Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Tuesday, May 10, 2011

lekat

Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum dan selamat malam blogku..




Huhu.. da lama tak update apa2

Short sem da start sekarang. Tadi first class baru dengan cikgu lecturer perempuan. First time kut dapat lecturer perempuan kat sini. kelas fully occupied. tak sangka.

Sem ni amek rkud dengan ungs. Kelas hari isnin sampai khamis dari 9.30-1230. Heaven.

Cuti 3 minggu rasa macam cepat je habis. Aku selalu tertanya-tanya, zaman sekarang ni time akhir zaman ni masa tu rasa macam cepat je berlalu sebab jarum saat dekat jam tu makin pantas sangat bergerak tanpa kita sedar ke sebab memang byk sangat benda yang kita buat sampai lupa masa dah berlalu.hmm..soalan memang agak sengal.

3 minggu ni apa yang dah aku buat ha?

-tengok tv. Macam biasalah student kalau dekat rumah. Mana dapat tengok tv kat asrama. Lagi2 asrama mahalah kat uia yang memang tak provide tv. Seperti biasa, pukul 7 tu on tv9, tanyalah ustaz. Tapi bertukar2 dengan tv3, MHI lagi2 kalau pengacara dia wardinah dengan ahmad fedtri yahya. Confius betul nak bukak mana satu sebab dua2 pun best. Lepas2 tu ada wanita hari ini lah, senetron lah. Kalau kat jb ni dapat tv Singapore (dan Indonesia), so dapat la tengok channel news asia, the Drs, Rachael ray dll walaupun tak pasang astro.

-dapat juga habiskan 1 buku. Tahniah!

Palestin Tak Pernah Gentar! (Fatimah syarha & zulkifli mohamad al-bakri)




Buku ini mendedahkan keadaan sebenar yang berlaku di Palestin. Ia membongkar sejarah, punca persengketaan antara 2 bangsa dan agama serta cadangan-cadangan penyelesaian yang dilihat dapat membantu meringankan penderitaan rakyat, khususnya yang berbangsa Palestin- ayat promotion. tapi memang best. carilah!

-novel lana A Thousand Splendid Sun-khaled khosseini tak habis lagi ni.



-macam biasa, tak sah kalau tak jumpa kawan2 mama. Aunty azi,aunty shida, aunty kam …dan tak sah kalau dorang tak tanya, kakak dah ada boyfriend tak, ni anak saudara aunty dekat ni ni ni ni, blab la bla..kenal la..yada yada…huh meremang bulu roma aku. Nasib baik aku dah tahu tactic nak elak soalan2 lemas ni.

-balik rumah mak siti dengan tok harun naik bas sorang2! Sedih sangat2 sebab tok harun dah tak ingat lagi aku. Dia dah makin lupa. Kesian. Kesian sangat2. Dengan keadaan dia yg lumpuh tak bole buat apa2. Papa dah janji dangan aku nak belikan katil baru untuk tok harun. Aku minta. Haha.. Katil yang macam kat hospital yang bole turun naik turun naik tu. At least senang dia nak makan minum. Kesian kut makan terbaring. Mesti susah nak telan. Mak siti pun dah makin tua tak larat nk jaga tok harun sorang2. Sekurang-kurangnya aku dapat buat sesuatu sebelum dorang meninggal. InsyaAllah..Mereka nilah yang jaga aku masa kecik2 dulu. Yang awal2 ajar aku dangan adik mengaji dengan solat. Sampai mama cerita, time mama nak amek aku balik rumah masa umur 4 tahun ke 5 tahun( lebih kurang) aku nangis tak nak. Huhu

-ingat nk pergi rumah pak cik hasan. Tapi tak jadi..Lama kut tak melawat dorang. Pak cik hasan ni cikgu ghazal aku. Dia yang ajar main peti harmonium dan ketuk tamborin ikut tempo dan violin sikit2 dari darjah 6 sampailah before masuk samura. Tapi juli dengan hazirah tak cuti lagi. Takkan nak ajak si iqbal dengan firhan, hui malu ceq. Maybe next time... samura dah ada pasukan ghazal lah sekarang!jeles2.

-macam biasa makanlah makanan yang mengidam selama duduk kat kuantan. Cakap je mama memang sedia untuk masak. Mama mama. Aku rasa masakan mama ni lah yang buat semua orang still lekat kat rumah. Kami sekeluarga jarang jarang sangat makan kat luar.setahun boleh kira berapa kali. Memang dari kecik memang makan dari air tangan mama sendiri. Dari masakan melayu, western, Chinese, Indian memang semua mama masak sendiri. Memang 5 bintang. Sebab tu kut aku tak berapa heran sangat kalau orang makan kat luar, kat hotel 5 bintang sekali pun. Sebab mama ada. Hehe.. nanti dah ada family sendiri aku pun nak belajar dengan mama bab2 masak ni. Baru suami dan anak2 lekat. Baru senang nak mulakan segala macam aktiviti bersama keluarga dan jadikan rumah kita sebagai ‘rumahku syurgaku’ . home sweet home. Usrati jannati. Inilah yang dikatakan nikmat qabliah. Nikmat yang menenangkan hati.

-apa lagi eh,..hmm Pachy!! Kenapa kau tutup blog kau?? Sedih giler.. dah lah ayat kau banyak inspire aku. Kasi aku jadi private reader plis?

-syahir, jangan tiru pachy plak!

-aku jadi malu bila tengok traffic, ramai hit aku sebab search’ contengan jalanan’-hlovate. Sebab aku pernah letak satu post tajuk tu. Malu kut kalau dorang scroll post2 lain. Lepas ni aku tak nak tulis lagi post2 yang tak de faedah. Malu kut orang baca. At least manusia2 yang tiba2 terbukak blog ni dia dapatlah something useful.Tak delah biarkan dorang tunggu computer loading blog ni dan tengok2 blog siapalah yang mengarut ni. . aku pun boleh dapat something bila tulis benda2 yang berfaedah ( nak tak nak aku akan try buat apa yang aku tulis)
.
.
.
.

.

-ha.. satu hari before balik kuantan, sir azizul call.haha..lecturer call anak murid. Terbalik sekarang. Macam biasalah dia dengan sifat caring dia yang semua student tak boleh nak nafikan. Tanya pasal result, cgpa of course. Macam mana belajar kat sini. Alhamdulillah, banyaklah nasihat2 yang dia bagi. Motivation segala bagai. Dia cakap life dekat u memang lain. Kena berdikari sendiri. Biasalah awal2. Ada orang senang nak adapt. Ada orang lambat. Tapi kita kena berusaha cari jalan untuk atasi masalah2 tu, cari kekuatan kita. Sentiasa dekatkan diri dengan Allah sebab Dia saja yang boleh bagi kita ketengan, kekuatan untuk terus berusaha. InsyaAllah..

-sebelum balik tu pun mama sempat lagi cerita macam mana susahnya nak bersalinkan aku. Tak pasal2. Ni semua Aqilah punya pasallah suruh mama cerita macam mana lahirkan aku, adik, faiz dan dia. Sebagai anak first memang akulah paling gila terseksa lah nak dibersalinkan. Cerita memang panjanglah. Maybe next time aku cerita. InsyaAllah.. tapi memanglah. Buat aku nak nangis dengar dan ngeri nak bersalin.huhu.. memang betullah, Allah jadikan kita ni bukan sia2. Susah2 mak kita lahirkan kita sampai nak tercabut nyawa. Allah dah hidupkan kita kat dunia ni tak kan nk macam tu je. Mesti ada tujuan yang bila manusia tu fikir fikir dan fikir, dia akan realise something. Cuma bak kata bapak angkat aku kat Terengganu tu, atas mu lah nak buat ke tak, nak ikut ke tak. Atas mu lah..

-aku pun sempat download mp3 beberapa ceramah ustaz dr fadzilah kamsah untuk dapatkan mood. Tips kekal ceria, tips pelajar cemerlang, tips hilangkan stress, rahsia mengenal peribadi. Siapa nak boleh datang bilik copy. juga ustaz zahazan, ustaz zawawi-tips khusyuk solat. Dan mp3 harun yahya. Punyalah tak habis2 baca e-book yang dah di download berzaman sampai ambil keputusan untuk dengar kat mp3 pulak. Aiseh..

kata ustaz fadzilah kamsah, lidah itu cermin hati. ok. tak de kena mengena.
Oklah. Nak sambung splendid sun sikit, lepas tu tido.

Assalamualaikum.





Best regards,

Saturday, November 13, 2010

End of Sem 1

Bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah..selamat sampai di rumah..
alhamdulillah..habis juga final exam..
alhamdulillah..sayonara untuk semester 1!!!
welcome to 1 month semester vacation ;)

Bila merenung balik apa yang dah dibuat semasa exam,  saya tahu saya  banyak main2 sem ini. walau rakan2 sekeliling anggap itu adalah satu kenyataan palsu, hakikatnya saya seorang saja yang tahu. Orang yang mahu Berjaya itu usahanya semakin hari semakin tinggi, bukannya makin pudar dan hambar.

Angan-angan Mat Jenin.. sering saja bercita-cita tinggi melangit. effortnya hanya sekulat kuman.
mahukan kereta besar, rumah besar, segala-galanya besar, tapi hanya duduk saja di rumah tanpa sebarang pekerjaan. Yakinkah boleh dapat semua tu?

Mahu jadi pelajar cemerlang, dean's list every sem tapi selalu saja kerja tak semenggah. Buat tak sehabis baik. Kadang-kadang effortnya tinggi, tapi lupa pada Tuhan yang memutuskan segala keputusan, sedikit sekali untuk berdoa. sedikit sekali untuk mengingatinya dikala lapang Jarang sekali menghadapNya tepat pada waktu.

benarlah kata seorang hebat,
"sekali kita bagi peluang untuk syaitan melekakan kita maka mudahlah bagi mereka untuk menjalankan tipu daya mereka kepada kita pada hari-hari berikutnya.."

Dan bila syaitan dah mula berkampung dalam diri kita, masa itulah sifat-sifat mazmumah mengatasi mahmudah. Hati sering saja berkecamuk, berserabut, rasa kosong tak tahu kenapa.Amal semakin berkurang, sifat malas menjadi-jadi. nafsu makan meninggi.ohh..

Penyesalan saja tanpa usaha yang padu untuk berubah amatlah sia-sia belaka..duhai hati..makin lalai dan malas engkau sekarang..

Berharap sangat dapat gunakan cuti sebulan ni sebaik yang mungkin.Bukan semua orang dapat cuti lama macam ni. Budak medicine yang belajar 5 tahun tu pun cuti end block diaorang seminggu je. Makanya, hargailah nikmat bercuti ini rakan-rakan.Selamat Bercuti, jaga diri baik-baik!







Best regards,

Sunday, May 23, 2010

perut kenyang, badan malas & liat

Bismillahirrahmanirrahim..

23 MEI 2010

10:20
Pagi ni aku ke Sekolah Kanak-kanak Istimewa dekat Jalan Gertak Merah bersama-sama dengan mama dan Aqilah, adikku. Ada karnival di sana. Disebabkan sekolah ni berdekatan dengan sekolah adik aku, Convent jadi warga-keluarga sekolah dijemput beramai-ramai menjayakannya.

Aku saja join nak memeriahkan lagi.Wahh..tak sangka ramai yang datang! Niat dihati nak juga bertemu dengan kanak-kanak specifik spastic ni. Tapi tak nampak sangat pun..ramainya penduduk yang berdekatan je, semua yg sihat walafiat tubuh badan. Alhamdulillah..warga jb yang prihatin!




Banyak gila booth dan hasil jualan mereka akan disumbangkan ke sekolah ni. Ada yang jual hasil tani, makanan, sosej, burger, marrybrown, ada budak-budak EC bukak booth games, ada yg lelong baju artist  terpakai, hasil kerja tgn kanak-kanak istimewa ada. Tudung 3 untuk RM 10  pun ada!  macam-macam lah. tapi apa yang menarik perhatian kami hanyalah makanan-makanan.hehe..                                        

comel bukan?

 11:20a.m
1 message received: "tika, bersanding 12.30 ni."
replied: "ko biar btul?12.30 ke? bukan selalu orang wat 2.30?"

kenyang kut sekarang..

2 minutes later..

"yer..12.30.ko jgn salah time plak!"

"mama,jom balik tukar baju. dia bersanding 12.30."

adik aku dak merengek tak dapat pergi zoo johor dekat depan sekolah tu. teringin nak tengok lembu kut.haha..

nak sangatkan..





12:30
bertolak dari rumah
destinasi: Taman Molek
jalan 3/19

jalan3/19, jalan 3/19, jalan 3/19...mana jalan 3/19?...2/6, 3/2..jalan harmoni 1/19, 1/20..wait..jalan harmoni? taman harmoni ke ni?

"su, kita org lost!"


12:45
 tadarr!!

sampai juga..


Tengok betul2 (walaupun kamera agak blur, low megapixel). tu abang su kahwin, abg  arul. su bakal tak kahwin lagi.su aka fatin suraya aka aten , ex-roommate aku masa sem1 & sem 2 dkt cfs. Aku banyak hutang dengan dia. Hutang budi..Hanya Allah je lah yang mampu membayarnya. Aku belanja makan je boleh la.kat kuantan nanti. Insyaallah..(fa, jgn jeles!)

konklusi: malu bertanya sesat jalan. bertanyalah pada org yang expert dan anda pasti dapat jawapannya dlm masa yang singkat.insyaallah..thanks to pak cik pisang goreng! within 3 minutes je dah jumpa. belok kiri, kemudian belok kiri lagi.dan itu dia! (kompang ditalu, pengantin baru! kopak,kopak,kopak!)

p/s: pergi majlis kahwin, topik pun mesti la hot kahwin juga.haila~~

mama: (sambil jeleng2 kat aku)..su, dia da ada ehemm...

su: hehe..mak cik, budak-budak uia tak de pak we pak we ni. yang ada suami je..ramai senior kahwin kat sana..yada..yada...

lalalala..su mmg pantang dapat bincang benda-benda ni.aku rimas.huh!??/

persoalan: Adakah Nur Atikah Yusof akan mengikut jejak senior-senior di uia, berkahwin sambil belajar? wallahu a'lam


20:00
danga bay.
a walk to remember.
dengan mama
berdue.
hati seorang ibu..banyak lagi yang belum aku selami :'(

antara ciri suami terbaik: sabar melayan kerenah kaum perempuan (mcm abang crocs tadi)

Best regards,

Friday, May 7, 2010

Bengkel Pemilihan Pelajar Yayasan TM



Bismillahirrahmanirrahim..

Malam ini aku ingin berkongsi cerita sedikit tentang pengalaman 3 hari (3-5 Mei)  berada di Pusat Latihan NUBE, Port Dickson. Seramai lebih 23 org pelajar  perempuan dan 40 org lelaki terpilih untuk disenarai pendekkan bagi mendapat biasiswa Yayasan TM. saingan amat sengit kerana mereka2 ni antara pelajar hebat yg SPM straight A, pointer 4 flat.huisshh..tercabar aku dengar.

1. First day, pagi tu mcm biasa daftar, taklimat ttg apa yg bakal kita lalui spnjg 3 hari, ttg biasiswa. Heaven juga la sape yg dpt. Every month dpt 700, xtermasuk allowance buku & allowance2 lain every sem. Laptop dpt 1 + broadband. Hehe..

2. Dalam bengkel ni, kita kena tempoh 5 station interview tp semua dalam group. Ada station isu semasa, politik, social, moral & sahsiah & last but not least, English station (topic apa2 aja, tp in English, of course). 5 elemen penting ni memang sudah disusun khas supaya kita bersedia utk ke mana2 interview lain di luar sana sama ada untuk dapatkan tempat di university atau alam pekerjaan.

3. Kami dipecahkan kepada beberapa group. Kuning, merah, purple, hijau, biru. Dan aku amat bertuah dpt group yg diberi nama ‘Royal Yellow’.hehe..Semuanya 13 org. 6 perempuan & 7 laki. Ketua kami Azfar (mmg paling tua dlm group.baru lepas diploma), aku perempuan paling tua (yg lain semua lahir tahun 91 & mostly baru lepas matrik).  Aiza, amalina, ili, Maggie,shien lin, subhi, ali, rizal, syamil, afiq, azwan (maaf kalau salah eja). Mereka ni teammate yg best, bekerjasama & bantu-membantu antara satu sama lain.

4. Checkpoint pertama kami di English station bersama En. Azman. The issue is ‘Should sex education be tought as early as primary school?’. Kami dipecahkan kepada 2 group & saya di pihak penyokong (bersama2 maggie,aiza,azfar, syamil & afiq). Byk yg didebatkan terutama tentang syllabus yg bakal diajar, penerimaan umur,masalah moral & agama yg perlu di ‘syncronized’ . debate dalam 1 jam setengah mmg mencabar dan dinilai melalui 4 aspects:
1. Fluency & competence
2. Content
3. Confidence
4. Ability to argue

5. The next day,4 station terus. 2nd station ( isu semasa) dgn En. Nik. Kami berdebat tentang isu yg hangat sekarang, isu Aminulrasyid ditembak ( isu ini dicadangkan oleh Rizal). Banyak yg diulas seperti peranan pihak polis, ibubapa, media massa, campur tangan pihak lain, masalah rasuah dan cara penyelesaian. Memang menarik la. En nik ada keluar 1 buku, Rahsia Pelajar Super ( penerbitan Melur). Bagus buku ni. Ada dimuatkan strategi, tips, persedian dan doa2 untuk berjaya. En. Nik juga antara org hebat yg aku jumpa kat sana. tazkirah mantap. muda2 lagi dah berjaya.








6. Station politik bersama En. Fauzan (ex law student uia ). Tajuk yg perlu di bentangkan ialah ‘Peranan sebagai pelajar dalam politik’ dan ‘Personaliti calon- adakah memberi kesan kepada pengundi di kalangan pelajar?’. Semua kena beri hujah masing2. Bagi aku, ni checkpoint paling though lah lagi2 bila berhadapan dgn lawyer. Mesti dia dpt lihat lemahnya facts & evidence yg aku (terutamanyalah) dan member2 lain berikan. Dekat sini aku belajar yg kita semua kena ambil tahu pasal politik ni sebab kita yg bakal memilih pemimpin kita nanti. Sama ada capability/ personality yg dinilai, semua bergantung pada individu yg mengundi.

7. Next, with En. Rahim. Pening juga nak argue dgn dia. Topic dia, ‘Kita tidak perlu bercita-cita langsung untuk membalas jasa ibu bapa.’ Ramai yg tak setuju dgn kenyataan; dah memang jadi tanggungjawab ibubapa itu menjaga dan mendidik kita dan mereka pun tak mengharapkan kita balas balik.hmm.. pastu ada diskus cara memperkukuhkan institusi keluarga. Aku amat setuju dengan mewajibkan pasangan yg ingin berumah tangga mengikuti kursus perkahwinan dan keibubapaan before kahwin. kalau kita tengok anak2 terbiar sekarang ni kebanyakan ibubapa mereka tidak ada ilmu nak jadi ibubapa/ suami isteri yg baik (walaupun mereka berkerjaya & berpendidikan tinggi). The ugly fact, bila Islam itu tidak dijadikan cara hidup dan biah solehah dlm keluarga tu da tak ada.hmm..fikir2 lah kan. kalau parents kita tak start, apa kata kita yg start dulu. Now!

8. Last but not least, dgn Tuan Hj Zailan. Well, apa yg aku boleh ckp mmg menguji critical and analytical thinking aku.dlm masa satu saat, cuba fikirkan perbezaan moral, akhlak & sahsiah? Dlm masa satu saat juga pilih siapakah yg sekarang ini lebih gawat, remaja/ org dewasa? & bentang hujah2 anda =)hebat tak hebat!

9. Kenyataan paling hebat, bila mana kita dpt anugerah lubang hidung paling besar antara ahli group.haha..tak pernah dibuat orang! Apa yg aku boleh katakan di sini, I'm proud! siapa pernah bagi award macam ni. lagipun hidung tu kan anugerah Allah. Aku patut bersyukur sebab kalau tak ada lubang hidung yg cukup besar ni, aku mungkin akan bernafas melalui mulut, mungkin sesak nafas atau mungkin memerlukan inhaler sepanjang masa. siapa tahu? Jadi bersyukurlah dgn apa yg ada pada anda sebab itu semua yg terbaik utk anda.

"Dia telah memberikan nikmat-nikmatNya secara sempurna kepada kalian, baik zahir mahupun yang batin." (Luqman:20)
10. Pagi2 kita org ada senam aerobic, ada poco2. yg paling aku suka tarian ala2 brake dance yg laju giler tu.hehe.. tapi tak boleh belah yg tarian 'mengayat hati'. sentimental kot..En Syaiful memang mantap lah!

11. fasi2 semua best2. thanks to Kak Ima, En. Azman & Pak Abu yg jadi fasi tetap 'Royal Yellow'. Superb & sporting. makan tak payah cakap. 6 kali sehari.

12. Selain berdebat, bersenam dan makan, kita org juga didedahkan dengan solat berjemaah, tazkirah, peringatan sebagai seorang remaja, persediaan sebagai mahasiswa, rahsia & teknik berjaya, panduan ke interview dan macam2 lagi. Memang best lah bengkel ni. Dan kalau sekalipun aku tak dapat scholarship ni, aku tetap bersyukur terpilih ke sini.

p/s: gambar tak dpt lagi. menunggu Kak Ima & En. Syaiful