Sunday, February 3, 2013

Himpunan Helwa Kebangsaan 2013 (ending)

Bismillahirrahmanirrahim..

Suka untuk aku mencatat kembali amanat-amanat dari Yang Berbahagia Datin Hajjah Aminah Haji Zakaria untuk ingatan pada diri. Untuk para pejuang agama Allah,

1. Tanamkan dalam hati bahawa perjuangan ini adalah yang paling tepat. Maka teruskan perjuangan! Yakinlah dan tanamkan pada diri yang hanya Islam sahaja cara hidup yang Allah redha.

2.Insan yang paling banyak ujian adalah mereka yang berjihad dijalan Allah. Nabi saw merupakan manusia yang paling banyak diuji Allah. Teruskan berjuang walaupun hanya tinggal kita seorang sahaja untuk menghadapi jalan ini.

3. Insan yang paling mulia dan tinggi di hadapan Allah adalah mereka yang dipilih oleh Allah dalam medan jihad. Kamu semua datang ke sini kerana dipilih oleh Allah. Kita semua adalah yang dipilih Allah.

4. Dalam perjuangan ini kita tidak akan mampu berjuang dengan kudrat kita sendiri. Maka, tidak dapat tidak kita kena minta pertolongan dari Allah. Berdoa agar Allah beri kita kekuatan hingga akhir perjuangan kita kerana ada manusia diakhir perjuangan saat kemenangan berada ditangan, mereka mula lupa diri dan lupa pada niat sebenar berjuang sehingga tenggelam dan mula leka dengan keseronokkan dunia.

5. Dua syarat yang perlu dimiliki dalam perjuangan:
    1. sabar dengan ujian-cekal, tabah dan terus istiqamah
    2. bertaqwa,
A125
Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing. (Ali Imran, 3:125)
 Insya-Allah kalau 2 syarat ini kita pegang, yakinlah Allah akan membantu kita dengan 5000 para malaikat.

6. Berusahalah untuk jadi anak kunci kebaikan, jangan jadi anak kunci kejahatan. Mereka yang menjadi  anak kunci kebaikan apabila orang  orang jahat berdampingan dengannya boleh jadi baik manakala mereka yang menjadi anak kunci kejahatan bila berdampingan dengannya, orang baik boleh menjadi jahat.

Alhamdulillah, semoga mendapat manfaat.


Datin Hajjah Aminah Haji Zakaria
sahabat-sahabat uia

No comments: