Thursday, August 27, 2015

Kosong

Bismillahirrahmanirrahim...

Hi semua! Assalamualaikum! Huhu.. rasa segan plak nak tulis kat blog ni lepas tahu  ada orang yang tak diduga baca. Hah. Asalnya blog ni hanya kawan2 yang rapat je tahu. Tulis pun sekadar untuk share experiences and thoughts buat kawan2 yang merindui diri ini (haha) yang makin tua makin takde masa nak hangout sama2. Konon bz la sangat. Bahasa dan tulisan pun caca merba. I bet, kalau syara si grammar nazi ni baca mesti dia rimas. Haha.

Hmm.. rasa macam banyak benda  berlaku 2,3 minggu ni yang nak direkodkan buat ingatan. Konon nak tulis dalam bas waktu tengah bermusafir dari kuantan ke jb ni. Tapi sejuk aircond bas  buat satu badan jadi beku. Nak membaca tak sedap, nak taip tak sedap nak tidur pun tak sedap. Haisy bersyukur Atikah bersyukur.

Ada lagi 3 jam tempoh aku bermusafir sebelum sampai ke teratak bonda. Pachy dah wassap doa detail berjela2 untuk aku doakan sepanjang perjalanan. Haha. Insyaallah yakin doa mustajab salah satu ada saat bermusafir. Aku pun banyak doa nak minta kat Allah. Hmm.. kita ni banyak sangat nak minta kan tapi sikit sangat yg Allah suruh kita tak buat. Moga Allah ampunkan segala kelemahan dan kelalaian kita.

Perjalanan beribu batu yang mengharap tenang di qalbu dan cinta yang Satu. Moga diberi petunjuk. Arios. Kalau rajin aku sambung lagi nanti Insyaallah.

Thursday, August 13, 2015

lesson of life

Bismillahirrahmanirrahim..

#1
never be too closed with guys for any reason; study, working, programs etc.  At one point, you might probably have some feeling on him or if not he might have feeling on you. If that's happened, you are really in trouble. Trouble in dealing with your heart. Trouble to be a normal you. Seek forgiveness with you Lord and get away from that situation quickly. It is not easy but you have to.


Sunday, August 9, 2015

Is this Real?

Bismillahirrahmanirrahim

Real love, as Allah intended it, is not a sickness or an addiction. It is affection and mercy. Allah says in His book:
"And of His signs is that He created you from yourselves mates that you may find tranquility in them; and He placed between you affection and mercy. Indeed in that are signs for a people who give thought." (30:21)  

Real loves brings about calm-not inner torment. True love allows you to be at peace with yourself and with God. That is why Allah says: "that you dwell in tranquility." Hawa is the opposite. Hawa will make you miserable. And just like a drug, you will crave it always, but never be satisfied. You will chase it to your own detriment, but never reach it. And though you submit your whole self to it, it will never bring you happiness.

So while ultimate happiness is everyone's goal, it is often difficult to see past the illusion and discern love from hawa. One fail-safe way, is to ask yourself this question: Does getting closer to this person that I 'love' bring me closer to--or farther from--Allah? In a sense, has this person replaced Allah in my heart?

Reclaim your Heart
Chapter: Love
By Yasmin Mogahed

P.s: may we find our Real Love insyaallah.

Friday, August 7, 2015

Bahagia dan syukur

Aku rasa laptop aku dah sampai masa untuk servis balik la. Ok. Intro yang random sangat ni.

Bismillahirrahmanirrahim..

2 pagi. Tersedar dari mimpi yang menggembirakan but yet menakutkan. Dan tersedar yang aku tidur awal sangat tadi. Exactly lepas isyak. Mungkin gara-gara perut yang tegang kekeyangan sebab melantak tak ingat akhirat tadi kat majlis potluck dan open house cts. Konon nak khatamkan satu buku cerita malam tadi. Astagfirullah..

Bangun2 terfikir pasal impian dan angan2. Banyak berangan kau lately ni eh atikah. Haisy. The ugly fact is that aku realise yang aku sendiri salah dalam memahami apa yang aku nak kadang2. I mean biasa apa yang kita nak tu jelas terbayang dalam minda separuh sedar kita kan. Tapi apa yang kita kurang sedar adalah ia sebenarnya datang dari dalam hati, raja segala akal dan anggota kita..

Teringat suatu ketika yang tidak berapa lama pernah aku ditanya oleh seorang sahabat ni, apa yang aku nak sangat sekarang dalam hidup. Entah kenapa dalam otak aku perkara pertama yang keluar adalah keluarga bahagia. Bahagia. Aku sendiri sebenarnya tak pasti definisi bahagia yang aku cari selama ni. Ni yang aku maksudkan tadi, kadang2 kita nak sesuatu benda tapi kita sendiri tak tahu apa yang kita nak tu. Jadi macam mana nak cari kalau tak tau? Gaya bahasa dah macam Muktazilah plak, semua nak kena rasional dan logik kau.

Tadi terbaca tulisan Ustaz Ebit Lew pasal bahagia yang datangnya dari hati yang syukur. Amboi bangun2 terus membaca! Eceh. Kesimpulan yang boleh aku dapat daripada tulisan tu adalah despite of all things happened, segala ujian yang kita hadapi dalam keluarga, bersama dengan kawan2 atau study kita (ni kehidupan dalam konteks aku lah) kita akan still rasa bahagia bila kita bersyukur atas segalanya.

Gali segala hikmah dan yakin Allah nak yang terbaik untuk kita atas segala ujian yang Dia beri. Konsep syukur yang membawa pada bahagia yang hakiki. Yakin bahawa Dia akan uji dengan apa yang kita lemah untuk kita jadi kuat. You are strong Atikah!

"Allahumma a'inni ala zikrika wasyukrika wahusni ibadatik"

(Ya Allah, tolonglah aku agar dapat berzikir kepada-Mu (mengingati Allah), bersyukur kepada-Mu, dan memperelokkan ibadah kepada-Mu.)

Tuesday, August 4, 2015

sparring partner

Bismillahirrahmanirrahim..

Seriusly sekarang takde mood nak study. Tengok notanya sikit je lepas tu ada je benda lain nak buat.. Teruknya rasa. Next week supervisor dah balik, siap dah ingatkan supaya availablekan diri dari 10hb-14hb. Cuak pun ada. Hmm.. kadang-kadang selalu terfikir aku ni belajar sebab apa eh. Sebab takut kena marah dengan dr? sebab nanti boleh tolong mak ayah bila kerja bagus-bagus sikit?

Entah.. betullah kata ustaz2 ni niat tu sentiasa kena perbaharui  sebab iman kita tu selalu yazid wa yankus (menaik dan menurun). Niat yang baik awalnya boleh saja tersasar dengan pelbagai ujian yang datang.

***

"Pachy, dah lama tak dating sekali. kalau tc tu dekat je malam ni jugak aku ajak kau keluar"

" Jomlah malam ni pukul 10 lepas aku tuisyen. Kita makan cornetto tepi pantai"

"Serius lah kau. Kalau penat takpe je"
" Seriuslah beb."

Terharu. *Wee



Pachy. Kawan sejak SAMURA. Dormmate. Dulu aku gaduh besar dengan budak ni sebab tak sekepala. Tak sangka jadi rapat plak sekarang. Kawan yang sudi dengar segala bebelan dan luahan aku sejak sambung master ni. Dah makin matang kut sekarang untuk terima segala kurang2 yang sikit2 tu. Alhamdulillah.. I guess dialah antara orang yang paling kenal aku luar dalam. Yang boleh gelak dengan sarcastic aku. Haha

"Weh macam mana ni. Kau tolonglah ingatkan aku time aku nak start cakap-cakap bunyi sarcastic macam ni. Susah seh nak kawal mesti terlepas"

"Nah buat macam mana. Dah darah daging kau. Aku pun dah biasa dengar. Gelak jelah"

Cis kurang ajar. dia ni pun dah pandai sarcastic macam aku.

"Weh serius lah. Aku nak cuba jaga cakap aku. Malas dah nak cakap kasar2, cari gaduh dengan orang, buat orang terasa. Aku kan nak try jadi lemah-lembut"

Haha. kena gelak lagi

"Kau asyik pandang masalah kau yang satu tu je. Padahal banyak lagi kebaikan yang ada kat diri kau yang kau tak nampak"

"ok. tu sangat motivates aku malam ni. thanks!"

Kawan yang rapat dengan kita tu boleh jadi ramai. Tapi yang betul2 boleh terima kita seadanya bukan semua. Lagi plak yang boleh rational dan tegur apa yang kita buat tanpa rasa kekok. Ni baru nama sahabat till jannah. terharu*

"Weh tudung color kuning2 yang instant tu cantek lah kau pakai"

"Mana plak kau nampak aku pakai. Setahu aku, aku takde bagi gambar kat sesiapa.. weh kau tengok blog aku eh?"

"haha. kantoi!"
haha. Padahal dalam hati, aku pun dah lama usha blog kau!

"Beb next week HOD aku buat jamuan raya"

"Dr Pah?"
"Giler kau ingat semua!"

" Aku kalau nak menyamar jadi kau bila2 pun boleh"

Tapi seriuslah siapa je orang2 yang ada kaitan dengan aku kat uia ni dia tak kenal. Silap2 nama anak Ahmad kalau aku penah cerita pun dia boleh ingat. Giler kuat ingatan budak ni. Nama ofis mate dia yang dah dua kali raya aku datang open house tu pun aku tak ingat lagi.

Haha.. Saja je buat post touchy2 time2 tengah sakit kepala sejuk2 ni. Nah aku belanja satu gambar taiko segala sarcastic (i mean yang pakai tudung hijau tu). Heheh.

at Syaza's wedding

Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
“Ada tiga perkara, barangsiapa yang tiga perkara itu ada di dalam diri seseorang, maka orang itu dapat merasakan manisnya keimanan iaitu: jikalau Allah dan RasulNya lebih dicintai olehnya daripada yang selain keduanya, jikalau seseorang itu mencintai orang lain dan tidak ada sebab kecintaannya itu melainkan kerana Allah, dan jikalau seseorang itu membenci untuk kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan oleh Allah dari kekafiran itu, sebagaimana bencinya kalau dilemparkan ke dalam api neraka.” (Muttafaq ‘alaih)

Insyaallah. Lets help each other to get this halawatul iman. may Allah bless..


Love u fillah!

isolate

Bismillahirrahmanirrahim..

Hi blog! Lama dah aku tak share something kat sini. Sekarang dah masuk 19 Syawal. Cepatnya masa berlalu! Puasa enam pun tak habis lagi ni. Haisy..

Semalam dengar dekat radio pasal beruzlah.. Kata ustaz, belajarlah untuk beruzlah dan latih diri kita untuk beruzlah. Kerana nanti apabila kita sudah tidak ada apa-apa, bila segala nikmat kita ditarik balik kita mampu untuk berhadapan dengan situasi tersebut. Dan apabila manusia sudah tidak menghiraukan kita dan melupakan kita, kita tidak akan berasa putus asa dan kecewa.. Insyaallah kita mampu menghadapi 'kehilangan' sebab kita sudah belajar untuk bersendirian. Sebab beruzlah menguatkan jiwa kita bila berhadapan dengan ujian.



















Bila rasa nak asingkan diri seketika dari dunia dan seisinya, of course rasa macam nak lari je dari semua orang. Kadang-kadang tak perlu jauh pun, masjid kat dalam kampus je pun cukup. Asalkan dapat ketenangan tu. Tenang bila ingat balik pada Allah..

Menyambung kepada 'beruzlah' tadi, kata ustaz ada 3 perkara yang perlu ada saat beruzlah tak kiralah kat mana pun..

1. Mengingati Allah
Perbanyakkan mengucap lailahailallah sebab di dalamnya kata Said Hawa terhimpun semua 99 nama Allah.

2. Muhasabah ( yakni menghitung diri kita)
Qad aflaha man zakkaha (Asy-syams,9).. Sesungguhnya berjayalah sesiapa yang menyucikan jiwanya.

3. Rancang selayaknya diri kita sebagai khalifah
Apa yang kita nak buat? Rancang dunia kita, dan uruskannya. Ingat bahawa dunia ini bukan untuk kita runsing tapi untuk kita urus. Rancang, usaha dan hasilnya tawakal kepada Allah.

Wallahualam..sedikit yang aku dapat waktu nak drive ke cts semalam dalam radio ikim. Insyaallah mungkin boleh menambah-baik cara kita 'beruzlah' supaya tidak lagi kosong tak terisi.

Ni ada rakaman slot semalam yang aku terjumpa dalam blog ustaz. Alhamdulillah.. Selamat mengulang dengar!


Ustaz Amin
Pesona D' Zahra
IKIM.fm 10.30am