Bismillahirrahmanirrahim..
Kemampuan untuk mengetahui dan meyakini sesuatu sebelum semuanya terjadi, inilah dasar keimanan seorang Muslim. To see beyond the eyes can see..
Mereka melihat realiti lebih daripada yang dapat dilihat oleh mata, hal itu ibarat motor yang terus memberikan energi tidak terbatas.
Mereka beribadah kepada Allah seolah-olah mereka melihat Allah, kerana itu ibadah yang mereka lakukan adalah ibadah yang maksima bukan minima.
Mereka tekun dalam solatnya kerana mereka yakin dengan kematian dan pertemuannya dengan Allah.
Mereka boleh melaksanakan puasa kerana telah terbayang jelas kenikmatan memandang wajah Allah di hari pertemuan dengan-Nya.
Dalam berusaha, mereka juga lebih bersemangat daripada yang lain kerana meyakini bahawa Allah telah menetukan kadar rezeki buat masing-masing hamba-Nya.
Allahuakbar.. sangat menyentap jiwa raga saat membaca buku Muhammad Al-Fatih tulisan Felix Y. Siauw ini lagi-lagi bahagian dia menutup kisah susuk pemimpin hebat ini dengan konklusi yang padat dengan tips dan motivasi untuk digunapakai kita di zaman yang serba mencabar ini.
Yakin pada janji Allah, melahirkan manusia yang berfikir dan berjiwa Besar kerana matlamat kita yang bitara untuk dunia akhirat yang kekal abadi. Ia akan terus memandu kita menghasilkan usaha-usaha yang Besar dan padu sehingga menghasilkan prestasi yang Besar. Insyaallah.
Moga kita makin dekat dengan pencipta kita Rabbul alamin sehingga menerbitkan keyakinan yang tiada tara kepada-Nya dalam meneruskan perjuangan di bumi Allah ini.
Friday, January 31, 2014
Saturday, January 11, 2014
Damai yang hilang..
Bismillahirrahmanirrahim..
Sudah lama aku biarkan ia sakit. Aku sibuk dengan hidup aku. Kononnya mahu berusaha menggapai cita-cita yang murni. Tapi aku lupa (dengan izin Allah) dialah penggerak aku satu masa dulu saat aku pancangkan cita-cita 'murni' itu, saat aku dalam keadaan parah dan 'lost'. Dan kini dia sakit. Dia merajuk yang amat sangat. Aku sangat takut dia yang tulus ikhlas bersamaku dulu lari meninggalkan aku..
Ya Allah.. 3 minggu cuti yang bakal tiba ini aku harap aku dapat merawat sakit dukanya terhadap aku. Aku mahu melihat wajah ibu ayah aku dahulu, kemudian barangkali aku mahu pergi mengembara bersamanya yang rajuk buat seketika. Bersunyi- sunyian dengan-Mu. Melihat keagungan alam ciptaanmu ini. Dan aku mengharap dapat aku merawat kejauhan dia (dan aku tahu ia tanda kejauhanku kepada-Mu juga Ya Allah)...aduh rasa hati ini..
Semoga hati ini tidak meronta-ronta lari daripadaku. Semoga dia tenang. Tenang la walau seketika duhai hati. Tinggal satu paper je pagi ini. Dan aku janji (InsyaAllah) aku akan berusaha mencintaimu, merawat rajukmu dan menjagamu sebaik mungkin. Tidak akan aku sia-siakan masa 3 minggu ini. Biiznillah..
Ya farijal hamm, Ya kasyifal ghamm, Ya man li 'abdih, Yaghfir wa yarham.. Astaghfirullaha rabbal baraya.. Astaghfirullah minal khotoya..

Thursday, January 9, 2014
Randomness..UIA, Ammar dan visi ummatic wa akhirah
Bismillahirrahmanirrahim..
Allah..Allah..Allah.. Alhamdulilllah. Segala puji bagi Allah atas segala nikmat yang Dia telah berikan kepadaku.. Entah kenapa berat sangat nak tinggalkan bumi UIA ni. Berat nak tinggalkan suasana di sini. Berat nak tinggalkan sahabat-sahabat di sini. Berat nak tinggalkan pensyarah-pensyarah di sini dan semua manusia yang menerpa hidup aku sepanjang keberadaan aku di sini. Ada yang kekal hingga sekarang ukhwahnya, ada yang telah pergi membawa haluan masing-masing dan ada juga yang datang seketika untuk mewarnai hidup aku.
Yang baik, yang buruk, yang penuh inspirasi, yang lembut, yang kasar, yang tawaduk, yang bermegah, yang alim, yang kurang cerdik, yang penuh semangat dalam jalan dakwah, yang berseronok-seronok... semuanya Allah datangkan sebagai ujian dan pengalaman untuk aku belajar dan mengambil iktibar buat mengharungi dunia luar yang lebih mencabar kelak. Tidak pernah Allah datangkan sesuatu itu sia-sia melainkan ada hikmah yang boleh diambil bagi hambanya yang berfikir. Masyaallah..
2014 telah pun melabuh tirainnya. Pastinya tahun 2013 yang telah berlalu itu dapat memberi pelajaran kepada kita untuk lebih cemerlang dalam melangkah dan menyusun hidup kita. InsyaAllah..
Aku fikir, video yang dihadiahkan teman sebilikku sewaktu aku sedang menghadap exam 3 paper sekaligus hari tu sedikit sebanyak telah membuka pandangan alam aku dalam merangka azam dan corak hidupku untuk 2014 yang hadir ini. Terima kasih kepada teman sebilik yang membawa semangat Assyahid Ahmad Ammar dalam bilik kami yang berpenghuni 4 orang ini.
Memang hidup ini bukan hanya untuk kita fikir tentang diri kita saja. nafsi nafsi. Tapi ia soal kita berkongsi dan menyumbang segala nikmat yang kita dapat dengan makhluk Allah yang lain. Bayangkan kalau teman sebilik aku ini hanya menonton video-video Ammar ini hanya untuk memberi motivasi pada diri dan mengambil pelajaran yang baik-baik tanpa berkongsi dengan kami teman sebilik, mungkin kami pun tak terdorong untuk mengambil tahu tentang susuk manusia ini dan mengambil sekali pengajaran hidup yang dibawanya.
Dalam video ini ada perkongsian bersama ayah dan ibu Ammar tentang pengalaman hidup mereka membesarkan Ahmad Ammar. Visi Ummah dan Akhirat yang ditanamkan oleh mereka sejak mereka mendirikan rumah tangga dan dalam membesarkan anak- anak akhirnya telah membentuk peribadi Ammar yang sangat berbeza dengan majoriti anak-anak muda sekarang. Ammar yang sangat pendiam dan lemah-lembut dengan ibu bapanya punya iltizam yang sangat kuat dalam berjihad di jalan Allah, bersungguh-sungguh dan tekun dalam menuntut ilmu dan membantu orang lain serta aku yakin dia sangat tawaduk dan ikhlas dalam melakukan sesuatu kebaikan. Ketika hayatnya dia tidak terkenal seperti orang lain tetapi saat pemergiannya dia disebut-sebut oleh penduduk bumi dan langit (insyaallah) dan menjadi satu fenomena di kalangan anak muda terutamanya untuk sama-sama meneruskan perjuangannya. Subhanallah! al-fatihah buat Assyahid Ahmad Ammar bin Ahmad Azam..
Apa-apapun, yang pergi tetap pergi. Kita yang masih hidup ini perlu teruskan perjuangan..Walau dalam apa jua bidang yang kita ceburi, buatlah bersungguh-sungguh untuk Ummah dan bekalan hidup di akhirat kelak.. InsyaAllah.. kita menolong agama Allah, Allah akan menolong kita. Yakin!
Maha Suci Allah, sangat banyak ibrah yang Kau telah hamparkan dalam hidup ini. Semoga kita dapat mengambil pelajaran untuk bekalan dan pedoman sepanjang hayat kita.

Thursday, January 2, 2014
merawat hati
Bismillahirrahmanirrahim..
Tidak ada rawatan bagi sifat lalai dan jahil melainkan dengan mula menyucikan hati.
Bagaimana ingin merawat hati? Berikut adalah catatan ringkas yang sempat diambil melalui perkongsian seorang ustaz dalam slot tajaan mempromosikan kursus jahit langsir di ikim.fm semalam. Slot kursus langsir pun masih sempat berbicara mengenai soal hati. MasyaAllah.
11 Cara Merawat Hati (Jiwa):
1. Rajin mendampingi orang-orang baik terutamanya para ulamak dan mereka yang sering kembali kepada Allah.
2. Banyakkan berdiam.
3. Rajin membaca al-Quran dengan merenungi tafsiran dan maksudnya.
4. Mengosongkan perut dengan banyakkan berpuasa atau makan dengan tidak berlebihan.
5. Makan dengan makanan yang halal dengan mencari sumber rezeki yang halal.
6. Lazimi solat tahahajud/ berqiamulali.
7. Berdoa di waktu sahur.
8. Perbanyakkan istighfar.
9. Banyak mengingati mati.
10. Ziarah kubur dan ambil pengajaran daripadanya.
11. Saksikan orang nazak saat menghadapi sakaratul maut.
"Hikmah itu adalah barang yang hilang dari orang mukmin. Di mana saja ia memperoleh, maka ia adalah orang yang paling berhak mengambilnya"
Dalam Kitab Hikam menyebutkan daripada tanda orang yang berjaya di penghujung adalah mereka itu kembali kepada Allah sejak dari permulaan ( ar ruju' ila Allah fil nihayah)..
Semoga kita diberi kekuatan untuk membersihkan hati dan kembali kepada Allah sebenar-benar kembali, tulus dan ikhlasnya. semoga penghujungnya dikurniakan kejayaan dan kemanisan.
Wallahua'lam.

Subscribe to:
Posts (Atom)