berlaku sepanjang bulan 5 ni. Memang haru..
1. Gila bola. Gila duit! Sebabkan duit ada isu ‘mempertimbangkan’ cadangan lessen perjudian bola sepak sempena Piala Dunia ni. Tidak perlu diperdebatkan. Yang haram tetap haram.(aku tak tahu apa kesudahan isu ni, semoga cadangan ditolak)
2. ‘Everybody Draw Mohammed Day’ dalam facebook memang melampau! Musuh-musuh Islam makin giat  menghina agama Islam. Konon hak kebebasan bersuara. Apa reaksi kita? Kerajaan Pakistan memutuskan pengharaman Facebook dan You Tube, tanda protest. Dengar khabar China pun begitu. Kita?
3 Kasut popular, crocs. Mungkin perlu berhenti berangan mendapatkannya sepasang. Kalimah Allah dekat  logo crocs, bukan boleh main-main. Kita pakai, kita pijak-pijak. ya Allah.. macam-macam rencana orang kafir ni untuk kita.

4. Cerita mama semalam. Ada seorang budak perempuan 10 tahun, baru akil baligh. Kami kenal dia..dia minta mama tolong cakap dekat mak dia, dia nak pakai tudung. Reaksi?
Ibu: tak payah tak payah.kau pakai nanti main-main je, sekejap pakai sekejap bukak.
Anak: orang kalau nak pakai nanti betul-betul. Kakak dengan ibu tak nak pakai tak pe lah. Orang memang nak pakai…
Kesian aku dengar. Semoga dia diberi kekuatan dalam meneruskan niatnya. Walaupun nampak sekarang ni dia macam akur dengan kondisi sekarang.family, tak ada yang support. Diri sendiri masih kecil, bawah penjagaan ibu bapa. Insyaallah..satu masa nanti dibukakan hati mereka. Aku doakan..
5. Nak cakap salah, tak nak cakap salah. Ibu bapa sekarang ni, suruh anak belajar pandai-pandai tapi mereka sendiri tak belajar, tak nak ambil tahu skill keibubapaan tu. Suruh anak solat tapi diri sendiri sibuk tengok tv.
6. Benda ni sensitive. Lagi-lagi dekat orang kita, Melayu.  Bertunang dan berkahwin. Nampak macam sama je.. boleh bertepuk-tampar, dibawa ke hulu ke hilir..
7. millatfacebook..belum go through lagi.
8. Pekerja kilang patut diberi gaji lebih dan tandas yang bersih dan strategik untuk membuang air dan berwudhuk..dan juga kerusi, lagi-lagi untuk operator yang kerja berdiri 12 jam. (ohh..banyak betul dan)
9. Persediaan untuk ke main campus. Buku-buku dah asing mana nak bawa. Tinggal nak revise balik je segala formula dan basic calculation. Agak excited walaupun sedikit gelisah.

10. Jodoh pertemuan ditangan Allah. biar Dia sahaja yang tentukan.

11. Atikah sudah mula luar topik. Dia perlu tidur sekarang.

tapi..tapi..

last but not least,

lagu ni di dedicate khas buat mama tersayang, Puan Fatimah binti Mohamad dan sahabat seperjuangan Leanna binti Ahmad yang menyambut hari lahir mereka pada 28 Mei lepas..

Puteriku Sayang- Hijjaz

Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli

Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu kan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu

Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana

Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama

Dan dirobohkan dan jua dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai puteriku sayang

Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman


credit to :http://www.ilirik.com/
Best regards,