Sunday, June 14, 2015

al-Insyirah

Bismillahirrahmanirrahim..

Kadang-kadang manusia terlupa akan penasihat dan peneman terbaiknya saat berada dalam kesukaran mahupun kesedihan..

Akulah tu..!

Pernah terdengar satu kata-kata hikmah ni.."Kalau mahu Allah bercakap dengan kita, bacalah al-quran. Kalau mahu bercakap dengan Allah, solatlah." Dan Dialah sebaik-baik peneman kita dikala senang ataupun duka.

Walaupun hati kadang terlalu sukar untuk hadir saat membaca al-quran mahupun solat, namun digagahi juga untuk melawan segala bisikan yang jelek kerana satu keyakinan yang masih berbaki di dalam hati bahawasanya Dia tidak akan pernah meninggalkan kita.

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, disertai kemudahan."
(al-Insyirah:5-6)

Yakin dengan janji-janji Allah dan sentiasa bersangka-baik dengan-Nya kerana Dia adalah sebagaimana prasangka kita terhadapnya. Wallahua'lam.


No comments: